Salam alaik
Alhamdulillah pertama dan selamanya diriku bersyukur kehadrat Allah yang masih tidak jemu memberi aku nikmatNya selama 20 tahun ini. Bersyukur masih mampu berbakti di atas muka bumi ini khususnya di bumi Pusaka Tersayang.
Minggu orientasi pelajar baru 2010/2011 bermula pada 27 Jun 2010- 2 Julai 2010. Memberi seribu satu kenangan. Pahit manis semua bersatu mendidik jiwa mengenal erti suka dan duka. Buat pertama kalinya menjadi fasilitator orientasi amat mencabar bagiku kerana bertindak sebagai ketua mass untuk Mass D. Namun, hati masih tabah menghadapi dan ingin menghadapi segala cabaran yang bakal ditimpa.
Dibantu oleh sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus amat menyenangkan hati. TERIMA KASIH atas kerjasama kalian A.Dzar, Hazim,Nazrin, Arun,Amirah,Yus,Joline, Atykah dan Nurli. Diri ini meminta maaf atas apa yang berlaku disedari mahupun yang tidak disedari. Jika ada yang berkecil hati, seribu kemaafan dimohon.Semoga kita dapat berkerjasama lagi dikemudian hari.^_^
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti ice-breaking (medan elektrik,cari saya), taaruf (binatang kesukaan saya dan fast n furious), LDK2 menarik seperti liku-liku kehidupan, F1 dan banyak lagi.Semua memberi maksud tersendiri yang mampu mendidik jiwa pelajar baru di bumi UNITEN ini.
Buat adik-adik baru yang disayangi, Akim, Daniel, Hifzhan, Navint, Manoj,Yong Sim,Kah Seng,Aalban,Omar,Amzar,Pivinesh,Washim,Ikhmal,Aizat, Tamil dan Dania semoga kalian mampu tabah menghadapi dugaan di UNITEN. Segala pesanan ketika di LDK harap dapat dijadikan pedoman agar diri tidak leka di alam universiti yang segala terletak ditangan sendiri. Seribu kemaafan andai ada kesalahan dari diri ini sengaja mahupun tidak. Tetapi dalam perkenalan seminggu ini amat mengembirakan kerana kalian semua mesra dan mampu menerima diri ini seadanya...^_^. Semoga semua berjaya dalam kehidupan dan pelajaran.
Buat Diri Ini
Andai ini jalan yang ku pilih,
Tidak akan aku undur walau selangkah,
Andai ini yang aku hadapi,
Tidak mungkin gentar menghadapnya.
Tak ingin daku kecewa berbakti. Berjalan meniti setiap hari sendiri berfikir tentang diri. Banyak rupanya perlu dilaksanakan kerana terasa ianya tanggungjawab hati. Jika mengundur diri, apakah yang akan berlaku dikemudian hari??
Perjalanan masih jauh perlu dilalui. Setiap liku kehidupan memberi seribu satu hikmah yang kita ada kalanya tidak mampu berfikir apakah hikmah yang akan berlaku. Wahai diri yang berbentuk fizikal, wahai diri yang berbentuk virtual tabahlah menghadapi segala yang akan berlaku. Gagahkan diri dalam setiap langkah dalam apa jua langkah bakti mu. Andai Sultan Muhammad Alfateh mampu mengubah daratan menjadi lautan, masakan dugaan 'sekecil' ini langsung tidak mampu ku hadapi.Bangkit Mahasiswa!
p/s-Persediaan KKM'10..nantikan kemunculannya.^_^
gud job!=)