puterakuda









Salam alaik.
Bersyukur kepada Allah atas nikmat yang masih bersambung tanpa putus kepada kita.

Alhamdulillah, Sahabat UNICOMMSERV telah menganjurkan Malam Tautan Kaseh bertempat di D'Tasik UNITEN Bangi. Tujuan makan malam amal ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim bagi membela nasib mereka. Mereka daripada Kompleks Kebajikan Rukaiyah dan malam itu juga mereka membuat persembahan bagi menghiburkan hadirin.

Alhamdulillah, malam itu tidak sesunyi yang disangka, penampilan jemputan telah pun berjaya memecah kesunyian malam. Persembahan daripada Sahabat AL-Farabi, kumpulan nasyid Da'e, kumpulan nasyid R-If dan penyanyi solo Shahiran. Terima kasih atas kerjasama kalian menjayakan program.

Tahniah kepada UNICOMMSERV terus berjaya..tahniah kepada ketua pengarah a.k.a Nana. Good Job..^_^
2 Responses
  1. Cik Mirara Says:

    salam.
    hmm,baguslah activity ni.
    di samping dapat mengeratkan silaturahim,
    dapat juga memberi sinar bahagia kpd anak-anak yatim ni.
    keep it up ya,abg.


  2. puterakuda Says:

    salam...
    thanx..^_^..
    hope bende2 ni boleh dibuat oleh semua pihak khususnya golongan belia untuk berbakti kepada yg tidak bernasib baik..^_^