puterakuda






OSASUNA 3-2 FC TOKYO
MAHLIL (2) AMIRUL (OG)
BAMBANG (1) PLAYER LAWAN(1)
Salam alaik.
Alhamdulillah bersyukur kepada Tuhan atas kurniaan nikmat kemenangan pada UNITEN CUP 2011 bagi perlawanan pembukaan kumpulan. Osasuna memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2 menentang FC Tokyo.
Babak pertama menyaksikan gol pembukaan oleh Osasuna oleh Mahlil berjersi no 14. Sebelum tamat babak pertama, FC Tokyo menyamakan kedudukan apabila bola sepakan sudut pemain mereka tertampan kedalam oleh penjaga gol Osasuna.
Separuh masa kedua, malang menimpa Osasuna apabila FC Tokyo mendahului 2-1 apabila pemain mereka berjaya menjaringkan gol.Osasuna mengatur gerak semula dan akhirnya berhasil menjaringkan gol penyamaan 2-2 oleh Mahlil. Permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan banyak menyerang. Namun begitu, gerakan cantik pemain Osasuna berjaya menghasilkan gol apabila pemain tengah Osasuna, Bambang* menjaringkan gol kemenangan.
Keputusan berakhir dengan 3-2 berpihak kepada Osasuna.Alhamdulillah..^_^
Jumpa perlawanan akan datang...maaf gambar xde plak sebab tengah bermain.^_^