Pemimpin bersilih ganti,
Pemimpin yang pergi di kenang,
Pemimpin yang datang dijulang,
Pemimpin Negara yang gemilang.
Tapi,
Ada pemimpin yang hanya mahu pada nama,
Ada pemimpin juga yang benar-benar mahu memajukan Negara,
Pemimpinlah pejuang bangsa,
Pemimpinlah pejuang agama…
Usah kau lupa pada rakyat,
Rakyatlah mengangkat mu hingga keatas,
Usah kau sombong pada rakyat,
Tanpa rakyat kau entah ni mana.
Pemimpin,
Itu tanggungjawabmu,
Jangan lupa pada yang bawah,
Tatkala kau senang berada diatas,
Jangan kau perbodohkan yang dibawah.
Pemimpinku,
Utamakan agama ALLAH yang satu,
Agama yang suci dan jitu,
kerana ia agama yang untuk semua bukan untuk yang satu,
agama yang menerima semua yang mahu.
Pemimpinku,
Jalankan amanah itu,
Kerana ia akan ditanya pada suatu masa yang satu,
Dimana kau bawa Negara yang dipacu,
Kearah yang mundur ataupun yang maju…
Persepadulah pemimpinku…..
Ini harapan rakyatmu…
Menuju kearah kebenaran,
menolak kearah kebatilan.