puterakuda
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .


RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.


Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.


p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA
puterakuda
"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."

Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."


p/s - Sama2 baiki diri menjadi lebih baik..insyaAllah.^_^



sumber : Link
puterakuda
*entri ini mengandungi unsur lucah,keganasan,kekejaman,berapi mahupun sentap untuk tontonan manusia yang mumayyiz sahaja.
AMARAN:HANYA DIBACA OLEH ORANG YANG HEBAT..yang bajet hebat tapi LEMBIK,yang TAK TAHAN LAMA,yang IMAN TAK KUAT,mengucap dulu sebelum baca..woha!

Ayat quran dah bagi, hadith dah bagi tapi apasal ada lagi pompuan yang degil tanak pakai tudung?

dalam entry kali ni aku nak bincangkan alasan2 dan hujah2 yang digunakan oleh pompuan yang berdegil taknak pakai tudung...

"Aku suka ngan life aku...alaa...kalo pakai tudung pun belom tentu perangai baik...ari tu masa aku kuar ngan balak aku, aku tgk member aku yang pakai tudung selamba je pegang2 tangan ngan boyfriend dia... setakat nak tunjuk alim nak tunjuk baik depan parents baik takyah aa..."

aku hidup kat dunia ni dah 20 tahun lebih.... dan sepanjang 20 tahun lebih tu inilah hujah paling bodoh yang pernah aku dengar dari orang yang tanak pakai tudung....(hujah mcm ni bukan aku reka2 ...aku cuma ubah suai dari surat kiriman sorang budak pompuan kt dalam sebuah majalah)

haha... kalau aku ada anak cam tu bermakna aku adalah bapak paling loser dalam dunia...naudzubillah...

hujah ko tu menunjukkan ko tak paham masalah yang ko hadapi... biar aku yang perasan faham ni terangkan kat ko secara saintifik...

Carta 1



Berdasarkan carta tersebut dapat diperhatikan bahawa apabila Allah perintahkan sesuatu perkara maka terbahagilah manusia kpd 2 golongan besar....

1. yang taat...

2. yang derhaka...

Carta 2
skang 2 golongan ni terbahagi pula kepada bahagian2 berikut...


step seterusnya ialah kita senaraikan tiap2 golongan tersebut:



1. GOLONGAN IKHLAS : inile yang sebaik2nye...camne nak tau ikhlas ke tak? tgkla akhlak...kalo cam sial maknanya ko tak ikhlas...ko takyah nak argue... gi tanya ustaz.


2. GOLONGAN TAK IKHLAS : pakai tudung tapi perangai cam sial...ko pakai semata2 nak tunjuk baik ataupun ko takut kat parents ko....ataupun ko pakai tudung tp kadang2 ko saje bg nampak rambut...


3. GOLONGAN RETARDED : ni maksud aku golongan yang tanak pakai tudung sebab dia tak tahu kena pakai dan dia tanak amik tahu langsung...atau dengan kata lainnya golongan yang tak mahu belajar agama...pastu bila orang tegur suh pakai tudung dia pun wat muka camni...haha...


4. GOLONGAN BANGSAT DAN BONGKAK YANG TAK PEDULI BILA ALLAH SURUH TUTUP AURAT JANJI DIA BUAT APA YANG DIA SUKA TAPI PERASAN PERANGAI BAIK : kalo ko tergolong dalam golongan camni ko perlu tahu bahawa ko adalah loser sebab ko perasan bagus tapi ko tak sedar bahawa ko tergolong dalam golongan orang yang derhaka kepada Allah dalam bab menutup aurat...ko ingat ko boleh suka2 hati nak pilih mana suruhan Allah yang ko nak ikut dan mana yang ko tanak ikut?


5. GOLONGAN BANGSAT DAN BONGKAK YANG TAK PEDULI BILA ALLAH SURUH TUTUP AURAT JANJI DIA BUAT APA YANG DIA SUKA PASTU PERANGAI LAK CAM CILAKE : kalo ko tergolong dlm golongan ni insaf la wei sebelom terlambat...golongan2 lain yang rasa cam takde harapan nak dapat rahmat Allah tu kena insaf gak wei... Allah Maha Pengampun...

Sebelom ni mungkin disebabkan otak ko sempit ko hanya ada 2 pilihan dlm kepala hotak ko iaitu:
1. jadi orang yang tak pakai tudung
2. jadi orang yang pakai tudung tapi perangai cam sial
so ko pun pilih la untuk tanak pakai tudung... sebab pilihan yang satu lagi tu lebih kurang jek...

Skang aku yang perasan otak luas ni dah senaraikan 3 lagi golongan yang ko tak masukkan dalam kepala hotak ko menjadikan jumlah kesemuanya ialah 5 golongan.
so... bila orang nasihat ko supaya pakai tudung ko takyah membangsatkan diri ko dengan membandingkan golongan no. 2 sebab ko ada satu lg pilihan iaitu golongan no. 1... dan itulah yang sepatutnya ko pilih kerana itulah yang sebaik2nya...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Tapi Astora Jabat kata takpe tak pakai tudung..."

haha... bila ada je orang yang mengaku ustaz kuarkan "fatwa" yang sesuai dengan nafsu dan kehendak ko cepat2 je ko terima...tanpa ko periksa terlebih dahulu...

ketahui olehmu bahawa wujud ramai manusia2 bangsat yang mengaku ulama' kemudian menafsirkan Al-quran dan hadith mengikut nafsu mereka... lalu mereka keluarkan "fatwa" yang menyesatkan dan bertentangan dengan ajaran asal Islam...

tulisan si Astora tu dah dijawab oleh ramai ulama'... masa debat ngan Ustaz Asri pun nampak sangat kebodohan dan pembohongan dia... kalo org2 bkn ulama' baca tulisan dia mesti percaya bulat2... sbb dia menggunakan nama ulama'2 besar untuk menyokong kenyataannya bahawa memakai tudung tidak wajib... tp bila dicek takde sorang pun ulama'2 tersebut yg menghalalkan untuk tidak memakai tudung...aku tak tau apa tujuan si Astora tu timbulkan benda2 camni... (sama gak la mcm kes ni)... lalu berkatalah Astora..."at least dapat melariskan majalah al-islam..." ....wah wah wah indahnya dunia di matamu.... lalu Ustaz Asri dgn cool menjawab..."saya rasa adalah tidak wajar kita mengutarakan sesuatu masalah agama itu untuk melariskan majalah..." nah... hambik ko...

maka sesungguhnya sebenar2 perkataan itu adalah kitaabullah... dan (sesungguhnya) sebaik2 petunjuk itu adalah petunjuk Nabi Muhammad S.A.W...

dalil Al-quran dan hadith dah jelas kenapa ko nak pakai hujah si Astora yang memang nyata dia memutarbelitkan dalil yang asal... semoga Allah memberi hidayah kpd kita semua...

korang tau tak dlm agama kristian juga diwajibkan memakai tudung?
bak aku copy paste dari kitab bible online...

5And every woman who prays or prophesies with her head uncovered dishonors her head—it is just as though her head were shaved. 6If a woman does not cover her head, she should have her hair cut off; and if it is a disgrace for a woman to have her hair cut or shaved off, she should cover her head. (1 Corinthians 11)

ayat ni jelas menunjukkan wajib pakai tudung especially time semayang... tp skang apa jadi?pompuan kristian dah tak pakai tudung even kat gereja...nun je pakai...

dulu kristian juga diharamkan makan babi, diharamkan makan binatang yang tidak disembelih, diwajibkan berkhatan bg lelaki etc...tp skang apa jd? sume itu sudah tidak menjadi larangan lagi kerana di sana ada manusia2 yang mengaku sbg saint / paderi etc yang mencipta idea bahawa nabi Isa sudah disalib untuk menghapuskan segala dosa...maka umat kristian tidak perlu lg melaksanakan segala commandments dan covenants yang tertulis dalam injil dan taurat...maka segala perintah dan larangan Allah sudah tidak dihiraukan lagi asalkan mengakui bahawa nabi isa tu tuhan...

ini semua kerja syaitan syeikh... ko ingat lg tak kisah adam dan hawa? bagaimana syaitan berjaya menggoda adam dan hawa untuk melanggar perintah Allah... dan wallahi syaitan takkan putus asa syeikh sampai hari kiamat untuk menggoda manusia supaya meninggalkan segala perintah Allah... syaitan dah berjaya memesongkan umat2 terdahulu...jangan biarkan mereka berjaya memesongkan umat Muhammad S.A.W. pula...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"alaah...kalau pakai tudung confirm ke selamat?...ada gak orang pakai tudung kena kacau ngan laki...even kena rogol pun ada...aku yang tak pakai tudung ni ok jek..."

hahaha...apasal la singkat bebenor ko berfikir? orang suh ko pakai tudung bukan untuk mendapat hikmah tetapi untuk taat perintah Allah...bila ko dah taat insya Allah hikmah tu ko dapat...kalo ko tak dapat ko kena cek balik amalan ko tu faham?

bak aku bagi contoh mudah...

antara hikmah ko gosok gigi adalah dapat memberi bau nafas yang wangi dan segar...
skang katakanlah ko gosok gigi 5 kali sehari tapi mulut ko still bau cam celaka...maka ko pun buat keputusan untuk tidak gosok gigi lagi sebab kalo gosok pun mulut ko tetap bau cam celaka... tidakkah itu bodoh namanya?

ko sepatutnya mencari punca kenapa mulut ko still bau cam celaka walaupun ko dah gosok 5 kali sehari...bukannya ko gi berhenti gosok gigi menyebabkan mulut ko berbau lebih celaka...
mungkin gigi ko berlubang2...banyak makanan lekat kat celah gigi ko... ko gosok banyak kali pun makanan tu still lekat kat situ lalu menjadi tmpt pembiakan bakteria...atau...
MUNGKIN KO TAK FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GOSOK GIGI...maka ko pun gosok gigi dengan cara yang salah...

begitulah jugak dengan hijab
antara hikmah pakai hijab ialah ko dapat memelihara kehormatan ko, dapat elakkan diri ko dari dikacau lelaki, dirogol etc...
katakanlah ko ni jenis pakai tudung tapi ko still kena rogol...maka ko takleh buat kesimpulan "aku tak perlu lagi pakai tudung sebab kalau pakai pun kena rogol." sebab itu adalah kesimpulan yang bodoh...

ko sepatutnya mencari punca kenapa ko still dirogol walaupun ko pakai tudung...bukannya ko terus stop pakai tudung...melanggar perintah Allah bukanlah jalan penyelesaiannya harap maklum...

ko tau tak kenapa ada orang pompuan yang pakai hijab tapi still kena rogol?

haa...sebab pertamanya ialah dia seorang perempuan...kalo dia lelaki orang tak rogol tapi orang liwat...haha...eh terbuat lawak lak...
sebab utamanya ialah KO TAK MEMAHAMI APA PENGERTIAN HIJAB DALAM ISLAM...(macamla aku faham) kalo ko gi tanya ustaz maka dia akan jawab bahawa istilah hijab itu bukan sahaja melibatkan menutup aurat pada badan ko tetapi juga melibatkan menjaga kehormatan diri dan tingkah laku serta muamalah dengan orang lain especially yang opposite sex... kalo ko faham konsep hijab maka ko tak akan jadi minah tudung yang pakai baju dan seluar ketat, ko takkan kuar sorang diri malam2, ko takkan bergaul bebas ngan laki etc...

kalo ko amalkan betul2 insya Allah ko tak kena rogol...sebab kebanyakkan kes rogol melibatkan pompuan yang jalan tempat sunyi sorang diri ataupun pompuan yang bergaul bebas ngan laki pastu si lelaki bagi ko ubat sedative then rogol ko beramai2 dalam keadaan ko tengah pengsan...hahaha...padan muka ko...

Allah dan rasul dah ingatkan awal2 lagi tapi ko tanak ikut... Allah suh tundukkan pandangan tapi ko selamba ayam je gurau senda ngan laki bukan mahram ko...lama2 si laki tu naik syeikh padan muka ko kena rogol...nabi dah cakap haram pompuan kuar musafir melainkan dengan mahram tapi ko tibai gak kuar jalan sorang2...konon woman's right...WOMAN'S RIGHT KEPALA HOTAK KO...

Subhanallah... sila rujuk balik dengan ustaz/ustazah tentang ayat2 Al-quran dan hadith2 yang berkaitan dengan hijab...maka ko akan dapati bahawa segala penyelesaian kepada masalah ko dah pun diterangkan dalam Al-quran 1400 tahun dulu lg... ko je yang tanak baca...tanak faham....tanak amal... pastu ko tuduh Islam kuno...memang dasar celaka...

------------------------------------------------------------------------------------------------

"alaah...nanti nanti la pakai tudung...tunggu sampai umur 30 lebih saya pakai la...ek eleh...lek aa brader..."

Woi mangkuk ko nak jadi firaun laknatullah ke ha nak tunggu dekat ajal baru nak beriman?!

ko ingat Allah jadikan agama Islam ni hanya untuk diamalkan bila ko dah dekat nak mati saja ke ha? ko ingat Islam ni boleh diamalkan bila ko suka dan ko boleh tangguh2?
ketahui olehmu bahawasanya Islam itu adalah CARA HIDUP...bukan semata2 kepercayaan...bermakna sejak ko diberi nafas sampaila ko mati ko kena hidup berlandaskan syariat Islam...

"kenapa aku perlu hidup berlandaskan syariat Islam?"

kembalilah kepada tujuan asal ko dijadikan...Allah dah bagitau "tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"...maka skang ko dah tau tujuan ko diciptakan iaitu untuk beribadah kepada Allah atau dengan kata lain taat perintah Allah...jauhi larangannya...bukan susah pun...

dan ketahui olehmu bahawasanya Allah tidak berhajat langsung kepadamu... Dia tak perlu pun cipta ko sila sedar...sama ada ko wujud ataupun tak, takde beri effect sikit pun kepada Allah...dan sekarang Allah dah cipta ko...bukan ko yang mintak diciptakan tapi itu adalah kehendak Allah...dan Allah bagitau ko bahawa tujuan ko diciptakan adalah semata2 untuk beribadah kepadaNya...so ko tak payah nak ego, bodoh sombong tak tentu pasal...

dan ketahui olehmu bahawasanya Allah itu Maha Penyayang...bila ko dilahirkan ko adalah dalam keadaan fitrah...kalo ko mati sebelum aqil baligh ko boleh masuk syurga...
maknanya awal2 lagi Allah dah letak ko di jalan yang menuju syurga...dan Allah dah bagitau ko bagaimana ko nak kekal di jalan itu...iaitu hidup dengan cara hidup Islam...kerana inilah jalan hidayah...

so janganlah ko pilih untuk taknak menutup aurat...kerana itu jelas bukan cara hidup Islam...

------------------------------------------------------------------------------------------------

CONCLUSION

"POMPUAN YANG TAKNAK PAKAI TUDUNG WALAUPUN TAHU IA WAJIB ADALAH BODOH, BONGKAK DAN BANGSAT"

ko tak setuju?
ok...biar aku buktikan sekali lagi secara saintifik

- Ko wajib bertudung bila masuk puberty / aqil baligh ...
- katalah umur puberty ko 13 tahun n let's say ko hidup lama dan umur ko mencecah 60 tahun

so maknanya .

60 - 13 = 47

ko diwajibkan bertudung selama 47 tahun...

- Tapi ko hanya diwajibkan bertudung bila ko kuar rumah dan depan orang2 tertentu saje...time tido, mandi ko takyah nak tunjuk alim pakai tudung...
- let's say dalam sehari ko pakai tudung selama 12 jam...

so

12 = 0.5 hari
0.5 hari x 365 hari x 47 tahun = 23.5 tahun

ko hanya perlu pakai tudung selama 23.5 tahun je...tak sampai separuh pun dari jumlah usia ko... itu kalo usia ko cecah 60. kalo ko mati umur 30 tak ke kejap je ko kena pakai tudung...?

- so sekarang ko sanggup taknak pakai tudung untuk waktu yang singkat kat dunia ni....tapi ko sanggup menahan azab api neraka yang selama2nya kat akhirat...

hahaha...tidakkah itu bodoh, bongkak dan bangsat?

maka terbuktilah kebenaran conclusion aku itu secara saintifik... bila dah terbukti kebenarannya secara saintifik maka secara automatic ia dipanggil SCIENTIFIC FACT / FAKTA SAINS... so kepada pompuan2 yang tahu bahawa bertudung itu wajib tapi still taknak pakai tudung maka ko harus menerima fakta sains bahawa ko adalah bodoh, bongkak dan bangsat... atau ringkasnya 4B...

eh... 4B? tapi tu ada 3 je - bodoh, bongkak dan bangsat...

hehe...tambah la sendiri satu lagi...

-----------------------


"huhu...I insaf...I insaf...esok I nak start pakai tudung..."

woi bitch! ko takyah pakai tudung la... perintah tu untuk manusia jek...
"KALAU KO SEEKOR BITCH KO TAKYAH PAKAI TUDUNG FAHAM?"

---------------------------------

"Eh, apalah u ni... cakap bitch la bangsat la...I tak suka la... u ni dakwah secara tidak berhikmah taw... taknaklah I pakai tudung camni...tak kuasa I..."

dakwah? berapa kali I nak cakap... blog I ni bukan blog dakwah ye...harap maklum...

owh ye lagi satu ...

DAKWAH SECARA TIDAK BERHIKMAH?

Woi! ko nak tunggu orang dakwah ko secara berhikmah dulu ke baru ko nak berubah haa? kalo ko nak berubah janganlah berubah kerana orang yang dakwah ko tetapi
BERUBAHLAH KERANA ALLAH... SEBAB DIA YANG MENCIPTAKAN KO DAN MEMELIHARA KO SEJAK KO KECIL...DARI WAKTU KO TAK MAMPU NAK SUAP MAKANAN KO SENDIRI SAMPAILAH SEKARANG DIA TAK HENTI2 BAGI KO NIKMAT...TAPI BILA KO BESAR...DAH ADA 'KUASA' UNTUK MENENTUKAN HIDUP KO...KO PILIH UNTUK HIDUP SEBAGAI MAKHLUK YANG DERHAKA...SEDANGKAN SELAMA-LAMANYA KO MEMERLUKAN NIKMAT DAN RAHMATNYA...MEMANG KO DASAR POMPUAN BANGSAT!

Believe me my sister...
satu hari nanti ko mesti akan mintak dari Allah satu permintaan yang sangat besar...tersangat2 besar...
ko tau tak apakah permintaan besar yang ko akan mintak?
ya...ko akan mintak SYURGA!

mungkin ko menafikannya skarang tapi percayalah...satu hari nanti kalo bukan kat dunia ni pun, kat akhirat sure ko mesti akan mintak masuk syurga...masa tu ko akan menangis merayu pada Allah...

huh memang ko dasar tak tau malu... ko nak mintak sesuatu yang sangat mahal... sesuatu yang para nabi, sahabat dan orang2 soleh sanggup berkorban harta benda dan nyawa untuk mendapatkannya... tapi ko langsung tak ada pengorbanan untuk Allah...

tak malu ke ko masa kat dunia yang sementara ni bila Allah perintahkan ko dengan satu perintah yang senang, ko buat tak peduli, ko anggap remeh malah ko menghina pula...tapi bila sampai hari akhirat ko nak mintak syurga Allah... huh...

Aku nak berhenti setakat ni je...

Entry kali ni aku tujukan kat member2 pompuan aku yang taknak pakai tudung...dan aku tak mahu tahu sama ada ko akan berubah ke tak...yang penting aku dah tunaikan kewajipan aku untuk menyampaikan...kalo ko berubah beruntunglah ko...tapi kalo ko tetap berdegil tanak pakai tudung maka ketahui olehmu bahawasanya bumi yang kau pijak ini milik Allah...dan akhirat yang ko dan sume orang sedang menuju kepadanya itu juga milik Allah...ko tak akan dapat lari...hahaha...
DAN KETAHUI OLEHMU BAHAWASANYA ALLAH TIADA TERKESAN SEDIKITPUN DENGAN PERBUATANMU...SAMA ADA KO TAAT ATAU DERHAKA DIA TETAP ZAT YANG MAHA KUASA MAHA AGUNG...

وَمَن يَعْصِ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.(An-nisaa' : 14)

وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).(An-nisaa' : 69)

Allahu Akbar....

p/s: aku yakin dalam hati ko, ko rasa tak selesa untuk buka aurat...sebab ko sedar itu melanggar perintah Allah... lalu ko pun mencipta alasan2 dan hujah2 yang bodoh supaya hati ko jadi tenang dan rasa tak bersalah...dan aku dah berusaha menjawab sebahagian alasan2 dan hujah2 bodoh ko tu kat sini...berhentila wei memikirkan alasan untuk tidak memakai tudung... sebab alasan ko itu hanya mampu menenangkan hati ko kat dunia yang sementara ni sahaja...

"TUTUPLAH AURATMU SEBELUM AURATMU DITUTUP DENGAN KAIN KAPAN"

sumber
puterakuda

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.



"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.


sumber : Link

p/s- indahnya..^_^

puterakuda

puterakuda







CERITA CINTA

mataku terlirik senyuman mu
dan bila jelingan pertamamu
terpancar keikhlasan
di balik keayuanmu

bagai mentari terangi siangku
bagai rembulan suluhi malamku
tika hadirmu dalam cerita cintaku


berputik cintaku untuk dirimu
saatku cerita isi hatiku
kau balas kisah kasihku
terima cinta ku

c/o

kau hadiah tuk ku syukuri
hiasi mahligai cintaku
dan kini ku tahu hanya kau
selalu kurindu

kau hadir beriku bahagia
kau beri cinta yang ku damba
duhai kekasihku sudikah dirimu
jadi permaisuriku

oh tuhanku satukanlah
hatiku dengan hatinya
kerna hanya kepadamu
tempat ku merayu



LIRIK: Mazhair shahroz muhasip (Elhamz)
lagu : Zakariah @Hamzah junaiday (Elhamz)
susunan muzik: Abdul Halim Ahmad ( Neurotic studio)
p/s - best dengar..^_^
puterakuda
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pencipta segala di langit dan di bumi serta diantara. Pencipta segala kerahsiaan kehidupan. Maha Perancang segala kejadian, tiada tandingan tiada persaingan. Amat besar zatNya, Maha Agung Maha Kaya, Maha Pemurah Maha Penyayang. Semua keranaNya. SubhanAllah.

Alhamdulillah pada 8/3/2011 telah diadakan mesyuarat bersama TNC dan HEP di Canselori Bangunan Pengurusan UNITEN. Mesyuarat ini adalah kesinambungan tindak balas pihak pengurusan tentang isu yang diutarakan oleh mahasiswa kepada pengurusan.
Antara isu-isu yang dibincangkan :
Prepaid Meter Elektrik
1) Pihak UNITEN mengambil tindakan serta-merta untuk memberi secara percuma RM40 yang telah diinstall di prepaid meter berkenaan.
2) Tariff elektik juga telah diberi diskaun sebanyak 15% iaitu daripada RM0.39 kepada RM0.34.
3) Untuk mengaktifkan tariff baru di prepaid anda, anda dikehendaki reload minimum RM20 di kaunter kewangan. Dengan itu, elektrik anda akan dikenekan bayaran mengikut tariff baru. Untuk sesiapa yang masih tidak mengaktifkan kadar terbaru, anda dinasihatkan membuat demikian secepatnya.
RM20 + baki sedia ada = kadar tariff baru
4) Pihak pengurusan dan MPP UNITEN akan membuat tindakan susulan dengan berjumpa pihak TNB untuk memohon agar penginapan khususnya dikenakan kadar mengikut bayaran domestik.
Keadaan Jalan Sekitar UNITEN
1) Pihak PPH UNITEN telah mengambil langkah pantas untuk menutup lubang-lubang kecil di sekitar jalan UNITEN.
2) Namun begitu, masih terdapat banyak lagi lubang-lubang yang tidak tertampal. Pihak MPP UNITEN menyeru agar pihak PPH UNITEN akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan isu ini.
3) Pihak pengurusan akan memantau segala kerja-kerja yang dilakukan.
Parking Kereta di COE (BN)
1) Isu yang telah lama diutarakan oleh pelajar. Dan atas desakan di Dialog, pihak pengurusan mengambil langkah drastik untuk membuka tempat tersebut sebagai parkir kereta.
2) Tempat tersebut akan dibina penghadang di sekelilingnya. Namun begitu, untuk simen dan tar mengambil masa yang agak lama. Buat seketika ini, pihak pengurusan akan membuka tempat tersebut untuk parkir sementara. MPP akan sentiasa mengemaskini maklumat tentang isu ini.
3) Masalah yang akan timbul adalah ketika hujan, dimana tanah akan menjadi lembab dan basah. Ini akan mengotorkan kereta dan merupakan pilihan pelajar samada mahu parking kereta disitu atau sebaliknya sementara menunggu proses penambahbaikan.
Pencerobohan Kelompok Murni
1) Tindakan serta merta untuk MENGEKALKAN perkhidmatan pengawal keselamatan di kawasan berhampiran jalan raya. Perkhidmatan ini telah ditarik 2 minggu lepas memandangkan keadaan keselamatan di Murni kembali stabil. Tetapi malangnya, perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu tiada perkhidmatan tersebut. Pihak keselamatan akur untuk meletakkan pengawal secara kekal di kawasan berhampiran jalan raya. Operasi 11 malam sehingga 5 pagi.
2) Lighting dibetulkan secepatnya seperti spotlight dan sebagainya.
3) Bulb wire akan dipasang di antara tingkat groundfloor dan 1 bagi mengelak penceroboh memanjatnya.
4) Begitu juga di grill yang terlibat. 2 isu yang berlainan, penceroboh memanjat paip PVC untuk naik ke bilik mangsa dan satu lagi kes melalui grill. Tempat tersebut akan dipasang bulb wire untuk keselamatan penghuni.
5) Koridor lighting akan diperbetulkan jika terdapat kerosakan.
6) Setiap rumah di Kelompok Murni akan dipasang inter lock. Dimana penghuni dapar mengunci rumah daripada dalam mengelakkan dari pencerobohan menggunakan kunci di pintu.
Perkhidmatan Bas di UNITEN
1) Masalah berlaku bas untuk ke serdang/MINES tidak mendapat sambutan kerana sistem pembelian tiket yang agak menyukarkan pelajar untuk keluar bila-bila masa.
2) Keberkesanan sistem bas di UNITEN kan dipertingkatkan.
Isu Monopoli air
1) Kontrak gerai tersebut akan tamat pada akhir tahun 2011.
2) Pihak UNITEN akan menilai kembali kontrak tersebut dan pihak MPP akan dipanggil untuk keputusan tersebut.
3) Jika semua pihak membantah penyambungan kontrak tersebut, semua premis makanan di UNITEN mampu menjual air seperti sedia kala. Harapan MPP agar kontrak tersebut tidak disambung dan ianya tidak menutup pencarian rezeki premis lain.
Isu Perpustakaan UNITEN
1) Perkhidmatan komputer di perpustakaan kebanyakkannya tidak mempunyai microsoft office. dan ini menyukarkan pelajar untuk membuat kerta yang berkaitan. Hal ini akan diusulkan kepada pihak perpustakaan UNITEN
2) 24 jam perpustakaan akan dibuka di aras bawah untuk kegunaan sepanjang study week dan minggu peperiksaan.
3) Perkhidmatan WIFI dalam proses. Pihak MPP akan memaklumkan segala yang berkaitan kepada pelajar.
Isu WIFI
1) COE foodcourt mempunyai perkhidmatan WIFI
2) UPTEN dan Perpustakaan dalam proses.-Akan di beritahu.
Isu Kelompok Ilmu
1) Blok I5 untuk pelajar perempuan dan blok I6 untuk pelajar lelaki.
2) Penghuni ilmu (lelaki mahupun perempuan) bukan pelajar tetap UNITEN. Seperti fast-track ataupun pelajar Bahasa Jepun.
3) Blok tersebut juga digunakan untuk kegunaan luar seperti sewaan oleh ILSAS dan sebagainya.
4) Pihak MPP akan usaha sebaiknya untuk memastikan kediaman pelajar wanita terjaga di UNITEN
Dialog Bersama Pengurusan UNITEN
1) Pihak MPP akan menganjurkan dialog setiap semester untuk pelajar mengetahui perkembangan yang telah diluahkan kepada pihak pengurusan.
2) Untuk dialog kedua, segala maklumat akan dimaklumkan dan dicadangkan akan diadakan pada bulan 6.
3) Merupakan medium terbaik untuk mahasiswa bersama pengurusan berbincang tentang masalah yang ada.
Kerusi MPP di KSHAS
1) Permohonan kerusi untuk MPP di Muadzam.
2) Sekarang terdapat 5 kerusi yang dipertandingkan, dan MPP memohon agar ditambah kepada 7 kerusi untuk memudahkan segala pengurusan kerja MPP.
ISU2 LAIN YANG BERKAITAN AKAN DIMAKLUKAN KEMUDIAN.
Dari Kaca Mata HambaNya
Perjuangan tidak semudah yang disangka, tika saat diri diatas, bersedialah dengan tohmahan dan sebagainya. Jika diri kuat, jalankan amanah sebaiknya tanpa rasa kesal jalan yang dipilih.
Buat sahabat-sahabat di UNITEN, MPP sangat memerlukan bantuan kalian. Kami tidak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan kalian. Usahlah diperlekehkan apa yang diusahakan, bantu kami, sokong kami, bersama kami. Tidak mustahil untuk MPP UNITEN menjadi kuat memperjuangkan hak kalian, tapi semuanya sebenarnya terpulang pada kesedaran kalian. Jika kuat sokongan kalian pada MPP, MPP punyai tenaga tambahan untuk memperjuangkan segalanya.
Satu contoh yang berlaku tika diadakan perjumpaan bersama TNC saat subsidi ditarik, tidak sampai 10 orang selain MPP yang hadir untuk sama-sama pertahankan isu tersebut.
Satu contoh pula tika MPP mengadakan Dialog dan kehadiran hampir 800 pelajar memberi satu aura yang hebat. Segalanya mudah bagi kita jika kita bersatu.
Selagi ada kekuatan diri di dalam dirimu, tunjukkanlah. Sama-sama berjuang hidupkan suasana kampus di UNITEN. AMBIL PEDULI semua yang berlaku. HIDUP BERKOMUNITI dan jangan buat hal sendiri.
Pihak MPP cuba sedaya upaya untuk memastikan segalanya berjalan lancar dan bersambungan untuk MPP akan datang. Perlu diingat, jatuh bangun MPP disebabkan pilihanraya. Badi UNITEN tidak terpadam lagi dengan keadaan selang seli pilihanraya dan ini menyukarkan MPP untuk terus berkesinambungan. Saya sangat berharap sahabat-sahabat yang lantang bersuara, masuklah MPP. Gunakan potensi anda pada medium yang betul. Tunjukkan sesuatu.
Andai bersatu, semuanya mudah bagi kita. InsyaAllah pilihanraya kampus akan diadakan pada bulan 7 atau 8. Sesiapa yang berminat, bersiapkan dirimu sebaiknya. Rasai dunia kepimpinan yang sukar diungkap tanpa dirasa. ^_^..insyaAllah.
Mohon maaf andai ada kesalah dari pihak kami. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan segalanya berjalan lancar.Sokongan dari kalian amat diharapkan.
Sekadar Lelaki Biasa.
puterakuda








"Kebangkitan Suara Mahasiswa UNITEN"
puterakuda








Alhamdulillah...^_^
puterakuda










Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..^_^
puterakuda








Alhamdulillah pertama dan selamanya diri ini mengucapkan syukur kepadaNya yang masih memberi kenikmatan kepada ku.
Alhamdulillah buat pertamanya dijemput secara official untuk menjadi speaker bagi program Nurturing Leadership. Segala apa yang ada pada diri yang kekurangan ini, sekadar itu lah yang mampu dikongsi.
Terima kasih kepada yang sudi hadir InsyaAllah akan dtg jika diberi peluang, akan cube yang lebih baik...^_^