Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah masih di beri peluang untuk terus menikmati kehidupan di dunia yang fana ini. Moga setiap langkah dan perbuatan diredhaiNya dalam menjadi khalifah di muka bumi.
Sekadar sedikit perkongsian dunia baru yang mahlil lalui. Alhamdulillah setelah tamat sesi MPP dalam kepimpinan, terdetik di hati untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar iaitu PERNIAGAAN.
Alhamdulillah diberi kekuatan untuk memasuki 'dunia baru' yang lebih meluas. Perniagaan banyak mendidik diri dalam merancang mahupun menjalankan jual beli. Kejujuran dengan pelanggan dan pembekal amatlah penting. Menarik sebenarnya jika kita sebagai mahasiswa menceburi diri dalam bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan offline mahupun online. Hari ini terlalu banyak peluang untuk anda berjaya dan cuba sesuatu yang baru.
Jika keluar dari dunia kampus, melihat realiti dunia, ekonomi semasa mahupun gelagat manusia mengejar sesuatu yang baru amat menarik. Dan saya percaya ramai lagi sahabat-sahabat yang teringin mempunyai perniagaan sendiri cuma masa yang tidak mengizinkan. Tidak mengapa, rancang kehidupan anda sebagainya. Pengalaman penting sebenarnya untuk kita lihat sejauh mana kemampuan kita dalam menempuh pelbagai rintangan dalam kehidupan.
Gambar di atas ini antara yang sempat diambil sebelum dijual. Antaranya jaket korperat UNITEN dan bun. Benda lain yang terjual seperti pendrive, homemade choc dan beg. Alhamdulillah bermula dengan kecil-kecilan dulu memandangkan masa yang agak terhad.
Sahabat-sahabat boleh singgah di blog bisnes saya untuk lihat apa yang ada. Jemput singgah ya.
Semoga diri kita semua diberkatiNya.
Andai lemah, carilah PENDORONG PENGUAT JIWA anda.. ^___^
link blog : http://princeshoppe.blogspot.com