puterakuda




Alhamdulillah diberi peluang melawat tapak binaan masjid di Ayer Hitam, Johor. Pertama kali melihat masjid ini dengan lebih dekat. Projek pembesaran dan pembinaan Masjid dijalankan untuk menampung jemaah masjid yang ramai.

Masalah yang dihadapi oleh kontraktor ialah kekurangan tenaga kerja dan meyebabkan projek ni tertangguh untuk beberapa seketika. Pihak JKR terpaksa mengeluarkan notis amaran untuk memastikan mereka menyiapkan projek tersebut dalam masa yang ditetapkan setelah diberi masa tambahan.