Di pagi jumaat yang hening sekitar jam 8.45 pagi, aku diuji dengan tayar bocor di sekitar kajang. Alhamdulillah berdekatan dengan rumah sahabat memudahkan kerja untuk mencari bengkel motosikal di sekitar.
Sampai di bengkel motor tersebut, tauke baru je nk bukak pintu kedai, kira aku ni orang pertama la sebagai customer..he3.. so bgtaw lah ape prob dekat motor ni, tayar bocor masuk lubang dekat jalan. Dia pun setuju nk betulkan.
Dalam masa menanti motor siap dibetulkan, ramai kanak-kanak berlari sana-sini dan ada juga berbasikal. Tertanya juga diorg ni xsekolah ke. Menjadi lebih pelik mereka berkumpul satu tempat dihadapan kedai bersebelahan dengan bengkel motor itu. Menjenguk ke sebelah, rupanya kedai cyber cafe!
Aku : "Adik, xpergi sekolah ke?", tanya aku kepada seorang kanak-kanak disitu.
Dia : "xla, sekolah start petang." jawabnya bersahaja.
Datang 2 pekerja cyber cafe tu untuk membuka kedai tersebut. Xsabar melihat gaya kanak-kanak tu sambil ditangan memegang gulungan RM1 untuk dibayar dikaunter.
Kedai dibuka dan mereka menyerbu dengan seronok sekali. Memilih tempat duduk masing2 dikerusi berhadapan PC yang disediakan.
Aku mengorak langkah ke hadapan pintu melihat kerenah mereka. Ada yang membuka internet, ada yang bermain Counter Strike ada yang bermain FIFA. Ermm. Ibu bapa xkisah ke??
aku membuka pintu masuk untuk melihat lebih jelas. Pintu bersebelahan dengan kaunter.
Aku : Akak, berapa ringgit dekat sini kalau sejam?
Dia : RM2 sejam.
Aku : ramai budak2 datang main sini, xpe ke kalau kanak2 masuk sebagai pelanggan.?
Dia : boleh je selagi xponteng sekolah.
Dengan senyuman mengucapkan terima kasih.
Iya, memang betul jawapan dia bagi. BOLEH SELAGI TIDAK PONTENG SEKOLAH. Tapi haruslah beringat, janganlah keuntungan dikejar tetapi mengorbankan masa depan kanak-kanak dengan pendedahan pagi bermula dengan permainan komputer di CC.
Ibu bapa harus pantau anak-anak yang masih kecil supaya lebih terjaga..
Ingatan untuk diri sendiri dan semua.