puterakuda












Alhamdulillah pada 26.11.2011 menjadi saksi 2 hati menjadi satu. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada kakak saya, Farhana Islah dan Nor Sakini yang sah diijabkabulkan sebagai suami dan isteri. Dalam majlis penuh kesederhanaan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Kami sekeluarga mendoakan semoga hubungan kekal bahagia hingga akhir hayat. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Dimurahkan rezekinya. ^_^

Apa perasaaan anda (khusus yang belum kahwin) tengok orang kahwin? Mesti rasa nak kahwing juga kan? ^__^ . InsyaAllah sebelum kahwin sediakan diri sebaiknya. Sediakan asas kehidupan kekeluargaan sebaiknya macam tempat tinggal, pekerjaan tetap dan pengangkutan. Sebab dalam arus ekonomi yang mencabar, kestabilan ekonomi rumah tangga pun mempengaruhi keharmonian rumahtangga. Serius.

Sudah pasti kakak saya yang kahwin dia adalah orang paling gembira sekali masa hari itu kan? Tapi saya pun gembira juga. Tumpang gembira sebab kakak saya dah kahwin. So, atas saya ada seorang kakak lagi yang belum kahwin. Lepas tu, siap2 la ye.. ^__^.

Target bila saya kahwin? InsyaAllah yang diberikan masa ialah 3 tahun. Tapi kalau jodohnya cepat pun lagi baguskan. InsyaAllah habiskan belajar dulu, dapatkan pekerjaan tetap, baru selesa nak bina Baitul Muslim. ^__^

Keluarga saya semua gembira. Sebab apa gembira? Sebab kami dapat ahli keluarga baru. so, sekarang ini dah jadi 2 (mak & ayah) + 12 (adik beradik) + 4 (ipar) + 4 (cucu) = 22 orang . Wah, dah boleh buat 2 team bola cukup-cukup ni. Owh lupa, tambah lagi 5 orang. isteri saya dan 4 orang anak-anak saya.he3. bola buat pemain simpanan ni. (berangan kejap..jgn marah ye =P ). Tapi ayah saya lagi excited kan.. =D

26.11.2011 memang hari yang sangat mengembirakan hati kami.. lagi-lagi sayalah.. he3. ^__^

Moga Allah memberkati kita semua. Amin. Lagu Khas untuk kakak saya & saya sendiri =P :

Ketika Dua Hati Menyatu


Saat dua hati berjanji
Tuk arungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia
When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When life in love and try
When life in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quiteness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray




p/s- Maaf pic xcantik sangat, sbb guna 'DSLR' sony ericson je. hu3


puterakuda





Alhamdulillah pada 25.11.2011 telah diadakan pertandingan Bowling Concreter 2011 yang dianjurkan oleh Civil Engineering Department UNITEN. Sebanyak 13 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Alhamdulillah team saya,kholili,ali,azi dan pn.Herdayati berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan. Kalah dengan student international sikit je.. sdey juga~ hu3

Terima kasih buat sahabat-sahabat lain yang turut mengambil bahagian khususnya team zul jamil,imran,kesh,safwan dan puan faezah yang memberi tentangan sengit. he3. Terima kasih khusus buat Puan.Herdayati sebab belanja kami.. ^__^

Sekalung tahniah buat penganjur.. ^__^

p/s- habis boling terus gerak balik Johor
puterakuda

Tuhan menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkanperanan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.. huhu..

HIDUNG PANJANG :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja mencari pasal dengan mereka yang berhidung panjang.Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.


HIDUNG KECIL:
empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja. Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha, bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi.


HIDUNG PARUH BURUNG :
Betullah...Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan! Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha, jangan tak tahu mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

HIDUNG TAJAM :
Ha,jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

HIDUNG LURUS :
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha, mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang jugasetia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

HIDUNG KEMBANG :
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.


HIDUNG RUNCING :
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha, jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang bodoh kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.


HIDUNG PESEK @ PENYEK :
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia.Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda.
puterakuda


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah masih di beri peluang untuk terus menikmati kehidupan di dunia yang fana ini. Moga setiap langkah dan perbuatan diredhaiNya dalam menjadi khalifah di muka bumi.

Sekadar sedikit perkongsian dunia baru yang mahlil lalui. Alhamdulillah setelah tamat sesi MPP dalam kepimpinan, terdetik di hati untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar iaitu PERNIAGAAN.

Alhamdulillah diberi kekuatan untuk memasuki 'dunia baru' yang lebih meluas. Perniagaan banyak mendidik diri dalam merancang mahupun menjalankan jual beli. Kejujuran dengan pelanggan dan pembekal amatlah penting. Menarik sebenarnya jika kita sebagai mahasiswa menceburi diri dalam bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan offline mahupun online. Hari ini terlalu banyak peluang untuk anda berjaya dan cuba sesuatu yang baru.

Jika keluar dari dunia kampus, melihat realiti dunia, ekonomi semasa mahupun gelagat manusia mengejar sesuatu yang baru amat menarik. Dan saya percaya ramai lagi sahabat-sahabat yang teringin mempunyai perniagaan sendiri cuma masa yang tidak mengizinkan. Tidak mengapa, rancang kehidupan anda sebagainya. Pengalaman penting sebenarnya untuk kita lihat sejauh mana kemampuan kita dalam menempuh pelbagai rintangan dalam kehidupan.

Gambar di atas ini antara yang sempat diambil sebelum dijual. Antaranya jaket korperat UNITEN dan bun. Benda lain yang terjual seperti pendrive, homemade choc dan beg. Alhamdulillah bermula dengan kecil-kecilan dulu memandangkan masa yang agak terhad.

Sahabat-sahabat boleh singgah di blog bisnes saya untuk lihat apa yang ada. Jemput singgah ya.
Semoga diri kita semua diberkatiNya.

Andai lemah, carilah PENDORONG PENGUAT JIWA anda.. ^___^

link blog : http://princeshoppe.blogspot.com



puterakuda





Alhamdulillah raya kali ni dapat bersama dengan anak buah baru , Nafiszuddin.hensem x? he3
yang cantik ni nama dia Farhani.. agak cerewet walupun comel. he3






Alhamdulillah sempat meluangkan masa bersama ayah jenguk ke kebun jambu. Angan2 hanya nak petik beberapa biji untuk makan je, rupanya petik lebih 50 biji. Alhamdulillah rezeki. ^__^

Rindu nk berkebun selalu dengan ayah.. ^__^

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua ^__^
puterakuda

Wahyu turun melalui mimpi
diterimanya dengan seikhlas hati
walaupun sebak dadanya
Ibrahim dalam dilema
putera tunggal penghibur duka
sedang usia meningkat remaja
segala kudrat muda amat berguna

Bakal pewaris kelangsungan keturunan
kini harus pula dijadikan Qurban
nyawanya akan direnggut oleh tangan ayah sendiri
sungguh berat ujian dihadapi
namun sebagai seorang nabi
menjadi contoh teladan
perintah Allah wajib ditunaikan

Dengan hati yang pasrah
berangkatlah ia ke Makkah Al-Mukkarramah
membawa misi satu perintah
Ismail menurut sahaja
menerima perintah dengan lapang dada
penuh taqwa
memohon agar kakinya
diikat seketatnya
agar kurang pergerakan
kurang menyusahkan
pakaian ditanggalkan
supaya tidak terkena parcikan
darah menglir lara
Siti Hajar hiba

Ditambah permintaan
parang pemisah ditajamkan
agar kurang rasa derita
simpanlah baju tanda mata
salam untuk bonda tercinta

Syaitan laknatullah
sibuk berbisik resah
giat menabur dakyah
agar perintah Allah dibantah

Kini tiba detik ngeri
satu pelukan suci
disulam kucupan abadi
berbaringlah di atas lantai hakikat
mata Ibrahim ditutup rapat
dengan meditasi bermunajat
dengan linangan air mata luka
dengan denyutan nadi nestapa
tajam parang menerjah duka
tak semena-mena parang tumpul hilang bisa

Ibrahim lulus ujian ketaatan taqwa
dengan ketinggian mukjizat Allah Taala
sebagai ganti korban kehebatan cinta
tiba-tiba menjelma seekor kibas
Ismail kini bebas
Inilah agungnya sebuah pengorbanan
menjadi ritual zaman-berzaman


Saya (Mohammad Mahlil), isteri dan anak-anak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Aidiladha memberi kita seribu makna PENGORBANAN ..^__^

JAGA DIRI DAN HATI2 KETIKA DI JALAN RAYA. ^__^