puterakuda

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang masih mengurniakan kepadaku kenikmatan yang tidak terhingga diatas muka bumi ini. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah pada 21 Ogos 2011 telah tamat peperiksaan akhir sem 1 sesi 2011/2012 UNITEN. Sebanyak 4 subjek diambil peperiksaan akhir, 1 subjek peperiksaan akhir (take home) dan satu subjek peperiksaan makmal.

Lumrah belajar, kalau kita usaha bersungguh-sungguh, pasti mudah untuk menjawab soalan yang diberikan.

Semester ini berlangsung dengan agak pantas dengan pelbagai ujian dan dugaan menguji kesabaran. Semoga diri ini terus tabah dan cekal hati hadapi semuanya.

Syukur kepada Allah mengurniakan insan-insan yang sentiasa memberikan sokongan dalam perjuangan ini. Seribu kemaafan andai punya kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sengaja mahupun tidak.

Selamat menghadapi peperiksaan akhir buat mahasiswa-mahasiswi UNITEN semoga kalian terus cemerlang menjadi pelapis kepimpinan masa depan negara...^_^