puterakuda
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pencipta segala di langit dan di bumi serta diantara. Pencipta segala kerahsiaan kehidupan. Maha Perancang segala kejadian, tiada tandingan tiada persaingan. Amat besar zatNya, Maha Agung Maha Kaya, Maha Pemurah Maha Penyayang. Semua keranaNya. SubhanAllah.

Alhamdulillah pada 8/3/2011 telah diadakan mesyuarat bersama TNC dan HEP di Canselori Bangunan Pengurusan UNITEN. Mesyuarat ini adalah kesinambungan tindak balas pihak pengurusan tentang isu yang diutarakan oleh mahasiswa kepada pengurusan.
Antara isu-isu yang dibincangkan :
Prepaid Meter Elektrik
1) Pihak UNITEN mengambil tindakan serta-merta untuk memberi secara percuma RM40 yang telah diinstall di prepaid meter berkenaan.
2) Tariff elektik juga telah diberi diskaun sebanyak 15% iaitu daripada RM0.39 kepada RM0.34.
3) Untuk mengaktifkan tariff baru di prepaid anda, anda dikehendaki reload minimum RM20 di kaunter kewangan. Dengan itu, elektrik anda akan dikenekan bayaran mengikut tariff baru. Untuk sesiapa yang masih tidak mengaktifkan kadar terbaru, anda dinasihatkan membuat demikian secepatnya.
RM20 + baki sedia ada = kadar tariff baru
4) Pihak pengurusan dan MPP UNITEN akan membuat tindakan susulan dengan berjumpa pihak TNB untuk memohon agar penginapan khususnya dikenakan kadar mengikut bayaran domestik.
Keadaan Jalan Sekitar UNITEN
1) Pihak PPH UNITEN telah mengambil langkah pantas untuk menutup lubang-lubang kecil di sekitar jalan UNITEN.
2) Namun begitu, masih terdapat banyak lagi lubang-lubang yang tidak tertampal. Pihak MPP UNITEN menyeru agar pihak PPH UNITEN akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan isu ini.
3) Pihak pengurusan akan memantau segala kerja-kerja yang dilakukan.
Parking Kereta di COE (BN)
1) Isu yang telah lama diutarakan oleh pelajar. Dan atas desakan di Dialog, pihak pengurusan mengambil langkah drastik untuk membuka tempat tersebut sebagai parkir kereta.
2) Tempat tersebut akan dibina penghadang di sekelilingnya. Namun begitu, untuk simen dan tar mengambil masa yang agak lama. Buat seketika ini, pihak pengurusan akan membuka tempat tersebut untuk parkir sementara. MPP akan sentiasa mengemaskini maklumat tentang isu ini.
3) Masalah yang akan timbul adalah ketika hujan, dimana tanah akan menjadi lembab dan basah. Ini akan mengotorkan kereta dan merupakan pilihan pelajar samada mahu parking kereta disitu atau sebaliknya sementara menunggu proses penambahbaikan.
Pencerobohan Kelompok Murni
1) Tindakan serta merta untuk MENGEKALKAN perkhidmatan pengawal keselamatan di kawasan berhampiran jalan raya. Perkhidmatan ini telah ditarik 2 minggu lepas memandangkan keadaan keselamatan di Murni kembali stabil. Tetapi malangnya, perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu tiada perkhidmatan tersebut. Pihak keselamatan akur untuk meletakkan pengawal secara kekal di kawasan berhampiran jalan raya. Operasi 11 malam sehingga 5 pagi.
2) Lighting dibetulkan secepatnya seperti spotlight dan sebagainya.
3) Bulb wire akan dipasang di antara tingkat groundfloor dan 1 bagi mengelak penceroboh memanjatnya.
4) Begitu juga di grill yang terlibat. 2 isu yang berlainan, penceroboh memanjat paip PVC untuk naik ke bilik mangsa dan satu lagi kes melalui grill. Tempat tersebut akan dipasang bulb wire untuk keselamatan penghuni.
5) Koridor lighting akan diperbetulkan jika terdapat kerosakan.
6) Setiap rumah di Kelompok Murni akan dipasang inter lock. Dimana penghuni dapar mengunci rumah daripada dalam mengelakkan dari pencerobohan menggunakan kunci di pintu.
Perkhidmatan Bas di UNITEN
1) Masalah berlaku bas untuk ke serdang/MINES tidak mendapat sambutan kerana sistem pembelian tiket yang agak menyukarkan pelajar untuk keluar bila-bila masa.
2) Keberkesanan sistem bas di UNITEN kan dipertingkatkan.
Isu Monopoli air
1) Kontrak gerai tersebut akan tamat pada akhir tahun 2011.
2) Pihak UNITEN akan menilai kembali kontrak tersebut dan pihak MPP akan dipanggil untuk keputusan tersebut.
3) Jika semua pihak membantah penyambungan kontrak tersebut, semua premis makanan di UNITEN mampu menjual air seperti sedia kala. Harapan MPP agar kontrak tersebut tidak disambung dan ianya tidak menutup pencarian rezeki premis lain.
Isu Perpustakaan UNITEN
1) Perkhidmatan komputer di perpustakaan kebanyakkannya tidak mempunyai microsoft office. dan ini menyukarkan pelajar untuk membuat kerta yang berkaitan. Hal ini akan diusulkan kepada pihak perpustakaan UNITEN
2) 24 jam perpustakaan akan dibuka di aras bawah untuk kegunaan sepanjang study week dan minggu peperiksaan.
3) Perkhidmatan WIFI dalam proses. Pihak MPP akan memaklumkan segala yang berkaitan kepada pelajar.
Isu WIFI
1) COE foodcourt mempunyai perkhidmatan WIFI
2) UPTEN dan Perpustakaan dalam proses.-Akan di beritahu.
Isu Kelompok Ilmu
1) Blok I5 untuk pelajar perempuan dan blok I6 untuk pelajar lelaki.
2) Penghuni ilmu (lelaki mahupun perempuan) bukan pelajar tetap UNITEN. Seperti fast-track ataupun pelajar Bahasa Jepun.
3) Blok tersebut juga digunakan untuk kegunaan luar seperti sewaan oleh ILSAS dan sebagainya.
4) Pihak MPP akan usaha sebaiknya untuk memastikan kediaman pelajar wanita terjaga di UNITEN
Dialog Bersama Pengurusan UNITEN
1) Pihak MPP akan menganjurkan dialog setiap semester untuk pelajar mengetahui perkembangan yang telah diluahkan kepada pihak pengurusan.
2) Untuk dialog kedua, segala maklumat akan dimaklumkan dan dicadangkan akan diadakan pada bulan 6.
3) Merupakan medium terbaik untuk mahasiswa bersama pengurusan berbincang tentang masalah yang ada.
Kerusi MPP di KSHAS
1) Permohonan kerusi untuk MPP di Muadzam.
2) Sekarang terdapat 5 kerusi yang dipertandingkan, dan MPP memohon agar ditambah kepada 7 kerusi untuk memudahkan segala pengurusan kerja MPP.
ISU2 LAIN YANG BERKAITAN AKAN DIMAKLUKAN KEMUDIAN.
Dari Kaca Mata HambaNya
Perjuangan tidak semudah yang disangka, tika saat diri diatas, bersedialah dengan tohmahan dan sebagainya. Jika diri kuat, jalankan amanah sebaiknya tanpa rasa kesal jalan yang dipilih.
Buat sahabat-sahabat di UNITEN, MPP sangat memerlukan bantuan kalian. Kami tidak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan kalian. Usahlah diperlekehkan apa yang diusahakan, bantu kami, sokong kami, bersama kami. Tidak mustahil untuk MPP UNITEN menjadi kuat memperjuangkan hak kalian, tapi semuanya sebenarnya terpulang pada kesedaran kalian. Jika kuat sokongan kalian pada MPP, MPP punyai tenaga tambahan untuk memperjuangkan segalanya.
Satu contoh yang berlaku tika diadakan perjumpaan bersama TNC saat subsidi ditarik, tidak sampai 10 orang selain MPP yang hadir untuk sama-sama pertahankan isu tersebut.
Satu contoh pula tika MPP mengadakan Dialog dan kehadiran hampir 800 pelajar memberi satu aura yang hebat. Segalanya mudah bagi kita jika kita bersatu.
Selagi ada kekuatan diri di dalam dirimu, tunjukkanlah. Sama-sama berjuang hidupkan suasana kampus di UNITEN. AMBIL PEDULI semua yang berlaku. HIDUP BERKOMUNITI dan jangan buat hal sendiri.
Pihak MPP cuba sedaya upaya untuk memastikan segalanya berjalan lancar dan bersambungan untuk MPP akan datang. Perlu diingat, jatuh bangun MPP disebabkan pilihanraya. Badi UNITEN tidak terpadam lagi dengan keadaan selang seli pilihanraya dan ini menyukarkan MPP untuk terus berkesinambungan. Saya sangat berharap sahabat-sahabat yang lantang bersuara, masuklah MPP. Gunakan potensi anda pada medium yang betul. Tunjukkan sesuatu.
Andai bersatu, semuanya mudah bagi kita. InsyaAllah pilihanraya kampus akan diadakan pada bulan 7 atau 8. Sesiapa yang berminat, bersiapkan dirimu sebaiknya. Rasai dunia kepimpinan yang sukar diungkap tanpa dirasa. ^_^..insyaAllah.
Mohon maaf andai ada kesalah dari pihak kami. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan segalanya berjalan lancar.Sokongan dari kalian amat diharapkan.
Sekadar Lelaki Biasa.
1 Response
  1. orait!! good to hear!!
    btw.. superb job mpp!! well done!