puterakuda












Alhamdulillah Ramadhan kali ini menarik apabila dapat menganjurkan BBQ bersama sahabat-sahaba sekuliah..^_^

Terima kasih yang sudi hadir dan menjayakan majlis ini..

Ukhwah tidak akan terputus selagi dihati faham erti PERSAHABATAN....^_^
puterakuda

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang masih mengurniakan kepadaku kenikmatan yang tidak terhingga diatas muka bumi ini. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah pada 21 Ogos 2011 telah tamat peperiksaan akhir sem 1 sesi 2011/2012 UNITEN. Sebanyak 4 subjek diambil peperiksaan akhir, 1 subjek peperiksaan akhir (take home) dan satu subjek peperiksaan makmal.

Lumrah belajar, kalau kita usaha bersungguh-sungguh, pasti mudah untuk menjawab soalan yang diberikan.

Semester ini berlangsung dengan agak pantas dengan pelbagai ujian dan dugaan menguji kesabaran. Semoga diri ini terus tabah dan cekal hati hadapi semuanya.

Syukur kepada Allah mengurniakan insan-insan yang sentiasa memberikan sokongan dalam perjuangan ini. Seribu kemaafan andai punya kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sengaja mahupun tidak.

Selamat menghadapi peperiksaan akhir buat mahasiswa-mahasiswi UNITEN semoga kalian terus cemerlang menjadi pelapis kepimpinan masa depan negara...^_^
puterakuda











Alhamdulillah pertama kali dapat masuk Seri Perdana kediaman PM Malaysia pada 10 Ogos 2011..^_^. Kali ini program anjuran KPT berbuka puasa bersama Datuk Seri Najib Razak.


ATAU : http://srcuniten.blogspot.com


Hari ini (11 ogos 2011) berbuka bersama KPT di bangunan baru KPT.
insyaAllah 14 ogos 2011 ini berbuka puasa dengan KSU KPT Dato' AB Rahim..^_^

Semoga semua urusan dipermudahkan. Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menghadapi peperiksaan akhir untuk student UNITEN. ^_^
puterakuda




Salam alaik. Alhamdulillah pada saat ini dapat berbuka puasa bersama alumni-alumni UNITEN. Ini merupakan langkah awal untuk memantapkan kembali alumni UNITEN walaupun baru berusia belasan tahun.

Kepada semua mahasiswa-mahasiswi UNITEN, anda digalakkan untuk menyumbangkan sedikit kemahiran dan kejayaan anda kepada universiti. Jadi alamni xrugi pun.Sangat bermanfaat kepada pelajar junior sebenarnya. (apa yang diketahui dan dikongsi oleh mantan2..he3)

Hope lepas ni semua bleh la register alumni kepada sesiapa yang sudah tamat pengajian..^_^
puterakuda









ikan pun xmampu nk hidup dalam air..=(
kotor~

Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dibulan yang mulia ini. Semoga kita semua sebagai hambaNya dapat meningkatkan amalan diri untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Pada kali ini, terlibat dengan lawatan kerja (site visit) dibawah subjek waste water CEEB313. Bertempat di loji pengolahan kumbahan UNITEN yang terletak di TNB Research. Kehadiran kami disambut oleh bau-bau 'wangian' loji yang sememangnya mengalu-alukan kehadiran pengunjung. Maklumlah nama pun loji, susah sikit nak cari bau macam wangi-wangi orang pergi masjid. So, kalau pergi site visit tempat-tempat macam ni, tidak digalakkan memakai wangian kerana membazir sahaja.

Loji ini menempatkan sisa kumbahan UNITEN untuk diproses sebelum proses seterusnya untuk menyulingkan air bagi kegunaan harian. Terkedu juga melihat kekotoran yang terdapat di situ. Terdapat sisa-sisa yang dibuang di tangki buangan seperti di tandas, sink dan sebagainya disalurkan disini.

Boleh dilihat kekotaran air kumbahan tidak mampu bagi ikan hidup didalamnya. Air kumbahan tersebut mengandungi bakteria dan bendasing yang banyak menyebabkan hidupan tidak mampu meneruskan hidup didalamnya.

Lebih malang lagi apabila terdapat banyak buangan tuala wanita. Sisa buangan tuala ini berlaku disebabkan pengguna membuangnya di mangkuk tandas lalu buangan tersebut dikumpulkan di loji pengolahan. Bahan yang diperbuat daripada plastik dan sukar bagi proses pereputan. Masalah ini mampu menambahkan lagi pencemaran yang berlaku. Dan khususnya buat semua pengguna, buanglah ditempat sepatutnya. Sebaik2nya buang dengan cara yang betul ditempat yang disediakan bukan membuang dimangkuk tandas..^_^

Sebagai manusia yang memerlukan bekalan air bersih bagi kegunaan harian, menjadi tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan air di negara kita agar kita..^_^.

p/s- sape2 yg suka buang sampah dalam mangkuk tandas, jangan buat lagi ye.^_^
puterakuda








Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

untuk laporan penuh : http://srcuniten.blogspot.com/

sudi2lah jenguk blog mpp kami ye.

terima kasih ^_^
puterakuda



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
puterakuda
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

KEPADA

Semua Umat Islam di muka bumi ini.

Semoga kita semua mendapat kebaikan yang dilimpahkan oleh Allah kepada kita.

Bersedia?

MANUSIA VS HAWA NAFSU

bermula

SEKARANG!

puterakuda


Brothers
Naim Mirwana
DJ Erwan dan Mirwana


Rabbani
Perkongsian dari wakil Aqsa Syarif

Alhamdulillah Konsert amal yang sangat menarik.

Tahniah pihak IIC yang telah menjayakan program ini. Semoga perjuangan dalam membebaskan Palestin mendapat jalan sebaiknya dan mampu mengegarkan kuasa dunia. InsyaAllah..^_^