puterakuda
Pihak MALAKOFF
Silat Sufi
Nasyid cilik~

mengajar subjek akademik

Lega rasanya~

Menjana generasi cintakan ilmu

Beri pendedahan bercakap dihadapan

LDK

Mesra bersama~
Saat pembahagian abg-akak angkat

Sahur bersama
Mereka solat tahajud

Kita seperti mereka?

ToT fasi

Taklimat program

Shopping~

Salam alaik.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas segala kekuatan yang diberikan kepada diriku ini dalam terus berbakti kepada mereka yang memerlukan. Kali ini rintangan yang menarik telah berjaya ku lepasi. Menjadi ketua pengarah untuk program Share Us Your Love banyak memberi kesedaran dan meningkatkan lagi gerak kerja yang ada.

Pada 28-29 Ogos 2010, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya UNITEN telah mengadakan program Share Us Your Love bertempat di Rumah Amal Siraman Kasih. Seramai 40 orang mahasiswa/i UNITEN terlibat dalam menjayakan program ini. Program yang ditaja sepenuhnya oleh MALAKOFF ini memfokuskan memupuk minat belajar pada diri pelajar. Program ini juga sebagai wadah terbaik untuk mahasiswa memberi khidmat mereka kepada masyarakat untuk menjadi insan yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Penghuni-penghuni Rumah Amal Siraman Kasih ini juga dikongsikan bersama ilmu-ilmu bermanfaat tentang berpuasa,solat, adab-adab dan sebagainya ketika kuliah subuh. Jamuan berbuka puasa bersama penaja juga berjaya dilaksanakan bermula jam 6.15 petang dengan pelbagai persembahan dari panglima-panglima cilik Islam.

Semoga program seumpama ini mampu memberi sedikit sinar kepada mereka yang kurang bernasib baik.Sekalung penghargaan kepada pihak MALAKOFF yang sudi memberi ruang kepada kami melaksanakan program ini. Semoga kita dalam bekerjasama lagi.
puterakuda

Salam sejahtera kepada semua pelajar UNITEN,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pilihanraya MPP sesi 2010/2011 telah berjalan dengan lancar pada 25 Ogos 2010 (9 pagi hingga 4 petang) di 3 stesen (2 COE dan 1 COIT). Berikut adalah keputusan hasil daripada Pilihanraya tersebut:-


1. Data bilangan pelajar yang turun mengundi mengikut kolej:


Bilangan pelajar turun mengundi

Bilangan pelajar layak mengundi

%

2385

5909

40.36**

(peningkatan sebanyak 10% jika dibandingkan pada tahun 2008/2009)

College Name

Bilangan turun mengundi

Bilangan pelajar layak mengundi

%

College of Engineering

1719

3872

44.39

College of Information Technology

614

1255

48.92

Institute of Liberal Studies

46

128

35.93

College of Graduate Studies

6

654

0.91



2. Keputusan pilihanraya selepas sesi pengiraan undi dijalankan dari jam 5.30pm hingga 8.30pm, 25 Ogos 2010.


NO. CALON

ID Pelajar

NAMA CALON

JUMLAH

8

CE083442

Mohammad Mahlil Bin Md Saleh

698

10

EE084159

Aimi Nadia Binti Abdul Latif

679

4

CE080989

Mohd Khuizham Bin Abd Halim

661

5

ME083565

Kumaran A/l Somasundram

577

12

ME083630

R.Tevan Nair A/L Ravy Yeandran

564

6

EE081598

Nurhana Binti Norhan

563

15

CE081478

Mohamad Izwan Bin Mohd Omar

537

9

EP084251

Ng Dihui

510

13

EE084444

Digotetso Matema

381

3

EP081670

Muhammad Taufiq Bin Nasarudin

314

14

GM082085

Fatin Nadiah Binti Zainal Abidin

276

1

EP084458

Muhammad Farezshafiq Bin Mohd Yeen

265

puterakuda
MANIFESTO

1) Menambahbaik penganjuran program oleh MPP untuk mahasiswa yang meliputi aspek IQ,EQ dan SQ.

2) Memastikan kesinambungan MPP dari sesi ke sesi merangkumi segala aspek bagi menjadikan MPP badan yang melambangkan kegemilangan mahasiswa.

3) Memberi peluang kepada mahasiswa yang mahu mengasah potensi diri dalam kepimpinan.

4) Membantu kelab dan persatuan dalam menjayakan program dari perkongsian idea serta sistem atur kerja supaya lebih berkesan dan sistematik.


PENGLIBATAN 2009-2010

1) Ketua pengarah Street Soccer Amanah 2009
2) Biro Program PINTAR 2009
3) Exco Latihan & Kepimpinan PRS 09/10
4) Peserta Kem Kepimpinan Mahasiswa 2009
5) Ketua Pengarah Program Malam Syawal Dihatiku 2009 (PRS)
6) Peserta Bakti Siswa Perdana 2009
7) Bengkel 3P
8) Sukarelawan MASISWA 2009
9) Timbalan Presiden 1 PPKA
10) Ketua Pengarah Kem Rakan Exco 3 (PRS)
11) Sukarelawan Program Anti-Dadah IPTS 2010
12) Sub-exco Latihan & Kepimpinan MPP 09/10
13) Biro program induksi sub-exco MPP 09/10
14) Biro Promosi Roadshow MPP 09/10
15) Fasilitator Kem Remaja Bestari 2010
16) Ketua Fasilitator Program PINTAR 2010
17) Fasilitator Orientasi 10/11 (Ketua mass)
18) Ketua Pengarah Kem Kepimpinan Mahasiswa 2010
19) Ketua Pengarah Seminar Pembangunan Mahasiswa 2010
20) KEMUDI@PRS
21) Biro program Grand Iftar 2 @ MPP

InsyaAllah akan datang
1) Ketua Pengarah Program Share Us Your Love tajaan MALAKOFF
( 28-29 Ogos 2010)
2) Timbalan ketua pengarah Gala PRS
( 25 September 2010)
puterakuda




Salam alaik.
Alhamdulillah, satu persatu diteruskan walaupun kesuntukkan masa yang ada. Selepas perang poster tamat, bersama-sama sahabat (udin,hafiy dan ali) ke rawang. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam lebih. Tujuan utama adalah untuk meninjau keadaan disana bagi membuat program SHARE US YOUR LOVE. Alhamdulillah kedatangan disambut baik oleh En.Azhar. Pelbagai info yang kami dapat untuk melancarkan lagi program yang akan dilaksanakan.

Semoga segala usaha ini dibalas kebaikkan olehNya. InsyaAllah.
puterakuda



Salam alaik.
Alhamdulillah masih diberi kekuatan pada diri. Selepas balik dari muhibbah dalam jam 12.30, diri terus bergegas balik ke Amanah. Persiapkan diri untuk perang poster pula. Kerja-kerja membalut dan men-stapler dibantu oleh Ghobi,Hazim,Haziq,Mizi,Acap dan Sobri. Sehingga la jam 4 pagi. Diri ini masih banyak yang perlu dilaksanakan. Sehingga selesai solat subuh barulah tertido sebentar.

Pagi bangun dengan 2 misi yang berbeza. Gantung poster secepatnya dan pergi ke rawang.
Alhamdulillah selesai gantung sekitar UNITEN dalam jam 2.30 petang. Terima kasih pada yang membantu dibantu oleh Shafik,Apai, Fahmi dan Ali serta nama-nama diatas. Bantuan kalian amat dihargai.

Jangan lupa undi calon no 8!
puterakuda








Salam alaik.
Alhamdulillah pada 21 Ogos 2010, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Kampus Putarajaya telah menganjurkan program Muhibbah 2 ke kampus Muadzam Shah. Hubungan dua hala yang diadakan ini adalah untuk membincangkan isu-isu semasa yang melanda kedua-dua kelab PRS. perbincangan juga melibatkan pertukaran idea dalam menjadikan PRS UNITEN sama tanding dengan kelab-kelab yang sedia ada di UNITEN.

Perjumpaan yang singkat ini amat bermakna kerana ianya merupakan titik permulaan PRS UNTEN kedua-dua belah kampus berkerjasama dalam menjana mahasiswa gemilang dalam setiap aspek.

"WE CARE WE SHARE"