Dengarlah Sahabatku,
Sahabat,
Waktu terasa semakin berlalu,
Semakin pantas meninggalkan cerita tentang kita,
Tertanya ku akankah tiada lagi tawamu,
Untuk hapuskan semua sepi dihati..
Sahabat,
Teringat aku ada cerita tentang aku dan kau,
dan kita bersama saat dulukala,
Ada cerita tentang masa yang indah,
Saat kita berduka,
Saat kita tertawa,
Ceritakan semuanya tentang kita..
Sahabat,
Musykilku apakah aku kan bisa tanpamu,
Untuk belajar terbang melayang,
Namun ku kan gagahkan diri cuba untun terbang sendiri,
Mencari bunga cita-cita..
Mampukah aku
Ya Allah,
Kau berilah rahmatMu dalam memelihara insan ini,
Kerana hanya Kau mampu menjaganya jauh lebih baik daripada aku..
Sahabat,
InsyaAllah,
Esok kita akan terus bersahabat dijalan Allah,
Jika hari ini kita terus mendoakan ikatan yang akrab ini akan terus bersemadi...
Sahabat,
Mungkin hari ini atau esok aku akan pergi,
Tanpa sempat bertemu denganmu lagi,
Namun,
Aku sempat berdoa dalam kesyahduan..
"Ya Allah,
Sayangilah sahabatku ini, kerana aku tidak mampu menandingi kasih sayangMu..
Jika aku tiada dibumi Mu ini lagi,
Kau lindungilah dia Ya Allah sebaiknya semoga ketenangan dihatiku lahir ketika ku dipusara nanti" amiin
Sahabat,
Andai kata kau bersedih kerana melihat aku berjauhan denganmu,
Ingatlah saat gembira aku denganmu,
Ingin benar aku mengukir kata cintaku padamu kerana Allah ini setiap detik agar engkau kembali ceria,
Tetapi untuk berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w pun tidak setia sebagaimana jantungku berdegup, darahku bertawaf mengelilingi tubuhku..
Sahabat,
Biar kepahitan itu pergi,
Agar kemanisan mengisi,
Biarkan kekecewaan berlalu,
Agar kegembiraan mewarnai,
Biarkan kegelisahan lenyap,
Jangan kita hilang semangat,
Biar penderitaan itu menyapa,
Agar kekuatan kita jana semula,
Biarkanlah diri ini derita,
Agar aku tahu kepahitan derita ini,
Agar aku sedar kesengsaraan ini ,
Tidak sama bahkan hanya secebis,
Dari penderitaan Rasulullah s.a.w...
Untukmu sahabat
TT___TT
sdeh nye
^_^