puterakuda



















Salam alaik.
Bersyukur kehadrat Allah diatas segala kurniaan nikmat kepada diriku ini. Semoga setiap detik darah yang mengalir ditubuhku, tidak ku lupakan untuk mengingatiMU.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya mengharungi PROGRAM PINTAR 2010 dengan jayanya. Program yang diadakan pada 12-17 Jun 2010 yang disertai oleh sekolah-sekolah angkat TNB telah menarik lebih kurang 150 orang peserta.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti eksplorasi, modul, slot motivasi dan pelbagai lagi. Walaupun ada yang terpaksa buat disaat-saat terakhir, segalanya berjalan lancar. Tanggungjawab sebagai ketua fasilitator sangat mencabar sebenarnya.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

TERIMA KASIH kepada semua fasilitator-fasilitator yang banyak membantu diriku bagi menjalankan semua modul. Kepada urusetia, tahniah atas penganjuran program ini khususnya kepada PEMBIMBING RAKAN SEBAYA UNITEN.

Semoga diriku terus kuat untuk berjuang..amin~

p/s-2 minggu untuk orientasi..^_^..chaiyok!
1 Response
  1. Assalamualaikum abang mahlil kan? Ya Allah.. Allah je tahu betapa gigihnya sy cari gambar2 kem ni 😭. Saya aqilah salah sorang peserta kem pintar tu. Dkt 3 tahun saya cuba cari gmbar2 ni. Masa tu tak ade kamera tp nilah kem yg paling saya tak boleh lupe spnjg 23 tahun saya hidup 😆. Kem trpaling lama, trpaling barai tapi terpaling best. Rindu gila nyanyi lagu standing in the eyes of world ramai2. Apepon sy jumpa blog abg ni tahun 2021 hahah gap 11 tahun. Saya tak tahulah abg akn perasan ke tak komen ni tapi kirim salam ye abg2 dan kakak2 fasi ktorg masa ni. Paling ingt abg ijam, kak ari, kak mawaddah huhu. Apepon harap abg baca komen saya huhu gigih mencari ya ampunn huhu mjur abg rajin tulis blog. Okeylah stay safe covid Assalamualaikum 🤗