puterakuda




















Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang menjadikan segala apa yang ada dibumi, dilangit dan diantaranya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan nikmat untuk terus berbakti di muka bumi ini.


Alhamdulillah buat kali ini saya dapat meluangkan masa bersama Kelab Wawasan mengikuti program Kursus Rekreasi Kenegaraan 7 (KRK7). Program yang menumpukan flora dan fauna yang ada di negara Malaysia untuk sama-sama melihat keindahan sumber alam di Malaysia. KRK 7 ini diadakan di Taman Negara,Jerantut Pahang pada 8-10 April 2011.


Harungi jeram

Pengalaman menarik menaiki bot. Dengan keadaan melawan arus yang kuat di jeram menjadikan perjalanan bertambah menarik. Kami juga diberi 'layanan istimewa' oleh pemandu bot kerana mereka mempunyai 'tradisi' tersendiri apabila mereka akan memastikan penumpang basah kuyup. Setiap bot akan memastikan semua penumpang basah dengan hujanan air sungai. Bot-bot akan bersaing antara satu sama lain dan ketika hampir antara satu sama lain, air sungai akan di alirkan mengunakan tangan atau sebagainya menghala ke arah penumpang bot lain. Sangat menarik.^_^


Lawat Perkampungan Orang Asli

Pengalaman yang mengujakan. Pertama kali menjejaki ke perkampungan orang asli di Malaysia. Di sana, kami berpeluang melawat kaum Bateq. Golongan orang asli yang masih mundur di Malaysia. Kaum Bateq masih tinggal di hutan dan berpindah randah. Kaum Bateq ini berasal daripada Afrika beribu tahun dahulu datang ke Tanah Melayu dan mereka inilah yang menjumpai kawasan yang dijadikan Taman Negara sekarang.


Menarik tentang kaum Bateq ini dari segi ekonomi, mereka memburu binatang di hutan untuk dijadikan makanan seharian mereka. Dengan menggunakan kemahiran menyumpit, kaum Bateq mampu memastikan mereka mudah berburu. Keunikkan mencipta sumpit dengan menggunakan bahan semulajadi melihatkan kemahiran mereka dalam mencipta sesuatu. Sektor perlancongan juga memberi bantuan sampingan dari segi kewangan kepada mereka.


Dari sosial, dalam perkahwinan kaum ini, sesuatu yang baru dapat kami pelajari. Jika seseorang ingin berkahwin, lelaki terbabit mestilah sudah pandai menyumpit dan telah membunuh binatang dalam buruannya. Binantang yang dibunuh itu dibawa berjumpe dengan Tok Batin untuk mengesahkannya dan Tok Batin akan menanda garisan di sumpit sebagai bukti. Jika seorang lelaki berkenan mengahwini seorang perempuan, mereka akan berjumpe dengan Tok Batin menyatakan hasrat dan Tok Batin akan meminta mereka pergi lebih kurang 200-300 meter daripada kampung untuk diadakan 'ujian'(persetubuhan) antara mereka. Jika pasangan itu keduannya setuju, maka Tok Batin akan mengahwinkan mereka.Jika tidak, si lelaki terpaksa mencari wanita lain menggunakan cara yang sama.


Pemilihan Tok Batin juga melihat aspek-aspek yang terperinci dalam memilih ketua. Tok Batin haruslah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam selok belok hutan dan mahir dalam perubatan tradisional. Tok Batin juga mestilah mempunyai isteri yang mahir menyambut kelahiran bayi (mak bidan) bagi menjaga kestabilan dan keamanan kampung. Jika berlaku masalah penyakit ataupun kecederaan, Tok Batin akan bertindak sebagai doktor untuk merawat sakit berkenaan.


Dari aspek pendidikan, anak-anak kaum Bateq ini pernah dihantar ke sekolah, namun mereka 'lari' dari sekolah kerana menganggap sekolah seperti penjara yang tertutup dikelilingi batu dan pagar. Mereka lebih gemar duduk di hutan dan bebas kemana-mana sahaja. Anak perempuan kaum Bateq ini juga amat malu untuk berjumpa dengan khalayak ramai.


Kaum Bateq akan berpindah jika sumber makanan di sesuatu kawasan telah pun habis. Mereka akan mencari penempatan baru untuk meneruskan hidup mereka. Mereka juga masih menggunakan cara tradisional untuk menghidupkan api. Mereka masih menggunakan kayu dan daun untuk menyalakan api dengan mengesel 'tali' di sebatang batang kayu sehingga berasap dan serbuk yang terbakar itu akan diletakkan di atas daun kering sehinggalah daun tersebut terbakar.


Dari aspek kematian, setiap orang yang mati dibawah umur 10 tahun, mayat mereka akan ditanam. 10 tahun keatas pula, mayat mereka akan di letakkan di atas pokok jauh dari perkampungan. Hanya ahli keluarga sahaja yang mengetahui di mana mayat tersebut diletakkan.


Night Walk

Perjalanan yang menarik melihat keindahan alam di waktu malam. Pelbagai binatang dan serangga dapat dilihat pada waktu malam. Melihat ciptaanNya yang sangat hebat dan unik. Antara yang menarik ialah pelbagai jenis tumbuhan dan serangga. Kami dapat meyaksikan kala jenking yang bercahaya di waktu malam 'blow in the dark' , labah-labah pelbagai jenis, semut daging yang besar dan pelbagai lagi. Lebih menarik kami dapat melihat 2 ekor tapir di depan mata kami sedang mencari makanan. Pengalaman yang menarik.^_^


Jungle Trekking

Berjalan tanpa henti. Mencari ketenangan diri. Jungle Trekking pula kami dapat melihat ciptaanNya pada sinaran mentari. SubhanAllah. Pokok yang beratus tahun dan berpuluh tahun dapat kami lihat. Kehidupan parasit dan sebagainya dapat kami kenali. Perjalanan yang penuh dengan perkongsian dari tour guide menjadikan kami khusyuk mendengar dan bertanya pelbagai soalan tentang flora dan fauna. Kami juga berpeluang melalui canopy walk yang tinggi menjadikan perjalanan kami lebih mencabar. Sesudahnya Canopy Walk. perjalanan tidak berhenti disitu apabila kami masih dalam cabaran menuju ke puncak gunung melihat sendiri keadaan di situ dari atas. Menarik semuanya!


Malam kebudayaan

Setiap kumpulan diberi task untuk membuat persembahan bertemakan pembangunan , sosial,ekonomi dan kebudayaan. Dalam masa yang suntuk, setiap kumpulan bertungkus lumus menyelesaikan tugasan tersebut berdasarkan lawatan di kampung orang asli. Seronok pada malam tersebut kerana sudah seperti Maharaja Lawak .^_^. Pelbagai kerenah dapat dilihat menyebabkan ukhwah kami lebih erat.^_^


Mandi

Kami juga berkesempatan mandi di sungai. Alhamdulillah sambil-sambil mandi dapat mengisi masa lapang bersama sahabat.^_^. Bukan sekadar aktiviti mandi sahaja, ahli-ahli wawasan yang sporting ini telah mengadakan permainan 'polar bear' didalam air. Dengan keadaan agak sejuk, namun gelak tawa semua menceriakan keadaan. Sampai sakit perut ketawa.^_^


Pengalaman yang menarik. Menulis ataupun membaca tidak sama dengan kita merasai dan melaluinya. Tahniah dan syabas kepada Kelab Wawasan UNITEN yang telah berjaya menganjurkan program ini. Semoga program-program ini mampu menjana mahasiswa/i yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.


Terima kasih..^_^

0 Responses