puterakuda














Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 20/6/2012 telah diadakan perlawanan ketiga kumpulan B UNITEN CUP 2012. Lawan Schalke 04 pada kali ini ialah Stuttgart. 2 kelab German bertembung merebut slot Juara kumpulan dengan Schalke 04 telah mengumpul 6 mata sebelum ini hasil 2 kemenangan. Stuttgart pula mengumpul 4 mata dengan 1 kemenangan dan 1 seri. Jika kalah, maka Stuttgart akan terlepas ke pusingan seterusnya dan memberi laluan kepada Red Star hasil perbezaan jaringan.

Perlawanan bermula pada jam 5.30 petang dengan masing-masing mengamalkan corak berhati-hati. Juara kumpulan menjadi taruhan Schalke 04 untuk terus bertahan supaya tidak akan bertemu dengan Liverpool jika mereka tewas kepada Stuttgart. Banyak peluang dicipta oleh kedua-dua pasukan. Sepakan percuma Zemer dari tengah padang hanya mampu mengegar tiang tatkala penjaga gol lawan telah pun tertewas. Perlawanan semakin rancak dengan sedikit pergaduhan kecil berlaku tetapi dapat dikawal. Separuh masa pertama menyaksikan keputusan 0-0.

Separuh masa kedua Schalke 04 menukar pemain dan membolehkan lebih menguasai perlawanan dan mengubah corak perlawanan menjadi lebih pantas. Setiap pasukan bertahan dan menyerang dengan baik. Stuttgart bertubi-tubi menyerang tetapi kepantasan pertahanan dan penjaga gol Schalke04 menghampakan mereka.

Malang bagi Schalke04 apabila Stuttgart dihadiahkan sepakan penalti atas kekasaran yang dilakukan oleh pertahanan Schalke04, Kipp. Namun sebenarnya terdapat sedikit salah faham antara pengadil dan penjaga garisan menyebabkan keputusan itu dibantah oleh Schalke04. Sepakan penalti diambik oleh pemain tengah Stuttgart. Saat genting tiba apabila wisel ditiupkan. Namun sepakan pemain tersebut kuat dan terkena palang gawang lalu melantun keluar jauh dari kotak penalti. (Suke sangat masa ni =D)

Beberapa percubaan turut dilakukan untuk memastikan mata dikutip penuh 3 mata. Namun , wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan. Keputusan akhir 0-0. Schalke04 dan Stuttgart layak ke pusingan suku akhir. Dengan Schalke04 akan bertemu Santos dan Stuttgart bertemu Liverpool.

Schalke 04 (0) vs (0) Stuttgart


p/s - next match quater final : Santos!
puterakuda







Assalammualaikum w.b.t.
Alhamdulillah syukur pada Ilahi diatas segala nikmat yang dikurniakan kepadaku. Sesungguhnya Allah maha memberi nikmat tanpa meminta balasan dari hambaNya.

Alhamdulillah pada 16-17 Jun 2012 saya terlibat dengan program motivasi anjuran Master Trainer Resourses atas jemputan senior A.Nipa. Terima kasih atas tawaran dan pastinya ini penah menjadi impian saya untuk bekerja dalam bidang motivasi bersama mana-mana consultant. Rasa berdebar dan tidak sabar ingin merasai pengalaman baru.

Terdapat 2 program yang dijalankan serentak iaitu program unit beruniform Sekolah Kebangsaan Seri Damansara 1bertempat di Lembah Azwen Resort dan Kem Motivasi SK Padang Jawa bertempat di Kem Singgah Santai, Hulu Langat, Selangor.

Program 2 hari ini agak sekejap rasanya. Dengan kedatangan adik-adik sekitar jam 9.30 pagi begitu meriah. Meriah dengan pelbagai soalan seperti mahukan bilik dan dorm ada econ, nak makan, pergi ke tandas, tanya pelbagai soalan-soalan. Jawap je la kan.. he3

Petang itu Explorace yang agak menarik juga rasanya.he2. Macam-macam adik-adik ni kena macam cium katak, letak anak ikan dalam mulut dan passing ke kawan letak ikan itu dalam mulut juga, makan telur masin mentah dan macam2 lagi. Memang seronok tengok telatah budak-budak kecik ni kan. he3 ^__^

Pada malam itu saya bertugas di Kem Singgah Santai untuk slot Motivasi UPSR SK Padang Jawa. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun kurang persediaan. Semoga adik-adik yang bakal mengambil peperiksaan UPSR ubah sikap anda dan berusaha lebih baik jangan mengecewakan ibu dan ayah ya!

Malam semakin larut dan aktiviti mencabar kian bermula. Night Walk! Hanya pelajar SK Padang Jawa yang terlibat memandangkan terdapat sedikit salah faham di Lembah Azwen Resort. Saya menjaga checkpoint pelepasan pelajar. Berbelakangkan rumah penghuni anak-anak yatim yang dahulunya pernah mengorbankan nyawa akibat tanah runtuh menjadikan suasana agak hening. Dengan sedikit perkongsian sejarah kejadian menyebabkan mereka agak ketakutan. Kami pun takut juga sebab ada 3 murid ni mmg boleh nampak benda-benda halus. dan mereka bertiga kata memang ada di tingkat 2!.

Pelajar dilepaskan berdua dan berseorangan. Tetapi ramai yang lintang pukang lari balik ke tempat asal disebabkan takut hantu jelmaan manusia.he3. Ada yang lari menangis, ada yang menjerit ketakutan dan pelbagai reaksi lagi. Kami pun melepaskan mereka berlima dan lebih. Masih gagal untuk mereka lepas dan ada pula yang jatuh dan buat-buat pengsan sebab takut hantu tu kacau.he3. Keadaan lebih tidak terkawal apabila semua da mula ketakutan dan ada seorang pelajar pengsan akibat lelah ketakutan. Terpaksa la saya dukung dan berlari-lari anak untuk selamatkan budak kecik itu. Alhamdulillah semuanya selamat balik ke kem Singgah Santai.

Besoknya sudah pun penutup. Sempat buat Lalang Yang Panjang, si tommy, dan beberapa aktiviti lagi. InsyaAllah ada masa akan ada banyak lagi aktiviti. Seronok bersama adik-adik untuk berkongsi kepada mereka. Semoga adik-adik semua dapat menjadi insan yang berjaya dan pemimpin yang berguna ^__^

Terima kasih kepada yang terlibat dan salam perkenalan buat semua geng2 Master Trainer Resourses. Terima kasih atas peluang yang diberikan ^__^


p/s - maaf gambar xbanyak sangat =(
puterakuda











Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah telah berlalu perlawanan kedua UNITEN CUP kumpulan B antara pasukan kami Schalke 04 menentang Red Star Belgrade. Bagi kami ini adalah perlawanan kalah mati kami untuk terus mara lebih jauh dalam UNITEN CUP kali ini. Lawan ini antara yang paling berpotensi untuk mara dari kumpulan kami.

Alhamdulillah sekitar jam 5.30 petang perlawanan dimulakan bertempat di Mini Stadium UNITEN. Bermisikan keputusan menang , Schalke04 dikejutkan gol awal oleh pihak lawan yang dijaringkan oleh Hani pemain tengah international student yang agak lincah dan berbahaya. Pasukan kami tersentak dengan jaringan itu lalu menyusun semula strategi untuk membalas balik jaringan. Agak malang beberapa peluang keemasan dilepaskan oleh penyerang nombor 10 Schalke 04 (saya lah tu ) apabila banyak peluang terlepas. =(

Alhamdulillah dengan counter attack yang dilakukan , pasukan Schalke04 berjaya mengikat kedudukan apabila pemain sayap kiri pasukan Kade menjaringkan gol penyamaan menjadikan keputusan terikat 1-1 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menunjukkan kedua-dua pasukan saling membalas serangan untuk mencari kemenangan. Akhirnya pemain sayap kanan Schalke04 Praven menjadikan kedudukan 2-1 dengan gerakan cantik dan tendangan dari sudut yang sukar dijangka oleh penjaga gol lawan. Beberapa pemain juga dikenakan kad kuning atas kekasaran yang dilakukan. Baki perlawanan tinggal 5 minit menjadikan perlawanan lebih rancak dengan Red Star ingin mengutip 1 mata dan Schalke04 ingin pertahankan keputusan 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Malang bagi Schalke04 apabila penyerang RedStar, Akmal menjaringkan gol penyamaan menjadikan kedudukan 2-2 dengan baki hanya beberapa minit lagi untuk tamat. Tatkala perlawanan dijangkakan seri , kesilapan penjaga gol Red Star menyepak lemah bola goal kick lalu terkena pemain gantian sayap kiri , Ajwad . Tanpa membuang masa, Ajwad menbawa bola tersebut dan menyepak kencang ke arah gawang gol. Bola berjaya ditahan oleh penjaga gol tetapi malang tembus melalui bawah badan penjaga gol. Menjadikan keputusan 3-2!

Wisel penamat ditiupkan. Semua penyokong Schalke04 menyerbu masuk ke dalam padang untuk meraihkan kejayaan layak ke pusingan kalah mati. Tahniah kepada Schalke 04.

Schalke 04 (3) VS (2) RedStar Belgrade
Kade, Praven, Ajwad Hani, Akmal

Next match : Stuggart FC !
puterakuda

























Assalammualaikum semua.. semoga sihat2 selalu.
Sekarang ni orang sibuk dengan demam EURO 2012. Tapi kami di UNITEN sibuk dengan demam UNITEN CUP.

Schalke 04 diundi untuk bersama pasukan Stuggart, Redstar Belgrade dan Newcastle.

Alhamdulillah untuk perlawanan pertama kami menang 3-0 menentang newcastle. Mendahului pada babak pertama melalui tandukan Yaup Acap yang menjangkaui keeper pasukan lawan hasil lintang Kade.

Babak kedua bersambung dengan masing-masing cuba mendominasi perlawanan dan Schalke 04 menjaring gol menjadikan kedudukan 2-0 hasil sepakan jauh yang tidak dijangka oleh keeper pihak lawan. Setiap pasukan mengambil langkah berhati-hati agar tidak membuat kesilapan.

Tetapi kesilapan penjaga gol lawan membolehkan penyerang Schalke 04 berjersi 10 (Mahlil) menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 3-0 sehingga tamat permainan.

SCHALKE 04 (3) - (0) NEWCASTLE UNITED
Yaup , Azmer, Mahlil

Next Match : SCHALKE 04 VS RED STAR !!