puterakuda





















Salam alaik.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas kurniaan yang masih diberi kepada diriku ini.
Alhamdulillah perjuangan masih diteruskan. Kali ini dapat berbakti di KEM REMAJA BESTARI 2010 anjuran Yayasan Tenaga Nasional yang dikendalikan oleh IKAL UNITEN.

Banyak perkara yang dapat dipelajari dalam mencari erti kehidupan untuk generasi akan datang terus maju kehadapan. Menjadi fasilitator bagi peserta tingkatan 4 KRB sangat mencabar.Tetapi bersyukur segala rintangan dapat dilalui. Dengan pelbagai latar belakang peserta, dari yang cerdik, yang tidak terdidik, ada yang nakal, ada yang gengster, dan pelbagai kerenah lagi. ALhamdulillah dapat menyelami kehidupan mereka dan rapat dengan mereka ini.

Alhamdulillah peserta-peserta f4 dapat dididik dengan tugasan seperti imam. Sokongan dan dorongan serta cabaran kepada mereka amatlah penting. Semoga mereka terus istiqamah dalam melakukan kebaikkan.

Untuk adik-adik kumpulan SPM7, terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Buat Aboy, wan, ijat,shafiq,taqiu,azrul, syaiba,mira dan syikin, apa yang telah dipesan semoga ianya kekal sehingga akhir hayat, bukan sekadar hingga dewan DSS.

Buat Syazwan, haziq. hilmi, farhana, zai, fauzani, faliq dan lain-lain yang tidak disebut jangan berputus asa dalam menuntut ilmu. Terima kasih atas kerjasama dan kemesraan semua..

Semoga ukhwah berterusan hingga akhir hayat. ^_^.


p/s- berjuang untuk PINTAR2010 12-17/6 di johor..^_^