puterakuda
Sahabat-sahabat

Berikut adalah ciri-ciri
sifat sahabat yang baik:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas
    balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan
    membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia
    akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada
    kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,
    dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan
    mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
    dia akan menayakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan
    meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, niscaya dia akan
    membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya dia akan
    membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya dia lebih
    senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
0 Responses