








Salam alaik...
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang telah memberi nikmatNya kepada kita semua. Bersyukur kerana berjaya menganjurkan KEM RAKAN EXCO 3 (KR3X) pada 18-20 dis 2009.
Bertempat di RIVERSTONE ECO RESORT, pelbagai aktiviti menarik berlatar belakangkan alam semulajadi di kem tersebut.
Kem yang bertujuan untuk mencari rakan exco ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Semoga para peserta mendapat manfaat yang terbaik dari kami.
Jutaan terima kasih kepada pihak kem yang memberi layanan, kemudahan kepada kami selama di sana..terima kasih juga kepada para urusetia yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Dan kepada para peserta yang telah menunjukkan komitmen serta kerjasama yang sangat tinggi.
Segala kekurangan saya mohon kemaafan. dan segala cadangan dan nasihat akan kami jadikan pedoman buat masa akan datang.
SEKIAN,
MOHAMMAD MAHLIL
KETUA PENGARAH
KEM RAKAN EXCO 3
Monday, December 21, 2009
KEM RAKAN EXCO (3) 2009 [ 18-20 DIS 09]
Posted by puterakuda at Monday, December 21, 2009 2 comments Links to this post
Friday, December 18, 2009
SESEKALI DIUJI [Lagu Pilihan Minggu Ini]
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Posted by puterakuda at Friday, December 18, 2009 0 comments Links to this post
Monday, December 14, 2009
..::PERKAHWINAN ABG KU::.. [belah lelaki]

Salam alaik.
Perkahwinan pada 14 Disember 2009 diteruskan di pihak lelaki.
Majlis meriah denga kehadiran sanak saudara dan juga sahabat2 keluarga.
Saya tidak dapat melihat pengantin kerana pulang awal ke UNITEN. semoga majlis diraikan meriah dan berjalan lancar.
Posted by puterakuda at Monday, December 14, 2009 8 comments Links to this post
..::PERKAHWINAN ABG KU::.. [belah perempuan]

Salam alaik.
Tahniah dan syabas kepada abg.Adi dan pasangan k.Dija kerana berjaya diijabkabulkan.. 13 Disember 2009 perkahwinan mereka diadakan di pihak perempuan.
Bermula dengan adat bertukar hantaran seterusnya kepada upacara nikah.. suasana sgt meriah kerana imam sgtlah kelakar..hu3
Posted by puterakuda at Monday, December 14, 2009 3 comments Links to this post
GOTONG-ROYONG KELOMPOK AMANAH UNDERGROUND
Salam alaik...
Pada 12 Disember 2009 Kelompok Amanah telah menganjurkan Gotong-Royong Underground. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memastikan kelompok dalam keadaan bersih.
Di anjurkan oleh saya sendiri kerana melaksanakan manifesto ketika interview dahulu.
Alhamdulillah lega rasanya setelah melaksanakan program mini ni...
Di mulai dengan senam robik, dan setelah itu semua ajk dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk melaksanakan tugas. Berakhir dengan jamuan ringan.
p/s- thanx kepada yang hadir
Posted by puterakuda at Monday, December 14, 2009 0 comments Links to this post
Friday, December 11, 2009
UNITEN CUP
AZAN (1)
MAHLIL (1)
Separuh masa kedua menunjukkan peningkatan oleh pasukan Valencia CF apabila terus mendahului hasil lorongan cantik Gan disudahkan oleh Mahlil. Tamat permainan...
Tahniah atas kejayaan Valencia CF.perjuangan masih diteruskan..
Next opponent : Osasuna
Posted by puterakuda at Friday, December 11, 2009 2 comments Links to this post
Thursday, December 10, 2009
UNITEN CUP

MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : MINI STADIUM UNITEN
HARI : JUMAAT (11 DIS 2009)
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!
Posted by puterakuda at Thursday, December 10, 2009 0 comments Links to this post
Sunday, December 6, 2009
BENGKEL PENGURUSAN DIRI,AKTIVITI DAN PERSATUAN

Salam alaik..
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang masih memberikan saya peluang untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara. Alhamdulillah berjaya menghabiskan bengkel 3P anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar UNITEN. Pada kali ini, 3P telah dianjurkan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang bemula 4 Disember 09 sehingga 6 Disember 2009.
Tujuan program ini adalah untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit di dalam pengurusan kelab dan persatuan.pelbagai info telah pun diberikan dengan hari pertama slot bersama penceramah terkenal en.Ryzal....Yg terkenal dengan "JANGAN MEMBANGAU LAGI".
Kelainan kali ini adalah dijalankan serentak dengan program pemantapan MPP UNITEN. Pelbagai maklumat terkini telah dikongsikan dan khususnya isu2 kewangan pelajar telah dijelaskan dengan selengkapnya oleh semua pihak HEP..TAHNIAH~
Semoga program ini memberi manfaat yang amat berguna kepada semua peserta. Jika ada masalah/pertanyaan tentang penganjuran program atau membuat proposal, bolehlah merujuk kepada saya...i.Allah sedia membantu sekadar yang tahu..jika tidak,sama-sama kita mencari penyelesaian..
Posted by puterakuda at Sunday, December 06, 2009 0 comments Links to this post
Monday, November 30, 2009
KISAH CINTA [Lagu Pilihan Minggu Ini]
Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai
kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..
air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali
walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..
Artis: FeelHoney
Album : NasyidIndie Vol 1
Posted by puterakuda at Monday, November 30, 2009 0 comments Links to this post
Saturday, November 28, 2009
I'M OK or YOU'RE OK

S = Sikap Positif
M = Masa diurus dengan baik
A = Aktif
R = Rencana kerja ikut masa
T = Target untuk kemajuan diri
Sem 2 bakal bermula...siapkan diri dengan kekuatan kerana dugaan yang bakal melanda akan lebih mencabar..\(^_^)/
Posted by puterakuda at Saturday, November 28, 2009 0 comments Links to this post








