puterakuda











Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah telah berlalu perlawanan kedua UNITEN CUP kumpulan B antara pasukan kami Schalke 04 menentang Red Star Belgrade. Bagi kami ini adalah perlawanan kalah mati kami untuk terus mara lebih jauh dalam UNITEN CUP kali ini. Lawan ini antara yang paling berpotensi untuk mara dari kumpulan kami.

Alhamdulillah sekitar jam 5.30 petang perlawanan dimulakan bertempat di Mini Stadium UNITEN. Bermisikan keputusan menang , Schalke04 dikejutkan gol awal oleh pihak lawan yang dijaringkan oleh Hani pemain tengah international student yang agak lincah dan berbahaya. Pasukan kami tersentak dengan jaringan itu lalu menyusun semula strategi untuk membalas balik jaringan. Agak malang beberapa peluang keemasan dilepaskan oleh penyerang nombor 10 Schalke 04 (saya lah tu ) apabila banyak peluang terlepas. =(

Alhamdulillah dengan counter attack yang dilakukan , pasukan Schalke04 berjaya mengikat kedudukan apabila pemain sayap kiri pasukan Kade menjaringkan gol penyamaan menjadikan keputusan terikat 1-1 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menunjukkan kedua-dua pasukan saling membalas serangan untuk mencari kemenangan. Akhirnya pemain sayap kanan Schalke04 Praven menjadikan kedudukan 2-1 dengan gerakan cantik dan tendangan dari sudut yang sukar dijangka oleh penjaga gol lawan. Beberapa pemain juga dikenakan kad kuning atas kekasaran yang dilakukan. Baki perlawanan tinggal 5 minit menjadikan perlawanan lebih rancak dengan Red Star ingin mengutip 1 mata dan Schalke04 ingin pertahankan keputusan 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Malang bagi Schalke04 apabila penyerang RedStar, Akmal menjaringkan gol penyamaan menjadikan kedudukan 2-2 dengan baki hanya beberapa minit lagi untuk tamat. Tatkala perlawanan dijangkakan seri , kesilapan penjaga gol Red Star menyepak lemah bola goal kick lalu terkena pemain gantian sayap kiri , Ajwad . Tanpa membuang masa, Ajwad menbawa bola tersebut dan menyepak kencang ke arah gawang gol. Bola berjaya ditahan oleh penjaga gol tetapi malang tembus melalui bawah badan penjaga gol. Menjadikan keputusan 3-2!

Wisel penamat ditiupkan. Semua penyokong Schalke04 menyerbu masuk ke dalam padang untuk meraihkan kejayaan layak ke pusingan kalah mati. Tahniah kepada Schalke 04.

Schalke 04 (3) VS (2) RedStar Belgrade
Kade, Praven, Ajwad Hani, Akmal

Next match : Stuggart FC !