Lelaki mana tidak mahu isteri solehah,
Tanya sesiapa pun pasti mahukan sebaik Hajar,
Jua mahu sesetia Zulaika,
Pasti itu yang menjadi idaman hati.
Merenung kembali janji Illahi,
Yang soleh pasti buatmu solehah,
Mengukur sejauh mana tahap diri,
Adakah selayaknya mendapat seperti yang dijanji.
Amanah & tanggungjawab mesti selari,
Itulah dugaan orang berkasih,
Andai gagal menempuhi,
Pasti di akhirat ditimbangi.
Baitul Muslim bahagia idaman hati,
Adakala diri ini iri hati,
Melihat mereka sentiasa di hati,
Kerna itu HALAL disisi.
Soleh kah diriku buatmu,
Mendapat insan seperti itu,
Sentiasa bersama keranaNya,
Kerana cinta dan kasih yang setia.
Kerna dirimu solehah,
Aku jua mahu sepertimu,
Akhlak sebaik mutiara di gelora,
Di landa bagai tiada bercalaran.
Didiklah jiwa ku semampu mu,
Kerana aku punya kelemahan,
Aku punya kejahilan,
Perlukan pertolongan.
Dosa ku banyak sekali,
Ku mohon padaMu moga disucikan diriku,
Untuk insan seperti yang didambakan itu,
Agar bahagia disisiMu abadi.
Kerna dirinya solehah,
Kau soleh kan lah diriku ya Allah,
Dengan hidayah dan kebesaranMu,
Moga diri mendapat petunjukMu.
Aku mencari dalamnya suatu makna,
Bukan sekadar makna bersahaja,
Mencari kebahagiaan serta keberkatan,
Ungkapan AKU TERIMA NIKAHNYA itu.
Moga dipermudahkan andai sampai ketikanya..insyaAllah.^_^
nice. (:
like.insyaALLAH...amin..:)
ya rabb , betnya post neh ! buat sendiri kah ??
haah..sje2 isi masa..^_^