puterakuda

KAU TEMAN

Semalam aku kegelapan
Dipenuhi dengan kegagalan
Ku hanyut dalam kelekaan
Diselubungi dengan kealpaan
Itulah diriku

Dan kau hadir dalam hidupku
Di saat ku memerlukan dirimu
Kau merubah segala-galanya
Kearah kehidupan yang bermakna
Dikaulah temanku

Kaulah temanku sentiasa menemaniku
Tika ku duka tika ku bahagia
Kaulah temanku kau penyeri hidupku
Kau warnaiku hinggaku berjaya
Kaulah temanku…

Segala pengorbananmu
Akanku balasnya dengan kejayaanku
Moga kau bahagia di samping redhaNya
Akan ku doakan agar kau bahagia
Selamanya…


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah bersyukur pada Allah Tuhan sekalian alam. Yang menciptakan hambanya berpasang-pasangan agar kehidupan lebih lengkap untuk mencari redhaNya.


Alhamdulillah 5.6.2012 cukup setahun perkenalan di ikat dengan ikatan ke arah ikatan yang lebih di redhai oleh Nya. Moga terus kekal selamanya.


Pelbagai suka duka dilalui. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan melainkan lafaz syukur padaNya.


Semoga semua perancangan dipermudahkan olehNya.


^__^ @}-;--------- ^^


3 Responses
  1. solehah Says:

    Syukur... Alhmdulillah... ^^



  2. syairah Says:

    happy anniversary..:)