puterakuda
Salam alaik.
Alhamdulillah.Pertama dan selamanya bersyukur kepada Allah yang masih memberi kenikmatan yang tidak terhingga kepada diri ini sebagai khalifah dimuka bumi.

" Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku cukupkan bagi kamu nikmatKu dan telah Aku redha Islam itu menjadi agama kamu" (Surah al-Maidah,ayat 3)

Semoga kita sebagai hambaNya bersyukur dan tidak menyalah guna kenikmatan yang diberikan.Semoga kita semua mengambil pengajaran dan iktibar.

TOBLERONE
Istimewanya coklat toblerone ini ialah yang terbesar pernah saya makan. So, disebabkan saiz yang lebih besar dari mulut ini, nak makannya mengambil masa yang lama lebih kurang 2 minggu.^_^.Alhamdulillah hari ini habis juga kenduri coklat.Bukan dari Malaysia.^_^.tq

Alhamdulillah exam pun sudah tamat. Apa yang diusahakan itulah yang bakal kita dapat. Dan selepas ini banyak lagi dugaan yang bakal menyusul.Kuatkan semangat~

SEMINAR PEMBANGUNAN MAHASISWA 2010 (SPM'10)
InsyaAllah program ini akan berlangsung pada 4/8/2010 di COIT. Program ini telah pun diluluskan oleh pihak HEP. Yang istimewanya program ini ialah anjuran bersama Pembimbing Rakan Sebaya dan Persatuan Pengajian Islam. Tajuk yang agak menarik KUASA PARADIGMA: MUHAMMAD AL-FATEH. Diharap semua mahasiswa UNITEN dapat bersama-sama meluangkan masa anda untuk hadir ke program ini dan mengambil manfaatnya. Dalami dan selami nilai kepimpinan tokoh agung Islam dan boleh dijadikan idola remaja@mahasiswa masa kini. InsyaAllah.

KEM KEPIMPINAN MAHASISWA 2010 (KKM'10)
Alhamdulillah proposal telah siap.Tetapi setelah berbincang dengan En.Arif di HEP banyak perubahan yang perlu dilakukan untuk memastikan segalanya berjalan lancar. InsyaAllah belajar dari kesilapan dan perbaiki dari semasa ke semasa. Bekerja dengan lain orang, lain caranya. Mengajar kita erti kerja sempurna dan yang terbaik di mata majikan. Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN ini menumpukan kepada bakal-bakal kepimpinan kelab dan persatuan serta individu-individu yang berminat menyerlahkan kepimpinan mereka. InsyaAllah akan diadakan pada bulan 7 dan melibatkan UNITEN kampus Muadzam.Nantikan kemunculannya.

PROGRAM PINTAR 2010
Alhamdulillah buat kali ke-2 terlibat dengan PROGRAM PINTAR 2010. Semoga kali ini dapat lagi berbakti kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Program bertemakan motivasi ini akan dijalankan di negeri Johor khas untuk sekolah angkat TNB. InsyaAllah 5/4/2010 mesyuarat dan perbentangan bersama penaja program, TNB. Doakan segalanya berjalan lancar. Dan kepada semua yang hadir temuduga fasilitator, InsyaAllah maklumat-maklumat akan disalurkan kepada anda tidak lama lagi.

FASILITATOR ORIENTASI
Alhamdulillah terpilih sebagai fasilitator untuk orientasi kemasukkan pelajar baru di UNITEN bagi pengajian 2010/2011. InsyaAllah buat yang terbaik dan nantikan kemeriahannya.^_^


Setakat ini dulu luahan hati. Kalau luahkan semuannya, susah juga.\(^_^)/..Buat setakat ini program-program yang besar dan memerlukan fokus yang lebih. Semoga diri ini terus dapat berbakti dan sokongan anda semua amat saya hargai. Semoga Allah merahmati kita semua.Salam alaik.
2 Responses
  1. KHATEEB Says:

    Selamat mengatur program-program mendatang dengan teliti. Ambillah sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu yang boleh ditimba sekarang, kerana ia berguna untuk meninggikan lagi Islam pada masa akan datang.InsyaAllah...


  2. Unknown Says:

    terima kasih a.hakim.
    segala tunjuk ajar akan di praktik dalam kehidupan...^_^