puterakuda
Susah betul nak mencari calon isteri yang solehah. Macam tu la keluhan lelaki sekarang. Memang menjadi hukum dunia, sesuatu yang berharga tu susuh untuk mendapatkannya. Sebab itulah agaknya ramai 'bachelor' yang tak kawin-kawin lagi. Berpegang pada prinsip, biar terlebih usia, jangan tersalah pilih. Alasan ni tentulah untuk mereka yang punya fikrah Islamiah, tapi bagi yang tidak... kahwin lambat ada kemungkinan disebabkan hendak 'ejoy-enjoy' dulu.
Terlalu banyak kriteria solehah yang menjadi penanda aras. Secara simplenya, ciri-ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita tu mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, pandai mengaji, rajin puasa sunat dan lain-lain. Jikademikian, mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat semacam itu. Itu baru dari sudut lahiriah. Yang lebih sukar adalah menilai batiniahnya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam hati. Yang menutup aurat pun belum tentu solehah. Kulit yang baik, belum tentu isinya baik.

Tapi walau sesukar mana, masih ramai yang mahukan isteri yang solehah..tetapi..apakah sukarnya, sesukar meminang Puteri Gunug Ledang? Mudah sebenarnya. Caranya adalah: JADIKAN DIRI KITA CALON SUAMI YANG SOLEH DAHULU!

"perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.." ( an-Nur 24.26 )

Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami yang soleh, kemudian bina semua ciri itu di dalam diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah pula soal hati, soal dalaman... muhasabah iman dan takwa kita sendiri. Bisikan ke hati, apakah aku telah soleh atau sedang berusaha untuk menjadi soleh? Itu tentunya lebih mudah daripada menilai iman dalam hati seseorang.
Mungkin kita boleh merumuskan begini: Jika calon yang dicari adalah yang terbaik maka selepas berkahwn apa yang kelihatan hanyalah kekurangan ( sebab dah expect yang terbaik). Tetapi jika memilih yang baik ( berpotensi menjadi yang terbaik ) kita akan besikap realistik. Kekurangannya kita raikan. Lantas jadilah kita dan dia saling lengkap melengkapi..

p/s - susah ke senang ek??? erm.....
2 Responses
  1. solehah Says:

    aku dulu sll bncg ngn mmber2 aku pasal mnde ni. betul doh. allah dah tetapkan psgn kta yg sama padan ngn kita.

    mcm ustz, jrg skali kte dgr bkwahwin ngn pmpn mcm pussycat dolls.

    cemtu la umpamanya.


    kan?


  2. puterakuda Says:

    ha3..btul la tue sol....