Kuala Lumpur - Pada 1-3 Jun 2011, wakil Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN telah menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bil 1/2011 yang bertempat di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
MPPK telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia , YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin. MPPK kali ini telah dihadiri oleh perwakilan pelajar daripada 20 IPTA dan 10 IPTS yang terpilih.MPP UNITEN telah menghantar seramai 3 orang wakil terdiri daripada Saudara Mohammad Mahlil (Timb.Presiden),Saudara Ng Dihui ( Exco Kelab dan Persatuan) dan Saudara Kumaran (Exco Akademik). Turut hadir ialah Menteri Pengajian Tinggi ,Datuk Mohammed Khaled Nordin dan Menteri Kesihatan ,Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalan menteri , ketua setiausaha jabatan dan wakil-wakil jabatan negara.
MPPK merupakan medium terbaik dalam menyuarakan pandangan mahasiswa kepada kepimpinan tertinggi negara agar negara membangun dengan lebih relevan selari dengan keperluan semasa khususnya untuk generasi akan datang. Sebanyak 5 kertas kerja dibentangkan kepada pihak kerajaan untuk diberi perhatian dan mengambil langkah yang sewajarnya demi kebaikan bersama pada masa akan datang.
Kertas Kerja yang dibentang bertajuk Daya Keusahawanan, Kreativiti Dan Inovasi Mahasiswa Dalam Memenuhi Abad 21 (UTM), Mengantarabangsakan Minda Mahasiswa Melalui Projek Kemanusiaan (UIAM), Masa Depan Negara Dan Peranan Mahasiswa Dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) (UMK), Kecukupan Makanan Di Malaysia Dan Bagaimana Malaysia Tidak Lagi Bergantung Pada Negara Luar Bagi Makanan Rakyat (UPM) dan 1Malaysia Dan Cabaran Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia (USM).
Keseluruhan perwakilan mahasiswa juga menekankan isu biasiswa agar pihak kerajaan mengkaji balik pemberian biasiswa bukan semata-mata kepada pencapaian akademik sahaja. Isu lain adalah tentang latihan industri menekankan agar pihak kerajaan memantau pihak industri yang tidak memberikan latihan yang bertepatan dengan kursus pembelajaran yang diambil oleh mahasiswa. Selain itu, perwakilan mahasiswa juga berpendirian tegas tentang isu kenaikkan tarik elektrik negara kerana masyarakat turut terbeban dengan kenaikkan tersebut. Mahasiswa berharap pihak kerajaan tidak meningkatkan harga barangan dipasaran memandangkan kos sara hidup mahasiswa semakin meningkat dan tidak berpendapatan. Isu LYNAS juga menjadi perhatian mahasiswa untuk mendesak pihak kerajaan mengkaji semula projek tersebut kerana dikhuatiri mendatangkan kesan yang negatif kepada rakyat pada masa akan datang. Pihak perwakilan juga berharap agar penggunaan Bahasa Malaysia dimartabatkan sebaiknya untuk memastikan identiti rakyat Malaysia tidak terhakis.-MPP UNITEN

------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu dengan pemimpin-pemimpin hebat mahasiswa..^_^
salam
pinjam name and link blog anda
terime kaseh
hehe
salam..sila..^_^