puterakuda




Bangi-Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN telah menghadiri Program Pemantapan MPP pada 8-9 Oktober 2010 bertempat di UNITEN kampus Putrajaya.Program ini dihadiri oleh semua MPP UNITEN daripada kampus Putrajaya mahupun dari kampus Muadzam. Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang prosidur tentang penganjuran program kelab dan persatuan,pendedahan pengucapan awam dan penampilan diri dianjurkan oleh PHEP UNITEN kampus Putrajaya.

Program ini juga bertujuan untuk memastikan semangat berpasukan MPP UNITEN pada kali ini mantap sepanjang sesi untuk memastikan suasana kehidupan kampus meriah.-MPPUNITEN