puterakuda

Syukurlah Tuhan datang
Memanggil jiwa ini
Bahagia bersama NYA

Ku lihat bulan itu
Ku lihat bintang itu
Ada sinar ada khabar
Mengapa malam ini
Ku rasa berlainan
Apa makna dan petanda
Ku di dalam gerhana

Secara tiba-tiba
Suatu malam indah
Aku jadi resah gundah
Rupanya Tuhan telah
Menghantar simpati NYA
Kepadaku hamba hina
Dan tanpa aku sedar
Tubuh dihembus angin bersuara
Keluh kesah jadi serba tingkah
Aku bingkas capai sejadah
Ku mencari pengampunan Tuhan
Maka hati pun bersujud
Begini rupanya insafku....

Ku tutup kamus lama
Ku tinggal musim luka
Puja- puji duniawi
Syukurla Tuhan datang
Memanggil jiwa ini
Bahagia bersama NYA

Ku di dalam gerhana
Secara tiba-tiba
Suatu malam indah
Aku jadi resah gundah
Ku tutup kamus lama
Ku tinggal musim luka
Puja puji duniawi
Syukurlah Tuhan datang
Memanggil jiwa ini bahagia..
Bahgia bersama NYA


Hafiz Hamidun
Album: Syukran