Cyberjaya - Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN telah menerima jemputan dari Universiti Multimedia (MMU) pada 8 Oktober 2010 dalam program XXIII Planetary Congress Association Of Space Explorers bertempat di MMU. Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bidang angkasawan kepada belia dihadiri sendiri oleh angkasawan-angkasawan terpilih dari seluruh dunia seperti Amerika Syarikat.
Delegasi angkasawan itu diketuai oleh angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Kehadiran mereka disambut dengan alunan muzik tradisional India dan Melayu serta tarian naga dari kaum Cina. Kehadiran peserta program yang amat memuaskan khususnya kehadiran pelajar-pelajar sekolah menengah yang meminati bidang ini serta berjumpa dengan idola mereka,angkasawan negara.
MPPUNITEN mengucapkan tahniah di atas penganjuran yang cukup hebat ini dalam menyemai minat terhadap bidang angkasawan di mata pelajar sekolah mahupun mahasiswa IPT.-MPPUNITEN