puterakuda
Satu Negara aku kecoh dengan bangunan 5 billion sekarang ni.
Aku akan digunakan untuk membina bangunan itu..
Oh tidak..
Perlu ke aku digunakan untuknya?
Bukan hendak membantah....tapi....
Banyak lagi benda yang boleh dibuat dari aku
Bukan murah nilai aku..
5 keturunan pun belum tentu cecah diri aku..
Sedih~
Aku tengok kat kaki lima bandaraya,
masih ada yang mengemis,
Tiada siapa peduli,
Bukan seorang...tapi ramai...
Kenapa aku tidak digunakan untuk membantu mereka?
Aku tengok kat bandar-bandar,
Aku lihat di tempat-tempat perhentian,
Ramai kanak-kanak dipergunakan,
Meminta derma,meminta bantuan,
Kenapa aku tidak digunakan untuk membantu mereka?
Terkilan~
Aku tengok kat negara aku masih ramai yang miskin,
Kalau tidak, tiadalah rancangan Bersamu,
Rumah di pondok, makan sehari sekali,
Anak-anak terbiar tidak bersekolah,
Katanya tidak mampu menampung belanja yang ada,
Sara hidup tinggi..pendapatan tak mencukupi,
Kenapa aku tidak digunakan untuk membantu mereka?
Aku tengok ramai pekerja-pekerja sibuk bekerja,
mencari nafkah untuk keluarga,
Tapi ramai pula yang berhari-hari bayar tol,
Pergi seringgit, balik seringgit...
Sebulan 60 ringgit.....
KALAU seringgit.....tapi lebih rasanya,
Mereka yang guna tol bukan golongan berada,
Siapa yang nak bela mereka ni?
Parah~
Sedih hati tengok kampung-kampung,
Masih banyak yang gelap gelita,
Tiada kemudahan lampu,
Kesian mereka diwaktu malam,
Bergelap di jalan meneruskan kehidupan,
Ada juga tiada berkipas dirumah,
Alangkah bagusnya jika aku digunakan untuk bantu mereka~
Kesian tengok rakyat di negara aku,
Makan kat restoran-restoran pun ade cukai,
Makan pun kena cukai?
haiyak....
Baik gunakan aku untuk ringankan beban mereka itu..
Ramai aku tengok kat negara aku ni yang merana,
Perlukan bantuan kewangan untuk pembedahan,
Kos dah la mahal, tiada pendapatan....
Tiada pembedahan..hilang nyawa tersayang...
Tiada siapa peduli mereka,
Apa gunanya aku yang mahal ini?
Ramai juga aku tengok anak muda terbiar,
Program banyak ke arah yang lagha,
Sepatutnya membina waris negara,
Bukan membina warisan negara,
Alangkah seronoknya kalau aku digunakan untuk merencana pembangunan ummah~
Ramai lagi yang memerlukan aku,
Gunakanlah aku sebaiknya,
Kerana aku milik mereka semua~
Bantulah mereka, dengarilah suara mereka!
0 Responses