Salam alaik.
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk berbakti sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kali ini membuka langkah ke bahagian timur Malaysia untuk meninjau tempat dan berjumpa dengan pengerusi kawasan bagi program yang akan dijalankan iaitu Mahasiswa Bersama Masyarakat.
Buat pertama kalinya begitu teruja kerana ini ialah kali pertama menaiki kapal terbang. Bukan seronok naik kapal terbang, tetapi teringin mahu melihat dunia yang luas ini dari pemandangan atas.Bertolak dari UNITEN jam 5 pagi dan kami semua berlepas jam 7 pagi. Rasa berdebar tatkala kapar terbang meluncur laju di landasan untuk melihat dunia ini. Mata asyik tepat di cermin untuk melihat perubahan yang berlaku.
Apa yang diperhatikan diriku, semua yang dibumi bagaikan mainan sahaja, sangat kecil. Seperti pelan jurutera membuat pameran.Dan ketika itu kapal masih di bawah gumpalan awan. Sampai di sesuatu tahap, kapal meningkatkan ketinggian dengan menembusi lapisan pertama.Jika dilihat, bangunan-bangunan di muka bumi tersangat la kecil.Mata masih memandang dibawah dengan melihat permukaan bumi menembusi lapisan awan. Tidak berapa lama selepas itu, kapal meningkatkan lagi ketinggian, Subhanallah tidak terkata ciptaan yang sungguh indah. Seperti di perkampungan awan. Kali ini sukar melihat permukaan bumi yang ditutupi awam yang menebal. Hebatkan Tuhan mencipta awan berlapis-lapis..^_^
Alhamdulillah disana kami disambut mesra oleh keluarga En.Rosmadi. Layanan kalian amatlah kami hargai khususnya Ummi yang selalu masak sedap-sedap untuk kami. Terima kepada athy kerana sudi membantu kami di terengganu. Petang itu kami ke TK untuk berjumpa dengan pengerusi kawasan disana.Berbincang dengan lebih teliti apa yang dikehendaki semasa program nanti.Alhamdulillah hati terasa tenang dan senang dengan apa yang berlaku.Alhamdulillah pilihan disana juga tidak salah dan semoga segalanya berjalan lancar. Hari sabtu kami meluangkan masa di Terengganu. Senyuman dihati hanya mampu dirai tatkala melihat ramai usahawan-usahawan melayu berjaya.^_^.Kami juga sempat melawat masjid Kristal di sana..
Alhamdulillah segalanya selesai.Kami bertolak pulang pada jam 9.20 malam di lapangan terbang kuala terengganu. Perkara yang menarik pastinya ketika kapal di awan. Melihat bumi seperti lampu-lampu pelita di malam raya.Sungguh cantik..^_^. Ketika naik kapal, ada seseorang yang perlu diri ini jumpa, bukan kurang kerja tetapi menguji diri. Ketika turun dari kapal terbang Air Asia, kami turun bersama seperti yang telah dirancang sendiri. Dari kapal hinggalah ke tempat pintu keluar kami berbual. Alhamdulillah orangnya tidak sombong dan mesra..^_^.Orang tersebut ialah Munir Phyne Ballerz yang terkenal dengan lagu Vida tu..Sekarang juga dikenali sebagai pelakon.
Pengalaman yang sangat menarik. Terima kasih athy n family, ijam, farez, nano..^_^.. 'jasa' anda tidak saya lupakan..=p ..banyak pengalaman pertama..^_^
P/S- tumpuan ke mini bazar dan Mahasiswa Bersama Masyarakat pulak!..ayuh!
sweet moment!;)