puterakuda


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang masih mengurniakan kepada kita nikmat kehidupan untuk menyambut 1433 Hijrah yang sudah pun kita lalui beberapa hari. Setiap insan pasti ada azam atau cita-cita yang diimpikan. betul?? Begitu juga saya, mempunyai impian dan azam yang izin dilaksanakan dan dicapai. Kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua azam saya sempena Tahun Baru 1433 Hijrah ni. Azam yang merangkumi kehidupan keseluruhan dan mengubah terus. Lepas ni, azam tiap2 tahun adalah mencapai apa yang dirancang. Jom kita teroka satu per satu azam saya. ^__^

AZAM 1
Azam pertama saya adalah untuk meningkatkan diri tentang agama. Khususnya Al-Quran. Perbanyakkan lagi hafalan surah2 yang ada di al-Quran. Alhamdulillah bermula sudah walaupun sedikit. InsyaAllah kena terus istiqamah. Selain itu, kerapkan diri ke surau khususnya solat Subuh. Lelaki istimewa ialah yang mampu bangun awal dan solat subuh berjemaah di surau. Jadi, memang saya hendak berlatih diri menjadi lelaki istimewa. Anda pun boleh sama2 kita baiki diri. Hati yang bersih pastinya hati yang dekat dengan Al-Quran. Saya pun tengah proses membersihkan hati ini. Manusia tidak lari dari melakukan kesalahan dan dosa, jadi masa ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Moga sama-sama kita mampu berubah menjadi lebih baik walaupun sedikit.

AZAM 2
Azam kedua ini apa yang sedang saya lalui. Alhamdulillah terasa cepat masa berlalu di UNITEN. Pejam celik pejam celik sudah pun tahun ke 3 semester 2. Bulan 12 ni peperiksaan akhir semester. Bulan 1 sehingga bulan 4 praktikal dan lepas tu masuk tahun akhir jurusan kejuruteraan awam. Azam yang kedua ini sangat penting, menjadi graduan UNITEN. Maksudnya habis belajar dengan segulung ijazah. InsyaAllah kena usaha lebih sikit. ^__^

AZAM 3
Azam ketiga ini lepas tamat pengajian di UNITEN. Apa yang diimpikan adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang sebaiknya. Tidak kisah di mana-mana, asalkan halal dan berpatutan. Ketika ini juga masa yang sesuai untuk saya menyediakan asas-asas kehidupan berkeluarga seperti membeli kereta dan rumah. Mesti masing-masing ada kereta impian dan rumah idaman, betul x? Begitu juga saya. Tapi buat masa sekarang ni, kalau kereta idaman mampu milik ialah Honda City warna Silver. Kenapa silver? Hanya Dia mengetahui.. ^__^ Rumah pula kena cari yang selesa dan berpatutan. Sebab sekarang ini banyak sangat perumahan, kekadang kecil je saiz, tapi harga melampau-lampau.. hu3. InsyaAllah ada rezeki ada lah rumah idaman ku. ^__^

AZAM 4
Ha, azam ini yang saya tunggu-tunggu. InsyaAllah seperti dalam rancangan, lagi 3 tahun. Kalau lagi cepat pun xpe. Tapi kena ikut kemampuan juga. Sebaiknya azam 1,2 dan 3 dilaksanakan dulu. Supaya nanti bakal isteri tidak lah susah sangat. Setiap insan diciptakan berpasang-pasangan, dan fitrah manusia itu memang tidak boleh dinafikan. Pasti ada perasaan sayang,cinta dan sebagainya. Tapi kita sebagai hamba, kenalah menjaga sebaiknya. Cumil kan isteri saya senyum? ^^ Dia memang suke buat mata macam tu.. (sebenarnya xreti lukis mata perempuan). InsyaAllah moga impian ini tercapai. Ya Allah permudahkanlah urusan kami di suatu hari nanti menjadi saksi 2 hati menjadi 1.

AZAM anda pula macammane? ^__^