puterakuda

Yang kiri baju pink itu exco sukan dan kebudayaan (Taufiq)



Bendahari (K.Nano )
Exco Publisiti (K.Fatin Nadiah)
Setiausaha (Farez)
Exco Akademik (Kumaran)
Exco Kebajikan (Tevan Nair)
Exco Kelab & Persatuan (Ng Dihui)
Exco Latihan & Kepimpinan (K.Aimi Nadiah)
ni saya la kan.. ^_^
Presiden (Khuizham)


Exco International (Dee kacak )




Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
bersyukur masih dipanjangkan umur untuk terus berbakti di atas muka bumi ini. Bersyukur masih diberikan kenikmatan yang tidak terhingga oleh Allah dan nikmat yang paling besar adalah nikmat Iman dan nikmat Islam.

Alhamdulillah pada 5 Oktober 2011 telah diadakan Malam Penghargaan MPP UNITEN yang diadakan di Cruise Putrajaya. Program yang bertujuan memberi penghargaan kepada individu-individu yang banyak memberikan sumbangan kepada MPP khususnya.

Alhamdulillah tamat sudah sesi MPP 2010/2011. Banyak pengalaman menarik yang diriku lalui. Susah senang berdiri sebagai seorang pemimpin memang mencabar. Pelbagai rintangan perlu dilalui, pengorbanan dan sebagainya. Bukan mudah seperti yang di sangka. Dulunya melihat MPP sebagai sesuatu yang mudah, tetapi apabila merasainya, hanya jiwa memahami. Sebab itu lebih suka melihat mereka yang hebat berkata-kata dengan pelbagai idea, pergilah bertanding menjadi MPP. Adakalanya apa yang di kata itu memang tidak mampu ditunaikan walaupun pada zahirnya ianya nampak mudah.

Pelbagai senario kehidupan berlaku sepanjang menjadi MPP. Banyak yang perlu dikorbankan dan dipelajari untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Sekalung penghargaan kepada Sahabat-sahabat MPP (Khuizham, Farez,Ng,Tevan, Kumaran, Fatin,Aimi,Izwan,Nurhana,Dee dan Taufiq) atas kerjasama baik dari kalian. Walau pun setahun sebenarnya tidaklah banyak yang mampu kita lakukan, tapi paling kurang kita berusaha untuk memberikan yang terbaik kan. ^__^

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk terus bergerak ke hadapan. Thanx dengan pelbagai idea menarik dari kalian semua. Terima kasih kepada insan-insan yang memahami diriku waktu susah, senang,sedih, suka. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat sekelas yang banyak berjasa membantu dalam akademik. Jasa2 kalian semua tidak akan dilupakan.

Saya memohon seribu kemaafan andai sepanjang kepimpinan ini ada yang terkecil hati, ada yang tidak berpuas hati, dan apa2 perasaan yang tidak menyenangi. Diri ini tidaklah sesempurna mana, hanya sekadar lelaki biasa yang ingin belajar untuk menjadi lebih baik.

Tahniah kepada MPP yang telah dilantik. Harap sangat2 kalian dapat memastikan kesinambungan MPP antara kita semua. KESINAMBUNGAN itu penting untuk memastikan perjuangan tidak terhenti dan kekuatan pasti berterusan.

Untuk sahabat-sahabat lain, janganlah DIASINGKAN organisasi MPP ini dari diri kalian. Mereka juga sahabat kita yang ingin berjuang untuk kita. Bukannya kritikan yang negatif, tp biarlah teguran yang membina. Tetapi ingat, kalau anda hanya hebat berkata dan meyuruh orang, walhal diri sendiri duduk diam tanpa membantu , yang bermasalah pastinya diri anda. Buatlah kerja bersama-sama MPP untuk anda tahu dan kenal mereka. ^__^

Akhir kalam buat kalian dan diri ini, perjuangan kepimpinan tidak pernah berakhir walaupun dimana kita berada. Sumbanglah sesuatu kepada masyarakat dengan apa yang anda ada, bukannya mencipta seribu alasan yang tidak munasabah untuk melepaskan diri. Kita tidak perlu menjadi pemimpin yang hebat berkata-kata tetapi tidak melaksanakannya, cukuplah andai kita ini menjadi pemimpin yang adil dan memberikan komitmen sebaiknya. ^_^

Jumpa lagi dan PERSEMBAHKAN YANG TERBAIK ^_^
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    semoga kesinambungan nya jugak cemerlang...:)