Alhamdulillah Bulan Syawal hampir ke penghujungnya. Ikatan yang terputus terjalin kembali antara sanak-saudara. Ukhwah yang dibina antara sahabat juga semakin akrab. Merindui Syawal kembali, adakah Syawal akan datang bersua lagi.
Mesti bulan Syawal yang dilalui banyak pengalaman menarik dan bermakna bagi kita bukan?
Buat pertama kali, empunya blog ini ingin membuat CONTEST pasal Hari Raya. Saja suka-suka untuk rapatkan ukhwah antara kita sambil-sambil memberi apa yang termampu. Buat masa ini terbuka untuk pelajar UNITEN kampus bangi sahaja. InsyaAllah jika ada rezeki lebih, akan dibuka untuk umum pula. ^_^
Mudah sahaja caranya :
Anda harus membuat esei : HARI RAYA PADA KALI INI BERMAKNA BAGI SAYA KERANA ......................................................... ( mesti melebihi 50 patah perkataan dan tidak melebihi 100 patah perkataan )
Sertakan nama penuh dan emel anda.
Hadiah menarik menanti anda bagi PESERTA 22 TERAWAL yang menghantar komen di post ini.
Peserta 1-14 - hadiah berupa baucer percuma 2 ketul ayam KFC
Peserta 15- 20 - hadiah berupa baucer RM5 bagi pembelian Colonel Burger + Minuman KFC
Peserta 21-22 - cenderahati baucer RM3 bagi pembelian Cheezy Wedges KFC
Jangan lupa follow juga blog ini ye.. ^_^. Pemenang-pemenang 22 terawal akan saya hubungi melalui emel.
Mohammad Mahlil , isteri dan anak-anak serta keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat anda semua. Halalkan makan dan minum kami dan semoga ukhwah terbina kekal selamanya. InsyaAllah. ^_^
Tarikh tutup 10 Oktober 2011. tq
wah..contest raye..:)
isteri tu yg taley belah tu, jap na wat esei.. ahahaha
HARI RAYA PADA KALI INI BERMAKNA BAGI SAYA KERANA ianya disambut meriah di seluruh pelosok MALAYSIA. Bukan sahaja meraikan HARI RAYA AIDILFITRI,malah sambutan kali ini lebih bertemakan MERDEKA RAYA kerana hari raya AIDILFITRI tiba sehari sebelum hari kemerdekaan MALAYSIA yang ke-54. Untungnya meraikan Aidilfitri di MALAYSIA adalah kerana MALAYSIA adalah sebuah negara berdemokrasi yang aman dan tenteram. Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum,tidak menjadi masalah untuk kita sama-sama meraikan Aidilfitri tanpa mengira warna kulit. Amalan rumah terbuka menjadi satu kemestian setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Memenuhi jemputan rumah terbuka dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama saudara mara dan sahabat handai daripada pelbagai kaum. Keranamu MALAYSIA,kita dapat meraikan Aidilfitri dengan meriah walaupun sederhana.
JAFFREEN BIN JAAFAR
jeff_kyo90@yahoo.com
HARI RAYA PADA KALI INI BERMAKNA SAYA KERANA ia disambut bersama dengan hari Kemerdekaan negatra yang ke-54. Tambahan pula seluruh negara menyambut kedua-dua hari yang penuh bermakna ini bersama-sama dengan meriahnya. Selain itu, raya kali ni meninggalkan memori yang cukup indah bagi keluarga kerana dapat berkumpul bersama-sama dan menyambut hari lahir ayahanda (29 Ogos) bersama-sama sambutan hari raya dan kemerdekaan negara. Raya kali ni menjadi lebih bermakna kerana saya dapat menyambut tiga hari yang sangat bermakna.
FARAH FADIEYLA
fadila_farah93@yahoo.com
HARI RAYA PADA KALI INI BERMAKNA BAGI SAYA apabila dapat berkumpul dan bermesra bersama ahli keluarga yang semakin bertambah bilangannya. Sambutan Aidilfitri pada tahun ini menjadi lebih istimewa apabila ia disambut bersama dengan ulangtahun kelahiran saya tanggal 1 September dan Hari Merdeka pada 31 Ogos. Jika orang lain hanya merayakan kembar raya. Saya pula merayakan 3 perayaan sekaligus..meriah bukan? Umat Islam di Malaysia perlu memanjatkan rasa bersyukur keatas Ilahi kerana masih lagi boleh merayakan aidilfitri dalam suasana harmoni dan meriah jauh sekali bezanya dengan bumi Palestin. Semoga Aidilfitri kali ini banyak membawa manfaat dan merapatkan lagi ukhwah sesama kita.
-menyahut cabaran ^^
-ummu abiha muhamad
miszcarlinz@yahoo.com
na join jugak :))
HARI RAYA PADA KALI INI BERMAKNA BAGI SAYA KERANA kami telah berjaya membuat kejutan buat abah.
Hasrat untuk mengecat rumah memang telah lama di suarakan oleh abah tapi memikirkan tiada siapa yang ingin membuatnya, (sebab semua adik-beradik tinggal di asrama)jadi hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan. Jadi semperna hari raya tempoh hari, kami adik-beradik termasuk ummi telah membuat kejutan untuk abah.hahaha mcm dlm tv pulak :)
baru kami tahu bukan senang sebenarnya untuk mengecat keseluruhan rumah teres 2tingkat.penat memang penat tapi gembira mengatasi segalanya. Alhamdulillah syawal telah berakhir dan ukhwah kekeluargaan semakin erat ^^.
nurul afiqah abd. halim
nurulafiqahabd.halim@yahoo.com.my