puterakuda
Alhamdulillah sempat meluangkan masa hadir ke Forum Muzikal Hidayah Milik Allah anjuran Persatuan Pengajian Islam UNITEN. Program yang sangat bermanfaat dan best sebab panel serta moderator sangatlah sempoi dan kelakar untuk menghidupkan suasana pada malam itu. Hidayah itu perlu dicari dan berusaha. Banyak input-input menarik yang dikongsikan oleh panel iaitu Ustaz Nazri Johani dan Heliza. Kerenah Hafiz Hamidun sangat mencuit hati.he2. Apa2 pun tahniah kepada penganjur dan semoga mampu meneruskan program seperti ini.

Selepas mendengar forum terus ke Warta Bangi. Sahabat-sahabat menganjurkan pertandingan bowling antara Futsal Shidae dan Usrah Khamie. Seramai 20 orang muslimin terlibat bagi menjayakan program simple ini. Ukhwah yang terjalin amatlah indah. Alhamdulillah kumpulan kami berjaya mendapat tempat pertama. ^__^ Terima kasih kepada double straight sy. he3

Semoga ukhwah yang terjalin dan hidup berkomuniti ini dapat mendidik diri menjadi insan berguna dan bermanfaat kepada orang lain. Perjalanan masih panjang, pastikan jalannya itu mampu kita harungi. ^__^