puterakuda


Seandainya tercatat dia milikku
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu

Tak ingin daku kecewa bercinta
Andai milik bukanlah takdirnya
Bawalah dia sesaujana mata
Biarlah luput kerlipan permata

Biar berjalan di awan gelap
Tanpa cintanya yang kian malap
Takkan lagi daku berharap
Sendirinya berkilau tanpa digilap

Siti Zulaikha engkaulah permata
Penghias seri taman syurgawi
Kasihmu tiada tolok bandingnya
Tersimpul cinta bersama redha-Nya

Siti Zulaikha serikandi kasih suci
Sejernih embun yang putih berseri
Megahlah berdiri tugu cinta ini
Tegak bersama kasih abadi

Namun dengan kuasa yang Esa
Cinta terbiar tersahut disapa
Berputiklah mekar menyinar bahgia
Kasih cinta pada Yusuf mulia

Album : Insan Istimewa
Artis : De Hearty

puterakuda
















Salam alaik.
Alhamdulillah sebelum balik ke Johor selepas Program PINTAR, sempat ke Banting untuk tengok keadaan kem yang bakal kami adakan program disana. Nampaknya kemudahan dan kelengkapan disana amatlah memuaskan ditambah suasana tepi pantai yang menyamankan.

InsyaAllah kem ini akan dijadikan tempat untuk KEM KEPIMPINAN MAHASISWA 2010 anjuran MPP UNITEN. Terbuka untuk semua warga UNITEN.

Semoga apa yang dirancang dipermudahkan Allah..^_^
puterakuda















Salam alaik.
Pertama dan selamanya diriku bersyukur atasMu atas segala kurniaan nikmat dariMu ya Allah. Tuhan yang maha pemurah lagi maha bijaksana.

Alhamdulillah, Program PINTAR fasa 1 telah pun berjaya dilaksanakan. Saya mewakili kumpulan 2 telah ditugaskan untuk bertugas di SK Seri KG Tengah, Kluang. Program ini telah diadakan pada 24 April 2010. Semua peserta dan guru amat memberi kerjasama yang amat baik.

Semoga program-program ini mampu memberi dorongan untuk adik-adik mencapai impian mereka dalam kehidupan..^_^

p/s- maap lama xupdate..
puterakuda


Keperibadian ahli hadis

Oleh: Mohd Norzi Nasir
Sumber: http://www.utusan.com.my

KELAHIRAN dan kebangkitan para ulama hadis sepanjang zaman merupakan satu kurniaan luar biasa daripada Allah SWT. Sumbangan tidak ternilai mereka berupa penyusunan pelbagai kaedah dan metod dalam ilmu hadis telah berjaya dijadikan garis panduan dan digunakan secara ilmiah untuk meneliti kesahihan sesebuah hadis.

Usaha yang disumbangkan oleh para ulama melalui karya-karya agung secara tidak langsung adalah bukti mereka mempertahankan kredibiliti Rasulullah SAW sebagai penyampai wahyu Allah melalui lidah, perbuatan dan pengakuan, para sahabat selaku generasi pertama yang mengambil periwayatan daripada baginda.

Semua gerak kerja yang dilakukan oleh para ulama hadis adalah demi mempertahankan hadis-hadis Rasulullah SAW daripada diganggu-gugat oleh musuh-musuh Islam.

Meneladani dan mengetahui visualisasi sebenar keperibadian ahli hadis merupakan tuntutan dalam usaha melahirkan generasi al-hadis ke arah meniti kegemilangan ummah pada masa hadapan.

Ahli hadis merupakan generasi yang memiliki tingkat kepercayaan yang paling tinggi dalam meyakini manhaj Rasulullah SAW, berjalan di atas manhaj atau jalan yang ditempuh oleh para sahabat Rasulullah SAW, para tabien dan tabi’ altabien.

Mereka juga merupakan kadir-kadir yang tetap di atas perkara yang asas dalam agama dan cabangnya sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kalian semua kepada tali Allah (al-Quran) dan janganlah berpecah-belah. (ali-‘Imran: 103)

Menurut al-Sabuni, “Ahli hadis meneladani Nabi dan para sahabatnya. Mereka meneladani generasi salaf yang saleh dari para imam dan para ulama kaum muslimin. Mereka berpegang teguh kepada agama yang kukuh dan kebenaran yang pasti. Mereka membenci ahli-ahli bidaah yang sering mengada-adakan sesuatu dalam persoalan agama”. (Aqidah al-Salafi Ashab al-Hadis, hlm. 99-100)

Pujian ulama terhadap ahli hadis

Rasulullah SAW mendoakan secara khusus kepada sesiapa yang mempelajari hadis baginda SAW. Sabda baginda yang bermaksud: “Semoga Allah SWT memberikan cahaya kepada seseorang yang mendengar hadis daripadaKu lalu menghafaznya sehingga dia menyampaikannya kepada orang lain”. (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibn Hibban dalam Kitab Sahihnya)

Sufyan al-Thauri mengatakan: “Aku tidak mengetahui suatupun yang dipersembahkan kepada Allah SWT melebihi (daripada mempelajari dan mengajar) hadis”.

Imam al-Syafie berkata: “Kamu hendaklah bersama ashab al-hadis. Merekalah orang yang paling tepat”. Bahkan beliau pernah bersyair dengan maksud: “Ilmu yang sebenar ialah yang ada padanya haddasana. Dan yang tiada demikian (tiada sanad riwayat dan tiada asal daripada Nabi SAW), maka semua itu hanyalah bisikan syaitan”.

Al-Imam Ahmad ibn Hanbal: “Tidak ada satu kaum pun di sisiku yang lebih baik daripada ahli hadis”.

Al-Khatib al-Baghdadi mengatakan: “Seandainya para ulama hadis tidak menjaga hadis-hadis, tidak mengumpulkannya, tidak mengeluarkan kefahaman daripadanya dan mengamati sanad-sanadnya, nescaya terbatallah syariat Islam dan hilanglah hukum hakamnya, kerana semuanya itu diambil daripada hadis-hadis yang dihafal (dan terjaga) dan diriwayatkan (oleh mereka)…”.

Membela sunnah Rasulullah SAW

Abu Hurairah r.a dan Kewibawaan Dalam Ilmu Hadis:

Beliau ialah Abu Hurairah al-Dawsi al-Yamani. Para ulama berselisih pendapat tentang nama beliau. Nama beliau dikatakan sebagai Abd. al-Rahman ibn Sakhar, atau ibn Ghunm, atau Abdullah ibn A’iz, Abd. Shams dan beberapa nama lain. Sewaktu zaman Jahiliah nama beliau dikatakan sebagai Abd. Syams.

Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun 7H, tahun berlakunya peperangan Khaibar. Beliau memeluk Islam setelah mendengar dakwah dari Tufayl ibn Amr al-Dawsi yang pernah datang ke Madinah menghadap baginda SAW.

Abu Hurairah terkenal sebagai tokoh yang berpegang teguh pada sunnah Rasulullah dan sentiasa memberikan khidmat bakti kepada baginda. Sejak memeluk Islam, Abu Hurairah sering berdampingan dengan Rasulullah SAW.

Menurut Ajjaj al-Khatib, Abu Hurairah sering bersama Rasulullah dan mempunyai banyak kesempatan belajar serta menerima hadis berlainan dengan para sahabat yang sibuk menguruskan ladang-ladang, dagangan-dagangan dan yang membantu Rasulullah SAW dalam pertempuran dan pertahanan negara.

Abu Hurairah dianugerahkan hafalan yang kuat. Kekuatan hafalan beliau adalah sebagai satu bukti keberkatan doa baginda SAW. Hal ini sebagaimana kisah yang diungkapkan oleh Abu Hurairah sendiri seraya Abu Hurairah berkata, “Wahai Rasulullah, aku mendengar hadis yang banyak daripada-Mu, tetapi aku sering lupa, Rasulullah SAW berkata, “Hamparkanlah selendangmu. Lalu aku menghamparkannya, lalu Rasulullah SAW memegang dengan kedua tangannya dan baginda SAW. bersabda, “Ikatlah”. Lalu aku mengikatnya. Sejak itu aku tidak pernah lupa. (riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ilm, Bab Hifz al-Ilm, hadis 119].

Ketekunan Abu Hurairah dalam menerima, mendengar dan mempelajari hadis daripada baginda SAW terbukti apabila beliau merupakan perawi pertama yang menanyakan hadis gerangan yang paling bahagia kerana mendapat syafaat daripada baginda pada hari kiamat.

Kewibawaan beliau sebagai seorang perawi hadis telah diakui oleh baginda, para sahabat dan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Beliau turut dikenali sebagai salah seorang ahli suffah yang tinggal di wakaf masjid. Sifat amanah dan takwa yang dimiliki oleh beliau menjadi kebanggaan baginda sehingga baginda SAW melantik beliau sebagai pengagih makanan untuk ahli suffah iaitu golongan fuqara’ muhajirin yang tiada tempat tinggal.

Abu Hurairah menghembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H (676-678 M) dalam usia 78 tahun di Madinah. Beliau telah mewafatkan warisan yang amat berharga kepada umat Islam dan merupakan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW iaitu 5,374.
puterakuda
Ambil sebiji labu & kupas labu tersebut


Rebus sehingga lembut


Hancurkan sehingga sebati

Gaul dengan tepung secukupnya

Siap untuk dimasak + air garam sedikit

Masak dan siap dihidang


Gula yang siap dikisar penyedap rasa

SELAMAT MENCUBA!!

puterakuda
Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?" Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin." Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi Muhammad s.a.w. gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Nabi Muhammad s.a.w. dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi Muhammad s.a.w. Itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi Muhammad s.a.w. selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah?"

Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."
puterakuda
puterakuda





Salam alaik.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas kenikmatan yang tidak terhingga kepada kita semua.Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menjalankan amanah-amanah yang diberikan.

Hari ini seperti biasa, cuti semester bekerja 'part-time' kat kebun. So, ini adalah gambar-gambar ketika bekerja.^_^

"PERTANIAN ADALAH SUATU PERNIAGAAN"
puterakuda
bersihkan anak benih

rendam di larutan yang tertentu untuk rangsangan tumbesaran

susun dibatas

timbus dengan tanah

Salam alaik.
Hari ini menanam tebu.So, saya nak mengajak kawan-kawan cara-cara menanam tebu..he3..selamat mencuba..^_^
puterakuda





Salam alaik.
Alhamdulillah kepada Allah yang masih memberi kekuatan kepada diri ini. Semoga diri terus beristiqamah dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Pada 5 April 2010, wakil urusetia Program PINTAR 2010 telah mengadakan mesyuarat program bersama penaja utama, TNB dan wakil-wakil guru yang terlibat. Mesyuarat bermula jam 3 petang membentangkan perjalanan program oleh Ketua Pengarah saudara Ilhami dan kemudian di sambung dengan pembentangan modul-modul serta aktiviti oleh saudara Mahlil yang akan dijalan. Perbincangan isu-isu perlaksanaan telah di ubah suai dan perubahan telah di buat untuk menjadikan program ini berkesan kepada masyarakat.Mesyuarat berakhir pada jam 6 petang.

Semoga dugaan dan cabaran dapat dilalui oleh urusetia dengan kekuatan dan kesabaran. InsyaAllah.