puterakuda
whistle berbunyi....

xder bola...

pasukan lawan..


bangkit!!



passing ar...







aksi mendebarkan didepan gol...

midfield yang rajin..=)

Alhamdulillah....
Pada 22 Julai 2009, Valencia FC meneruskan perjuangan mempertahankan rekod tanpa kalah dalam LIGA RAJA2 PUTIH... Lawan pada perlawanan ke3 adalah RED STAR BELGRADE.
Perlawanan ini adalah antara pasukan yang menduduki tempat kedua dan ketiga ranking semasa liga selepas masing2 mendapat 2 kemenangan berturut2 sebelum ini.
1st half :
Perlawanan agak hambar dibahagian tengah pasukan valencia..tiada banyak serangan yang dibuat.. Red Star lebih menguasai kawalan bola walaupun valencia cuba untuk menguasai kembali permainan.. masing2 saling serang menyerang...
disebabkan kesilapan pasukan Valencia FC , Red Star Belgrade membuka tirai jaringan pertengahan separuh masa pertama... kedudukan 1-0.
Valencia terus mengatur serangan dan di saat akhir separuh masa, valencia dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil apabila Baj dijatuhkan oleh pihak lawan di kotak penalti.
Hisyam menyempurnakan sepakan penalti dengan tenang apabila memperdaya penjaga gol pihak lawan..
tamat separuh masa pertama terikat 1-1...
2nd half :
Valencia FC membuat beberapa pertukaran pemain dibahagian midfield, defending dan attacking untuk mengatur dan menguasai perlawanan...
percaturan yang dibuat oleh manager valencia amat berjaya apabila valencia banyak menguasai perlawanan....tidak lama kemudian, Valencia FC bersorak gembira apabila pemain 22 berjaya menanduk masuk mudah bola muntah hasil sepakan pemain midfield valencia...kedudukan 2-1.
Valencia meneruskan rentak cemerlang dengan menguasai perlawanan...valencia mendapat gol ketiga hasil permainan one-two mahlil dan nazirul dan mudah disudahkan mahlil untuk menjadikan kedudukan 3-1....
pertahanan Valencia yang diketuai oleh Farid, dibantu oleh Zul, Kaduk, Din terus bertahan dengan mematahkan banyak cubaan pihak lawan.
Midfield yang ditunjangi oleh Hisyam, Baj, Bad, Azan dan Nazirul terus memainkan peranan membuat serangan..hasilnya bola lorongan Hisyam yang terbias dikaki pertahanan lawan berjaya dikuis masuk oleh Mahlil untuk menjadikan kedudukan 4-1..
Valencia FC terus mengasak sehingga wisel penamat..
Kedudukan Valencia FC 4 - 1 Red Star Belgrade
-hisyam
-mahlil (3)
P/S- maap lambat update...TAHNIAH kepada VALENCIA atas kejayaan ketiga..
teruskan perjuangan...=)









0 Responses