puterakuda













Alhamdulillah bersyukur dapat mengikuti Latihan menembak bersama ILM Jugra Perkasa yang dikendalikan Tn.Hj.Adnan. Pengalaman yang cukup indah dan sukar dibayangkan kerana apa yang dilalui amatlah realiti dan mencabar bagi kita rakyat biasa. Diberi pendedahan menarik tentang senjata api khususnya Glock 9mm merupakan peluang keemasan yang sukar di dapati di mana-mana tempat.

Setibanya kami di sana seawal jam 9.00 pagi kami disambu mesra oleh seorang pakcik yang ala-ala pekebun kecil. Rupanya dia ialah seorang polis. Tidak kami sangka.hu3.

Kursus kami dimulakan dengan penyediaan tempat menembak dengan keperluan di keluarkan dan disusun mengiut keadaan di lapang sasar. Kemudian kami diteruskan dengan taklimat serba ringkas oleh Tn.Haji Adnan Jurulatih kami. Pelbagai perkara kami di dedahkan supaya kami jelas tentang apa yang dilaksanakan dan ilmu yang dituntut.

Setelah itu, sesi yang dinantikan pun telah tiba. Menembak menggunakan peluru hidup tiada istilah " i'm sorry " jika terkena orang. Jadinya kami perlu berhati-hati mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan. Bermula dengan tembakan penyelarasan untuk kami rasa dahulu perasaan menembak. Seterusnya kami berpeluang menembak sasaran sebagai medium untuk menyukat ketepatan tembakan kami.

Modul lain ialah menembak 'toyol' besi pada jarak lebih kurang 10 meter. dan menembak plate besi jarang 10-15 meter. Modul juga diselang seli dengan pertandingan sesama kami bagi memastikan apa yang kami pelajari berasa sangat seronok dan bermanfaat. Kami juga berpeluang menembak secara diri dan duduk bagi memberikan kami variasi menembak. InsyaAllah pada masa akan datang lebih byk lagi yang akan dipelajari.

Terima kasih kepada ILM Jugra Perkasa yang memberi peluang pada kami dan kepada sahabat2 yang terlibat Farid, Muqsit, Hussaini, Amir, Aswandi. Yang tidak hadir, jangan risau, saya tetap akan membuka peluang untuk anda nanti ^__^


p/s - serius mencabar.
3 Responses
  1. Ani Dali Says:

    best nye dpt peluang blja menembak.


  2. dameya Says:

    Berapa ye kalau nk menembak kat sini. Mcm minat la nk menembak. Ni kat banting tu ke ?


  3. Ahmad Ishak Says:

    cmna nak daftar belajar menembak?