puterakuda




Pada 14 Julai 2011, jam 5 petang Majlis Pewakilan Pelajar UNITEN telah mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Naib Canselor UNITEN, PHEP & PPH UNITEN berhubung dengan pelbagai isu-isu yang berkaitan dan berlaku di UNITEN kampus Putrajaya dan kampus Muadzam. Antara isu utama yang dibincangkan untuk mencari penyelesaian :

PREPAID METER/ TARIF ELEKTRIK

Isu yang hangat diperkatakan tentang permasalahan yang berlaku apabila penghuni di kelompok penginapan dikenakan caj kadar tariff komersial sebanyak 0.34 sen/KW. Dengan penarikan subsidi pada tahun lepas sebanyak 10% sudah membebankan para pelajar dan ditambah pula dengan pemasangan prepaid meter umpama sudah jatuh di timpa tangga pula. Dalam perbincangan tersebut, pihak MPP memohon agar penurunan kadar tariff terhadap kawasan penginapan pelajar supaya ianya tidak membebankan para pelajar. Cadangan lain adalah supaya diturunkan kadar sewaan penginapan kelompok agarnya ianya adil apabila pembayaran bil elektrik telah di asingkan.

Maklum balas yang disampaikan oleh pihak pengurusan ialah, kadar yang pelajar bayar masih tidak mampu menampung kos yang ditanggung oleh UNITEN. Pihak UNITEN juga telah mengadakan mesyuarat bersama pihak TNB dalam menyelesaikan isu tariff yang dikenakan terhadap UNITEN. Apa yang dimaklumkan, buat masa sekarang pihak TNB menberi perhatian terhadap masjid untuk ditukar tariff kepada kadar rumah ibadah yang tariff bagi penginapan di UNITEN masih dalam pertimbangan.

PEMANTAUAN TENDER/PROJEK YANG DILAKSANAKAN

Melihat kepada kemudahan-kemudahan yang ada di UNITEN, kebanyakkan masih dalam berkeadaan baik. Namun begitu, pihak MPP menegaskan supaya segala projek/tender dipantau. Apa yang membimbangkan ialah dengan kos yang tinggi, namun kualiti yang dizahirkan tidak mengambarkan kualiti yang sepatutnya. Seperti yang berlaku di Muadzam tentang projek sukan yang dilaksanakan, namun kualitinya amat menyedihkan dan begitu juga kemudahan-kemudahan yang dibina di kampus bangi seperti gelanggan futsal yang tergendala terlalu lama. Dan PPH mengakui tentang masalah yang dihadapi oleh tender yang melaksanakan projek berkenaan.

ISU KENAIKAN YURAN PENGAJIAN & YURAN PELBAGAI

Banyak khabar angin yang mengatakan bahawa yuran pengajian dan yuran pelbagai akan dinaikkan bermula semester hadapan. Dan isu ini hangat juga dibincangkan dan MPP menanyakan tentang rasionalnya kenaikan harga terbabit memandangkan kenaikan harga yang adakalanya tidak rasional dengan perkhidmatan yang diberikan. Dan pihak UNITEN akan mengkaji balik tentang kenaikan tersebut. MPP UNITEN berharap agar tiada kenaikan yuran dikenakan kepada pelajar memandangkan terlalu banyak yuran yang telah dikenakan seperti penginapan, elektrik dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

PARKING KENDERAAN COE

Isu lama yang masih tidak berjalan sepenuhnya apabila terhenti seketika. Pihak MPP menegaskan agar pihak pengurusan memastikan wujudnya peruntukkan untuk diteruskan projek berkenaan bagi menjaga kebajikan pelajar. Dalam keadaan sekarang yang tidak rata dan bertanah merah adalah tidak bersesuaian dijadikan tempat letak kereta tanpa penambahbaikan. Pihak pengurusan akan memantau kembali dan melakukan penambahbaikan untuk memastikan ianya sesuai dijadikan tempat parkir kereta.

HARGA MAKANAN/MINUMAN DI CAFÉ

Banyak aduan diterima tentang harga yang dikenakan khususya di COIT Foodcourt. Dan memang tidak dinafikan kadar yang dikenakan agar mahal makanan serta minuman. Pihak pengurusan UNITEN akan membuat mesyuarat bersama pengusaha-pengusaha makanan di UNITEN untuk membincangkan isu terbabit dan pihak MPP berharap agar keputusan positif mampu dijelmakan untuk kebajikan pelajar bukan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pihak MPP juga memohon agar dilibatkan sama MPP dalam mesyuarat terbabit untuk kebaikan pelajar.

PENGLIBATAN MPP SECARA LANGSUNG DALAM SEBARANG KEPUTUSAN

Pihak MPP UNITEN menegaskan bahawa apa jua keputusan yang melibatkan pelajar haruslah diwajibkan untuk dipanggil MPP bersama dalam membuat keputusan. Kebanyakan perkara yang berlaku keputusan yang dibuat oleh pengurusan, tidak dibincangkan bersama oleh pihak MPP. Dan setelah diluluskan perkara tersebut barulah dipersalahkan pihak MPP dengan apa yang berlaku. Perkara ini penting dalam memastikan segala keputusan yang dilaksanakan tidak menindas mahasiswa UNITEN.

Yang menjalankan suara mahasiswa,

Mohammad Mahlil Bin Md Saleh,

Timbalan Presiden 2,

Majlis Perwakilan Pelajar,

Universiti Tenaga Nasional.

1 Response
  1. aleya Says:

    suarakan. demi membela hak siswa siswi

    RINDU UNITEN..urrghhh