puterakuda




Salam alaik.
Alhamdulillah bersyukur atas kurniaan nikmat olehNya kepada kita sehingga hari ini yang tidak terputus-putus. Semoga diri kita lebih mendekati-Nya dalam apa jua pelaksanaan kehidupan kita.

Pada 25 Februari 2010, SRC ROADSHOW telah pun sampai ke kemuncaknya apabila fasa terakhir telah dijalankan bertempat di DNIM. Pada malam itu juga telah dilakukan rebranding DNIM kepada THE LOOP.

Semoga apa yang dilakukan oleh pihak MPP mendapat manfaat kepada pelajar dalam mengerakkan aktiviti pelajar di UNITEN. Dan saya juga berharap agar semua pelajar tidak hanya meletakkan harapan 100% kepada pihak MPP dalam menyelesaikan pelbagai isu di UNITEN malah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak MPP.

Sekian, terima kasih
puterakuda

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

tuhibbunallah.JPG

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.


Sumber: http://saifulislam.com/?p=705

puterakuda
puterakuda
Presiden PRS - UPG







Salam alaik...^_^
Bersyulur kepada Allah atas nikmat kurniaan yang tidak terhingga kepada kita sehingga nafas kini.

Alhamdulillah, buat pertama kalinya PRS UNITEN telah berjaya menganjurkan program bersama UPG MMU iaitu paintball. Program yang dijalankan secara 'underground' ini telah diadakan pada 21/2/2010 di TT SPORT SUBANG JAYA. Semua peserta amatlah gembira bermain..he3..

Ini merupakan kali pertama diriku bermain paintball ini..menarik rupanya. InsyaAllah jika akan peluang, bolehlah bermain lagi..^_^

Semoga ukhwah PRS-UPG akan terus kekal...tq
puterakuda

Siapakah Mereka?

Ketika Rasulullah S.A.W. sedang memeriksa barisan tentera sukarelawan Peperangan Hunain, baginda terkesima dengan gelagat beberapa orang anak muda. Mereka kelihatan terjengket-jengket, cuba menonjolkan ketinggian meskipun jelas pedang yang disandang lebih tinggi dari tubuh mereka. Malah pakaian masing-masing meleret ke bumi. Sedaya upaya remaja-remaja ini berlumba-lumba melayakkan diri mereka sebagai barisan tentera pilihan Rasulullah. Kombinasi raut wajah belia belasan usia dengan semangat jihad lelaki dewasa meruntun persoalan, “Siapakah remaja-remaja ini?”.

Tatkala mengenali siapakah remaja-remaja sehebat ini, sayugia kita mengamati secara terperinci keistimewaan yang menghiasi peribadi-peribadi mereka. Masih relevankah keistimewaan mereka dengan belia remaja era ini? Jika benar, bagaimana kegemilangan ini dapat kita garap dan kembalikan rohnya kepada pemuda zaman kita.

Mereka Hebat, Kita ‘Hebat’

Apabila membincangkan tentang remaja Islam silam, khususnya yang sezaman dengan Rasulullah, kita tidak dapat lari dari figur istimewa ini, Saidina Ali bin Abi Talib. Insan istimewa ini diputerakan di tempat yang juga istimewa, iaitu di dalam Kaabah di Mekah pada tahun 601 Masihi. Ali telah membuktikan bahawa beliau bukan sekadar menyandang tokoh kanak-kanak pertama memeluk Islam, malah beliau telah susuli zaman remajanya dengan beberapa siri pengorbanan yang tidak betah dengan usianya. Umum mengetahui peristiwa yang melibatkan Ali pada malam hijrah Rasulullah S.A.W. Berbekal akhlak berani kerana benar, Ali sanggup tidur di tempat perbaringan Rasullulah S.A.W. sedangkan beliau menyedari segerombolan pemuda musyrikin Quraisy sedang berkawal ketat di luar rumah Rasullullah dengan kilatan hunusan pedang. Nyawa sebagai galang ganti, hebatnya Ali!

Sesekali apabila diamati, remaja era milennium tidak kurang ‘hebat’nya. Kala malam merangkak tua, berbekalkan sifat berani tak tentu hala, mereka sanggup meniarap di atas motosikal masing-masing. Kenderaan mereka bukan statik seperti tempat perbaringan Rasullullah S.A.W., malah bergerak dengan kelajuan yang di luar jangkaan. Remaja-remaja ini sanggup mengambil risiko memperjudikan nyawa, berlumba di bawah neon, sedangkan mereka menyedari aksi mereka disaksi oleh segerombolan polis trafik dengan bingitan siren amaran. Aksi demi aksi, dari atas motosikal mereka akhirnya terbaring di jalan raya, menokhtahkan hidup dengan sia-sia, ‘hebat’kan remaja kita?

Sifat berani sangat sinonim dengan Ali kerana ciri ini sering ditonjolkan oleh penceramah, penulis malah oleh ustaz kita sejak dahulu lagi. Namun tidak ramai di kalangan kita yang mengenali Ali sebagai cendiakawan ulung. Sejak remaja lagi Ali mendalami setiap cabang ilmu pengetahuan. Beliau mahir dalam ilmu sastera, ilmu hisab dan kehakiman. Di samping itu, Ali adalah seorang remaja yang kreatif, inovatif dan proaktif. Pasukan polis pertama di dunia yang diberi nama Al-Syurtah adalah hasil pemikiran intelektektual Ali. Malah cetusan inovatif remaja berwawasan ini maka tertubuhlah badan perisik pertama yang belum pernah dilaksanakan sebelum zamannya. Hebatnya remaja silam ini!. Hebatkah remaja zaman kita?

Tiada siapa dapat menafikan ‘kehebatan’ remaja kita ketika ini. Di samping melibatkan diri secara aktif sebagai ‘pelumba professional’, mereka juga bergiat aktif dalam kejuruteraan otomotif. Berbekalkan daya kreativiti yang tinggi, kenderaan diubahsuai, brek ditanggalkan, kuasa deruman ditingkatkan. Bukan sekadar itu, ada juga di kalangan mereka yang sangat mahir dalam ilmu ‘hisap dan hidu’. Ganja, heroin, kokain, syabu, namakan apa sahaja semua mereka tahu. Kadang-kadang kehebatan ilmu mereka dalam bidang ini melayakkan mereka menjawat jawatan ‘doktor peribadi’ bagi diri masing-masing. Anggota badan disuntik, malah ditoreh dengan cekap sekali tanpa perlu dibius terlebih dahulu. Natijahnya, mayat-mayat bernyawa ini akan menyempurnakan bidang mereka di institusi-institusi yang dikenali sebagai Pusat Serenti. Tidak ‘hebat’kah remaja-remaja zaman ini?

Kaya Harta, Kaya Jiwa

Anak muda ini berhijrah ke Madinatul Munawarah dalam keadaan sehelai sepinggang. Setibanya di sana , beliau disaudarakan dengan Saad bin Rabiul Ansari. Amati dialog anak muda ini dengan Saad.

Saad : Saudaraku, aku seorang hartawan di Madinah. Ambillah separuh

daripada hartaku untuk kegunaanmu.

Anak Muda : Terima kasih. Semoga Allah memberkati hartamu. Tolong

tunjukkan aku di mana letaknya pasar agar aku dapat berniaga di

situ.

Selepas beberapa tahun gigih berniaga, anak muda ini dapat menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta untuk kegunaan penduduk Madinah. Malah beliau sanggup menderma 40 ribu dinar kepada golongan fakir miskin. Harta peribadinya juga dibahagikan kepada setiap tentera yang menyertai Perang Badar. Beliau tidak lokek menginfakkan hartanya untuk mengembangkan Islam di serata dunia. Maka bebondong-bondonglah orang asing memeluk agama suci ini. Mulianya pekerti anak muda ini, Abdul Rahman bin ‘Auf.

Walau memiliki peluang menggunakan harta Saad secara percuma (bukan pinjaman), Abdul Rahman masih punya jati diri yang kental. Sifat berdikari, berwawasan tinggi dan jujur diri menempatkan beliau sebagai usahawan muda yang terbilang di zaman silam. Bagaimana dengan anak muda kita?

Kebiasaannya ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia , remaja-remaja kita akan bekerja sambilan, belajar memandu, kelas komputer dan sebagainya. Tahniah kerana pandai memanfaatkan masa. Sayang sekali majoriti daripada kalangan mereka ini bergiat cergas sebagai pengganggur terhormat. Tidak ketemukah mereka dengan pasar seperti yang dicari oleh Abdul Rahman? Malah remaja-remaja kita lebih beruntung kerana tersedia pasar-pasar raya yang tersergam indah. Sayang sekali lagi kerana tempat-tempat ini tidak digunakan untuk berniaga tetapi diisi dengan agenda utama iaitu melepak dan mencuci mata.

Tatkala ingin melanjutkan pelajaran, terdapat badan-badan kerajaan dan swasta yang menyediakan pinjaman pendidikan, PTPTN sebagai contohnya. Sebaik sahaja wang pinjaman singgah di bank, sebahagian besar pelajar-pelajar kita mencari pasar-pasar raya. Hendak berniagakah mereka? Tidak sama sekali! Mereka sedang melengkapkan diri mereka dengan alat komunikasi canggih, iaitu telefon mudah alih berjenama. Malah ada yang terlalu ‘kreatif’ berbelanja sehingga wang tersebut tidak sempat untuk digunakan bagi tujuan sebenarnya. Apabila kesempitan wang, mereka ‘kreatif’ pula mencari peluang perniagaan sehingga ada yang tergamak menjual batang tubuh sendiri. Lebih menyedihkan lagi mereka sanggup memperdagang akidah dengan menyertai persatuan agama lain. Maka berbondong-bondonglah rakan IPT mereka yang murtad. Maha benarlah sabda Rasullullah bahawa kefakiran akan mendekatkan kita dengan kekafiran.

Kembalikan Kegemilangan Itu

Kisah-kisah yang dipaparkan hanyalah segelintir contoh untuk renungan dan perbandingan. Perincian peribadi-peribadi mulia ini tidak mampu untuk menampung rencana pendek ini kerana setiap zaman melahirkan tokoh remaja gemilang. Kita kenali Ibnu Batuta sebagai Bapa Pelayaran, Al-Khuwarizmi selaku Bapa Matematik, Gaber bin Hayan, Bapa Kimia, Al-Razi, Bapa para doktor dan ramai tokoh terbilang silam lagi. Sembilan puluh peratus daripada mereka mencipta kegemilangan sejak zaman remaja lagi, malah ada yang bintangnya bersinar seawal kanak-kanak lagi.

Bukan menyindir, bukan memerli, hakikatnya remaja zaman ini mempunyai peluang untuk lebih cemerlang dan gemilang berbanding remaja Islam silam. Kita miliki bidang IT, otomotif, kejuruteraan, bioteknologi dan seribu satu macam bidang yang muncul secara tiba-tiba. Entah di mana silapnya, belia pada zaman ini lebih selesa membuang masa kepada perkara yang sia-sia. Bidang baharu yang diteroka tidak disalurkan untuk menggapai redha Ilahi.

Wahai pemuda-pemudi! Kembalikan kegemilangan remaja Islam silam. Manfaatkan masa, rebutlah peluang. Kita ada institusi-institusi Islam yang teguh dan menyeluruh, memberi kefahaman Islam yang mendalam, masjid yang dilengkapi teknologi terkini dan pelbagai saluran yang tidak tersedia di zaman silam. Bangkitlah! Dunia merindui dan mengimpi peribadi Ali, Abdul Rahman ‘Auf, Zaid Harithah, Rabiatul Adawiyah, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bersinar di dalam diri kalian semua. Garap dan hiaskan peribadi masing-masing dengan madah Saidina Abu Bakar As-siddiq, “Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar dengan batu, tetap dibalas dengan buah”. InsyaAllah impian melihat remaja Islam berketrampilan dunia dan akhirat akan menjelma sebagai kenyataan.

Hasil nukilan dan kajian :

Rosnani Hasan

puterakuda

Andainya dapat ku menulis
Nota-nota cinta buat diri Nya

Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri


Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku

Menjalin ikatan menuju ke syurga


Cintaku kepada Dia

Rinduku hanya pada Nya

Kasehku balas cinta Nya

Setiaku balas kasih Nya

Kasihku kasih yang setia pada yang punya


Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya

Akurku kebesaran Nya

Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta


Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah

Namun kasih Nya tak pernah akan musnah

Belas rahmat Nya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah
puterakuda








Salam alaik..
alhamdulillah akhirnya berkebun gak...he3..lame da xberkebun duduk dekat uniten tu...so, agak penat la dah lama xbuat kerja-kerja berat ni...^_^..
semoga berjaya

puterakuda
ehem2..^_^
xtaw ape yg ditengok tu

ketawa si azi n kholili tgk org baling


ali membuat balingan maut dan hazim focus xhabis


Salam alaik..alhamdulillah nikmat kurniaan Allah yang berpanjangan..^_^
So, pada hari jumaat 12/2/10 saya bersama-sama sahabat bermain bowling dekat metro point...saje luangkan masa bersama-sama.ramai yang nak join tapi xdapat coz dh pulang ke rumah masing-masing sibuk menyambut tahun baru cina agaknya...^_^

SALAM UKHWAH


puterakuda




Alhamdulillah Roadshow MPP fasa 2 telah berjaya diadakan di COIT pada 10/2/10. Terima kasih kepada yang memberi kerjasama kepada pihak kami..^_^
puterakuda




Alhamdulillah Roadshow MPP 09/10 bagi fasa 1 bertempat di COE FOODCOURT telah berjalan dengan lancar. Pelbagai isu-isu dapat didengar apabila pihak MPP turun padang pada 9/2/10.
puterakuda
RALAT : COE AKAN DIJALANKAN DI COE FOODCOURT

p/s- jom meriahkan!
puterakuda






" Dan Dialah yang menciptakan kamu khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk menguji kamu tentang apa yang diberikan kepada kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu amat cepat seksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "
(Surah al-An'am, ayat 165)

HILANGNYA MAJLILS PERWAKILAN PELAJAR UNITEN

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan nikmat kurniaanNya kepada kita yang tidak terputus-putus atas mawaddah dan rahmahNya.

Pada 3 Februari 2010, Pembimbing Rakan Sebaya UNITEN telah menganjurkan forum Sembang Siswa 2010 bertajuk Hilangnya Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN. Di hadiri panel-panel yang sesuai dengan tajuk iaitu En.Azizul (pensyarah), saudara Asyraf (Presiden MPP) dan saudara Fairuz Ghani (mantan Presiden MPP). Pelbagai isu-isu dibangkitkan tentang MPP bermula dengan peranan MPP sehinggalah isu-isu berbangkit. Namun, disebalik isu-isu yang timbul, mahasiswa UNITEN haruslah lebih berfikiran terbuka dengan apa yang berlaku. Bukan hanya tahu menyalahkan pihak MPP sahaja.

KEWIBAWAAN MPP DIPERTIKAI KERANA TIADA PILIHAN RAYA

Kedengaran suara-suara sinis yang bercakap dibelakang, "eleh, dia tu jd MPP pun sebab menang tanpa bertanding boleh la"..."MPP tidak bagus kerana tidak dipilih oleh pelajar"...banyak lagi suara-suara sumbang yang kedengaran. Jika sebagai mahasiswa yang mampu berfikir dengan lebih terbuka, wajarkah MPP yang menang tanpa bertanding dipertikaikan kewibawaannya? Mungkin ada yang berkata wajar. Tetapi, andai mulut-mulut yang suka berkata belakang, suka mempertikaikan MPP masuk juga bertanding dengan harapan mampu menggunakan idea-idea mereka yang bernas itu dan mengaplikasi didalam MPP untuk kebaikkan pelajar, maka InsyaAllah akan berlakulah pilihan raya di UNITEN ini. Golongan-golongan ini hanya mahu mempertikaikan MPP dan malah tidak mahu langsung memberi kerjasama kepada MPP dalam melaksanakan tugas mereka.

Wujud pula golongan yang tidak ambil tahu langsung tentang aktiviti-aktiviti pelajar dan perkembangan isu-isu di UNITEN.Tetapi apabila wujudnya masalah-masalah yang dari dulu tidak mampu di selesaikan oleh kepimpinan MPP-MPP sebelum ini, lantas dipersalahkan MPP yang ada. Sepatutnya apa yang perlu dilakukan ialah bersama-sama MPP menyelesaikan masalah. Hanya tahu 'complaint' masalah-masalah yang ada di UNITEN, apabila diajak bersama-sama selesaikan masalah, lari entah kemana. Cakap mahu, buat lari pula.

MPP MESRA PELAJAR ATAU PELAJAR MESRA MPP

Kedengaran suara-suara " MPP tidak mesra pelajar"...."MPP xrapat dengan pelajar"... Mungkin ada benar. Tetapi,andai mahasiswa-mahasiswa UNITEN mampu menggunakan slogan PELAJAR MESRA MPP untuk meningkatkan kembali kredibiliti MPP, InsyaAllah kuatlah sokongan MPP nnt. MPP umpana pohon, jika tiada ranting-ranting, daun-daun, dahan-dahan maka ia akan menjadi tunggul sahaja. Kerjasama dari semua mahasiswa UNITEN amatlah diperlukan. Majlis Perwakilan Pelajar nama diberi, satu majlis yang mewakili pelajar. Teruk majlis ini, ianya 100% mencerminkan seluruh pelajar UNITEN ini. Bagaimana pelajar-pelajar UNITEN ini berpersatuan, menjalankan aktiviti, bekerjasama menangani isu-isu dan pelbagai situasi lagi, semuanya melihat kearah pembentukkan majlis perwakilan pelajar dan ianya mencerminkan jati diri pelajar UNITEN. Jika semua pelajar UNITEN mampu memberikan sumbangan kepada MPP, tidak mustahil MPP UNITEN mampu setanding dengan MPP IPTA.

Sikap-sikap mazmumah perlu disingkirkan dan kita sama-sama memberi kerjasama dalam menangani isu. Bukan hanya tahu membangkitkan isu tetapi tidak langsung mahu memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu. MPP dicorakkan oleh mahasiswa sendiri, cantik coraknya di kain MPP, cantiklah pelaksanaannya, buruk coraknya di kain MPP, begitulah jadinya.

Saya menulis tiada berkaitan untuk menyokong sesiapa, tetapi sebagai individu sesama menjalankan tanggungjawab. Walaupun diri kita semua bukannya MPP, tiada salah kita membantu mereka dalam pelaksanaan tugas agar keadaan di UNITEN agar lebih teratur.

Allah Maha Mengetahui


"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum keluarga dan melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusushan, dia memberi pengajaran kepada kamu supaya kamu dapat mengambil penagajaran"
(Surah al-Nahl,ayat 90)
puterakuda
puterakuda

andainya kau menghayati
sejarah cinta yang sejati
pasti akan kau memahami
pesonanya bukanlah mimpi

kasih Rahmah tak bertepi
tika suami ditandang duga
rahsia tulus rindu Zulaikha
sabar menanti dalam setia
harapan menjelma

pasti jua(tiada lagi) hatimu akan bersilang tanya
wujudkah lagi cinta tanpa dusta dan nista
menafikan pepatah, cinta itu buta

sesungguhnya keimanan
yang menuntun langkah cinta
menuju redha
dilingkari keikhlasan
yang bersulam kejujuran
pasti akan terserlah kemurnian cinta

ingin aku mengulagi
sejarah cinta yang suci
bersamamu insan terpilih
menzahir makna cinta sejati
tak sekadar mimpi

Album : Dunia Yang Lebih Indah
Artis: Firdaus