puterakuda


Assalammualaikum.
Alhamdulillah pada 15 oktober 2012 saya bersama 35 pelajar UNITEN serta jemaah pengurusan UNITEN berpeluang menghadiri sesi ramah mesra bersama YBhg Tan Sri Datuk (Dr) Hj Mustapha Kamal. Salah seorang jutawan di negara kita. Pengerusi Kumpulan EMKEY dan salah sebuah anak syarikat ialah MKLAND. 

Orangnya mesra dan tidak sombong dengan kejayaan yang ada. Banyak perkongsian yang menarik ditujukan buat anak-anak muda. Sepanjang sesi ramah mesra, beliau hanya mengelar dirinya 'pakcik'. Tidak gemar jika di panggil dengan gelaran datuk mahupun tan sri.

Banyak kerja-kerja kebajikan yang telah dilakukan oleh tan sri dan berjuta-juta juga sumbangan yang dihulurkan kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak mahu digembar gemburkan media. 

Semoga 'pakcik' terus diberi kesihatan berpanjangan olehNya dalam meneruskan misi dan visi memastikan anak bangsa mampu maju di bumi sendiri. Terima kasih pakcik ! ^__^
1 Response
  1. w0w..!! amazing betul..tak sangka, masih ada lagi rupanya orang yang merendah diri sampai menggelarkan diri sebagai 'pak cik'...kasi tabik hormatlah.. :)