Bersama brother kacak Hilal Asyraf
Ustaz Pahrol menerima cenderahati daripada Ketua Pengarah Program
Sesi bersama Hilal Asyraf
Sesi bersama Ustaz Zahiruddin
Poster bukan saya buat
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda yang telah bersungguh-sungguh menegakkan syiar Islam dibumi ini.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghadirkan diri ke program Bengkel Dakwah Melalui Media anjuran PERKIM UKM & ISIUKM pada 17.11.2012 bertempat di FSSK,UKM. Panel-panel yang dijemput nyata amat bertepatan sekali dengan apa yang cuba dibawa sepanjang bengkel tersebut. Panel yang dijemput ialah Ustaz Zahiruddin, Hilal Asyraf dan Ustaz Pahrol. Mungkin sesetengah antara kita tidak mengenali, tapi biasa melihat wajah-wajah mereka seperti di majalah, akhbar mahupun novel. Bengkel dibahagikan kepada 3 sesi, mengikut penceramah yang telah ditetapkan. Di sini saya hanya berkongsi sedikit tip-tip yang sempat saya salin semasa di bengkel tersebut.
Sesi bersama Ustaz Zahiruddin
Ustaz Zahiruddin merupakan editor di sebuah syarikat penerbitan buku. Mula menulis buku setelah mendapat dorongan dari pelbagai pihak serta keazaman diri sendiri. Beliau berkongsi tentang konsep dakwah yang perlu dibawa dalam media. Dakwah semestinya sesuatu bentuk seruan kearah kebaikan dan merupakan tanggungjawab kita semua. Ini kerana dakwah itu adalah untuk kita berkongsi segala pengetahuan, kebaikan dan manfaat kepada orang lain.
Beliau menerangkan serba sedikit tentang konsep media di mana media terdiri daripada beberapa sumber seperti recording, wayang, TV, internet dan mobile. Dalam sesi bersama ustaz, penyampaian lebih berbentuk penegasan tentang apa yang hendak disampaikan dan persoalan yang ditimbulkan kepada kami ialah PENULISAN KEMAHUAN ATAU KEPERLUAN?
Penyampaian ceramah yang menarik kerana turut berkongsi tentang Islam dalam menyampaikan dakwah. Sempat saya menyalin apa yang disampaikan oleh beliau tentang Maqasid Nuzul Al-Quran :
1. Membetulkan akidah.
2. Perakuan kemuliaan manusa.
3. Keabdian kepada Allah.
4. Pembinaan sahsiah.
5. Pembentukan keluarga.
6. Pembersihan jiwa.
7. Dakwah.
8. Toleransi kepada bukan Islam.
(Rujukan: Dr. Ammar Fadzil. (2008). Anatomi Al-Quran.Batu Caves: PTS Islamika Sdn Bhd.
Dalam model penulisan dakwah pula dibahagikan kepada empat bahagian :
1. Mesej
2. Pembaca
3. Gaya
4. Penulis.
Dalam masa yang singkat, tidak semua perkara ustaz dalam berkongsi bersama kami, namun banyak kisah-kisah yang disampaikan kepada kami membuktikan bahawa penulisan amat penting dalam sesuatu tamadun manusia.
Sesi bersama Hilal Asyraf
Sesi kedua bersama dengan saudara Hilal Asyraf seorang anak muda yang mencetus fenomena penulisan di Malaysia dan hampir dikenali oleh semua golongan belia. Penyampaian yang menarik mungkin kerana kami dalam lingkungan umur yang sama.
Saudara Hilal banyak menegaskan kepada kami tentang NIAT kita menulis. Katanya , " Niat kena betul, matlamat kena jelas". Dengan memberi penekanan terhadap niat, maka keikhlasan dalam menyampaikan dakwah secara istiqomah dan bersungguh-sungguh dalam dilihat dan mudah untuk disampaikan berbanding niat hanya untuk duit semata dan merupakan satu pembohongan kepada pembaca sekiranga apa yang ditulis tidak pula dibuat oleh si penulis.
"Kesilapan banyak berlaku di titik pemulaan"
Beliau turut berkongsi tentang tips mendisiplin diri untuk menjadi seorang penulis, tidak kira samada menulis blog, cerpen, novel mahupun puisi indah. Disiplin yang beliau tekankan ialah Jadual, Perancangan, Peribadi dan Prinsip. Banyak konsep dan contoh yang dibawa oleh Hilal sepanjang penyampaiannya kepada kami. Antara ialah tentang penulisan dan peribadi yang sukar bagi penulis. Sebagai contoh, si penulis mengarang sebuah buku yang mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, perjelaskan kepada pembaca hukum hakam dan dosa pahala. Namun, di dunia luar si penulis tidak mengambarkan seperti akhlak yang ditulis olehnya di dalam buku. Maka diperumpamakan seperti memberi sebotol ubat antibiotic kepada pesakit tetapi tiada ubat di dalamnya. Tiada manusia sempurna, tetapi marilah kita bersama-sama saling membaiki diri sendiri.
Beliau turut berkongsi tentang tips mendapatkan idea. Idea terbahagi kepada 2. Yang pertama ialah NATURAL dan yang kedua ialah BERFIKIR. Idea boleh datang secara tiba tanpa dijangka, dan persediaan untuk memastikan idea-idea itu tidak menjadi seperti angin lalu sahaja, maka disarankan untuk membuat NOTA bagi mencatit segala idea yang terkeluar dari kotak minda kita.
Tips untuk mendapatkan viewer/dai'e:
1. Bina blog.
2. Istiqomah dalam menyampaikan.
3. Promosikan.
Tips menjadikan blog anda yang terbaik :
1. Update hari-hari.
2. Pengisian dekat dengan masyrakat.
3. Memberikan manfaat.
4. Menjelaskan dengan yang haq dan yang batil.
5. Beri sumbangan kepada Islam.
Manusia tidak sempurna. Masih ada kelemahan diri, namun sekurang-kurangnya BUATLAH SESUATU untuk agama kita. =)
Sesi bersama Ustaz Pahrol
SubhanAllah. Pertama kali berjumpa dengan Ustaz Pahrol di depan mata selain di majalah-majalah. Percakapannya begitu lembut dan menyenangkan hati yang mendengar. Kata-katanya penuh dengan hikmah dan selalu terukir senyuman dan banyak menyebut ' InsyaAllah'. Hatiku berbisik, jika beginilah akhlak seorang pendakwah penulis, maka tidak hairan beliau menjadi seperti sekarang. Kagum =)
Ustaz Pahrol berkongsi tajuk Penghayatan dalam penulisan. Berkongsi kepada kami tentang adab-adab belajar:
1. Berterusan dalam belajar
2. Rendah diri.
3. Niat untuk amal & sampaikan.
Sepanjang penyampaiannya, banyak kata-kata hikmah yang di kongsi kepada kami untuk membuka minda kami. Antara yang sempat saya salin :
1. Penjajahan pemikiran lebih berbahaya berbanding penjajahan senjata/geografi.
2. Imam Malik : Kita tidak akan dalam menandingi Jahiliyah kedua jika kita tidak dapat menangani Jahiliyah pertama.
3. 5 tahun akan datang kita ditentukan oleh siapa yang kita bergaul dan buku apa yang kita baca.
Banyak perkongsian yang diberikan kepada kami sampai adakalanya tidak sempat kami menulis semuanya kerana terpaku dengan kata-kata seorang murabbi yang indah dengan kata-kata hikmah dan pengajaran bagi kami anak-anak muda sebagai persiapan untuk masa akan datang. Banyak juga peringatan kepada kami sebagai pendakwah khususnya pendakwah media dalam menyampaikan sesuatu kepada umu. Yang penting, kita kena sentiasa perbaiki diri kita dan mengajak orang lain juga membaiki diri kita kearah kebaikan.
"Menulis dalam tulisan mesti sama menulis dalam kehidupan"
Kata-kata yang ringkas namun penuh dengan maksud tersendiri. Adakala manusia hanyut, iman berkurangan dalam kelalaian. Adakala berdakwah tetapi pernah juga terlalai. Tiada siapa yang sempurna jika bernama manusia biasa. Namun, kita semua harus membaiki diri menjadi insan yang terbaik disisi Allah. Menulis dakwah mengajak kebaikan dalam masa yang sama sebagai peringatan diri untuk menjadi lebih baik.
"Sampaikan KEBENARAN bukan KEINDAHAN"
" Dunia akan menunjukkan jalan bagi orang yang mempunyai matlamat"
Penulis menulis dirinya:
1. Tulis apa yang diyakini, dirasai dan dialami.
2. Be mesage
3. Menulis dari hati.
Menurut 1 kajian barat dalam pengaruh komunikasi, kata-kata (7%), intonasi (30%) dan body language (63%). Sebabnya kita tidak boleh berbohong dengan bahasa badan kerana banyak perkara yang berlaku daripada bahasa badan secara spontan.
" Penulis umpama doktor bukan peniaga"
Hati :
" Tulisan yang lahir dari Hati akan turun ke hati"
" Kesukaran mendidik diri kita untuk berubah boleh menimbulkan kesabaran pada diri kita"
Akal :
" Tulisan yang baik dari akal yang baik"
" Jangan menunggu kesempurnaan"
Bentuk fikiran :
1. Sistematik
2. Gagasan Besar
3. Optimis & posotif.
4. Memberi penjelasan.
5. Bersih dan tajam
Perasaan:
" Kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi"
" Orang yang ikhlas tidak perlu inga apa yang dicakap, tetapi orang yang berbohong perlu ingat apa yang dicakap"
Beza orang :
"Orang pandai mencari maklumat, orang bijak mencari ilmu, orang bijaksana mencari hikmah"
"Orang pandai membaca surat khabar, orang bijak membaca buku, orang bijaksana membuat buku"
Proses penghasilan karya :
1. Niat yang baik.
2. Perkara@subjek
3. Pelaksanaan baik.
4. Dibuat dengan terbaik.
5. Tidak tinggal ibadah asas.
6. Natijah yang baik.
Alhamdulillah program yang sangat-sangat bermanfaat kepada kami. Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada penganjur PERKIM UKM - ISI UKM yang telah memberikan medium kepada anak muda dalam mencetuskan fenomena penulisan dakwah. Dan yang pasti, mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
Syukran dan salam ukhwan ^__^
P/S - sekadar sedikit perkongsian yang sempa saya salin. Jika sabahat2 yang hadir bersama boleh berkongsi, lagi bagus. boleh komen di posting ini ^__^