puterakuda














Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 20/6/2012 telah diadakan perlawanan ketiga kumpulan B UNITEN CUP 2012. Lawan Schalke 04 pada kali ini ialah Stuttgart. 2 kelab German bertembung merebut slot Juara kumpulan dengan Schalke 04 telah mengumpul 6 mata sebelum ini hasil 2 kemenangan. Stuttgart pula mengumpul 4 mata dengan 1 kemenangan dan 1 seri. Jika kalah, maka Stuttgart akan terlepas ke pusingan seterusnya dan memberi laluan kepada Red Star hasil perbezaan jaringan.

Perlawanan bermula pada jam 5.30 petang dengan masing-masing mengamalkan corak berhati-hati. Juara kumpulan menjadi taruhan Schalke 04 untuk terus bertahan supaya tidak akan bertemu dengan Liverpool jika mereka tewas kepada Stuttgart. Banyak peluang dicipta oleh kedua-dua pasukan. Sepakan percuma Zemer dari tengah padang hanya mampu mengegar tiang tatkala penjaga gol lawan telah pun tertewas. Perlawanan semakin rancak dengan sedikit pergaduhan kecil berlaku tetapi dapat dikawal. Separuh masa pertama menyaksikan keputusan 0-0.

Separuh masa kedua Schalke 04 menukar pemain dan membolehkan lebih menguasai perlawanan dan mengubah corak perlawanan menjadi lebih pantas. Setiap pasukan bertahan dan menyerang dengan baik. Stuttgart bertubi-tubi menyerang tetapi kepantasan pertahanan dan penjaga gol Schalke04 menghampakan mereka.

Malang bagi Schalke04 apabila Stuttgart dihadiahkan sepakan penalti atas kekasaran yang dilakukan oleh pertahanan Schalke04, Kipp. Namun sebenarnya terdapat sedikit salah faham antara pengadil dan penjaga garisan menyebabkan keputusan itu dibantah oleh Schalke04. Sepakan penalti diambik oleh pemain tengah Stuttgart. Saat genting tiba apabila wisel ditiupkan. Namun sepakan pemain tersebut kuat dan terkena palang gawang lalu melantun keluar jauh dari kotak penalti. (Suke sangat masa ni =D)

Beberapa percubaan turut dilakukan untuk memastikan mata dikutip penuh 3 mata. Namun , wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan. Keputusan akhir 0-0. Schalke04 dan Stuttgart layak ke pusingan suku akhir. Dengan Schalke04 akan bertemu Santos dan Stuttgart bertemu Liverpool.

Schalke 04 (0) vs (0) Stuttgart


p/s - next match quater final : Santos!