puterakuda
suke buat muke pelik~




Alhamdulillah sempat meluangkan masa bersama adik beradik. Balik ke johor pada 21/10/2011 dan sampai di rumah jam 9.30 malam. Perjalanan agak lama memandangkan cuaca tidak mengizinkan untuk bus bergerak seperti biasa.

22/10/2011 telah diadakan peraduan mewarna anjuran PBSM Batu Pahat untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. Satu usaha yang baik dalam memberi pendedahan kepada kanak-kanak dalam mengembangkan bakat mereka.

Bukan saya yang memasuki pertandingan ini, tapi adik bongsu saya bernama Raihanah terpilih mewakili sekolah untuk pertandingan tersebut.

Excited juga tgk adik 1st time involved dalam pertandingan macam ini. Pertandingan bermula jam 11.00 pagi sehingga 12 tengahari.

11.30 pagi adik cakap : ala, adik da xnk kaler lah...penat~

saya dah buat muka macam ni : =,="

suruh hbskan pun xnk..he3..xpelah.. bukan kemenangan yang dicari, tapi cukup dengan memberi pendedahan kepada adik untuk bergaul dengan masyarakat. Semoga terus maju untuk masa akan datang. ^__^