puterakuda









ikan pun xmampu nk hidup dalam air..=(
kotor~

Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dibulan yang mulia ini. Semoga kita semua sebagai hambaNya dapat meningkatkan amalan diri untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Pada kali ini, terlibat dengan lawatan kerja (site visit) dibawah subjek waste water CEEB313. Bertempat di loji pengolahan kumbahan UNITEN yang terletak di TNB Research. Kehadiran kami disambut oleh bau-bau 'wangian' loji yang sememangnya mengalu-alukan kehadiran pengunjung. Maklumlah nama pun loji, susah sikit nak cari bau macam wangi-wangi orang pergi masjid. So, kalau pergi site visit tempat-tempat macam ni, tidak digalakkan memakai wangian kerana membazir sahaja.

Loji ini menempatkan sisa kumbahan UNITEN untuk diproses sebelum proses seterusnya untuk menyulingkan air bagi kegunaan harian. Terkedu juga melihat kekotoran yang terdapat di situ. Terdapat sisa-sisa yang dibuang di tangki buangan seperti di tandas, sink dan sebagainya disalurkan disini.

Boleh dilihat kekotaran air kumbahan tidak mampu bagi ikan hidup didalamnya. Air kumbahan tersebut mengandungi bakteria dan bendasing yang banyak menyebabkan hidupan tidak mampu meneruskan hidup didalamnya.

Lebih malang lagi apabila terdapat banyak buangan tuala wanita. Sisa buangan tuala ini berlaku disebabkan pengguna membuangnya di mangkuk tandas lalu buangan tersebut dikumpulkan di loji pengolahan. Bahan yang diperbuat daripada plastik dan sukar bagi proses pereputan. Masalah ini mampu menambahkan lagi pencemaran yang berlaku. Dan khususnya buat semua pengguna, buanglah ditempat sepatutnya. Sebaik2nya buang dengan cara yang betul ditempat yang disediakan bukan membuang dimangkuk tandas..^_^

Sebagai manusia yang memerlukan bekalan air bersih bagi kegunaan harian, menjadi tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan air di negara kita agar kita..^_^.

p/s- sape2 yg suka buang sampah dalam mangkuk tandas, jangan buat lagi ye.^_^
0 Responses