puterakuda
Kini Ku Kernamu





Hari Guru menjelma lagi,
Saat dan ketikanya mereka silih berganti,
Tanpa sedar ada yang tidak kembali lagi,
Moga Allah merahmati.


Sepanjang hayat menabur bakti,
Tiada jemu tiada sangsi,
Mendidik jiwa putera dan puteri,
Moga menjadi pewaris nabi.


Ilmu dicurah tidak terkira,
Mengambar kasih umpama ibu dan bapa,
Tidak meminta tidak berkira,
Itulah jiwa pendidik bangsa.


Tiba saat tiba ketika,
Yang dahulu kecik sudah dewasa,
Bukan untuk berlagak berjaya,
Tetapi untuk membalas jasa.



Terima kasih GURU


Ikhlas dari : Anak didik mu bernama MOHAMMAD MAHLIL BIN MD SALEH




Ucapan SELAMAT HARI GURU kepada :


1. Mak dan Ayah yang menjadi guru selamanya pada diriku.

2. Guru-guru tadika al-amin simpang lima, Batu Pahat.

3. Guru-guru yang mendidik di SK Peserai.

4. Guru-guru yang mendidik di SM Sains Kota Tinggi

5. Pensyarah-pensyarah yang mendidik di UNITEN

6. Abang & Kakak ku yang bekerja sebagai guru (termasuk ipar 7 orang)

7. Sahabat-sahabat yang sudah menjadi guru.

8. Khas untuk sahabat-sahabat bakal menjadi

9.Sahabat-sahabat yang sentiasa mendidik diriku.

10. Sahabat-sahabat baru di IPG KKB..^_^

11. Guru-guru di Malaysia

12. Guru-guru di dunia

13. Semua rakyat Malaysia


KERANA



KITA DILAHIRKAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK DI DIDIK TETAPI UNTUK MENDIDIK JUGA.^_^



Lagu khas untuk semua :


KINI KU KERNAMU


Bertanya tentang segala hal yang aku buta
Kau bukakan cakrawala
Curahkan tulus ilmu membimbing langkahku
Menggapai tinggi bintangku

Tiada pernah berhenti
Dengan sabar cuba buatku mengerti
Tiada harga yang mampu
Membalas jasamu terima kasihku

Kau abdikan dirimu tuk semua
Menerangi gelapnya dunia
Ikhlas hatimu bicara
Kau lakukan demi cinta
Yang kan membawamu ke syurga
Oh guruku, di hatiku, doaku untukmu selalu

Bersinarnya matamu saat berjayaku
Fahami segala maksudmu
Semangati ku berdiri bila sedih hati
Hingga ku tersenyum lagi


Firdaus (Kini Ku Kernamu)


DOWNLOAD UNTUK MENDENGAR : LINK