puterakuda




Salam alaik.
Alhamdulillah masih diberi kekuatan olehNya hadapi dunia yang penuh cabaran dan dugaan. Adakala langkah tersungkur, namun di gagahi hadapi semuanya. Berjalan tanpa henti mencari redha Illahi. InsyaAllah.

Hari pertama bercuti di rumah diberi peluang untuk bantu ayah berkebun. Hari ini berkebun buah jambu. Macam menarik kan? Tapi hanya sebagai hobi keluarga sahaja tanaman ini diusahakan.

Yang menariknya, jambu-jambu yang ditanam ini lebih besar dari biasa. Rasanya sedap juga..^_^

Sebenarnya kebun ini agak semak disebabkan masing-masing ada komitmen sendiri. So, masa yang sempat inilah nak menolong ayah di kebun.

Macamne boleh ada kebun kat sini?
Sebenarnya dulu family mahlil duduk kat sini. Disini la sampai adik beradik yang ke7 membesar disini. Sekarang dah ada 12 adik beradik. Tapi ada 1 tragedi berlaku pada family, dimana rumah yang didiami ni terbakar habis. So, dari terbengkalai terbiar je, baik diusahakan tanaman ape2 kan.. Identiti yang bakar rumah dirahsiakan..he3..

Semoga diriku dapat menempuh semua dugaan sebaiknya.InsyaAllah.^_^
puterakuda
Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.


Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.


Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.


"Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.


"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.


Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.


Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.


"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"

"Segar." sahut tamunya. "Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi. "Tidak," jawab si anak muda.


Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.


"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.


"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.


Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."


Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.




p/s- No Problem No Fun..^_^..Hadapi dengan penuh kesabaran..^_^
puterakuda
Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.


Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.


"Hmmm...seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku." fikir si Persahabatan. Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.


Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.


Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita...Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.



Moral:


Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, "Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.


Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.


Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan...Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.


Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.


Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan ...cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.


Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan...


p/s-Indah persahabatan ^_^
puterakuda




















Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang menjadikan segala apa yang ada dibumi, dilangit dan diantaranya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan nikmat untuk terus berbakti di muka bumi ini.


Alhamdulillah buat kali ini saya dapat meluangkan masa bersama Kelab Wawasan mengikuti program Kursus Rekreasi Kenegaraan 7 (KRK7). Program yang menumpukan flora dan fauna yang ada di negara Malaysia untuk sama-sama melihat keindahan sumber alam di Malaysia. KRK 7 ini diadakan di Taman Negara,Jerantut Pahang pada 8-10 April 2011.


Harungi jeram

Pengalaman menarik menaiki bot. Dengan keadaan melawan arus yang kuat di jeram menjadikan perjalanan bertambah menarik. Kami juga diberi 'layanan istimewa' oleh pemandu bot kerana mereka mempunyai 'tradisi' tersendiri apabila mereka akan memastikan penumpang basah kuyup. Setiap bot akan memastikan semua penumpang basah dengan hujanan air sungai. Bot-bot akan bersaing antara satu sama lain dan ketika hampir antara satu sama lain, air sungai akan di alirkan mengunakan tangan atau sebagainya menghala ke arah penumpang bot lain. Sangat menarik.^_^


Lawat Perkampungan Orang Asli

Pengalaman yang mengujakan. Pertama kali menjejaki ke perkampungan orang asli di Malaysia. Di sana, kami berpeluang melawat kaum Bateq. Golongan orang asli yang masih mundur di Malaysia. Kaum Bateq masih tinggal di hutan dan berpindah randah. Kaum Bateq ini berasal daripada Afrika beribu tahun dahulu datang ke Tanah Melayu dan mereka inilah yang menjumpai kawasan yang dijadikan Taman Negara sekarang.


Menarik tentang kaum Bateq ini dari segi ekonomi, mereka memburu binatang di hutan untuk dijadikan makanan seharian mereka. Dengan menggunakan kemahiran menyumpit, kaum Bateq mampu memastikan mereka mudah berburu. Keunikkan mencipta sumpit dengan menggunakan bahan semulajadi melihatkan kemahiran mereka dalam mencipta sesuatu. Sektor perlancongan juga memberi bantuan sampingan dari segi kewangan kepada mereka.


Dari sosial, dalam perkahwinan kaum ini, sesuatu yang baru dapat kami pelajari. Jika seseorang ingin berkahwin, lelaki terbabit mestilah sudah pandai menyumpit dan telah membunuh binatang dalam buruannya. Binantang yang dibunuh itu dibawa berjumpe dengan Tok Batin untuk mengesahkannya dan Tok Batin akan menanda garisan di sumpit sebagai bukti. Jika seorang lelaki berkenan mengahwini seorang perempuan, mereka akan berjumpe dengan Tok Batin menyatakan hasrat dan Tok Batin akan meminta mereka pergi lebih kurang 200-300 meter daripada kampung untuk diadakan 'ujian'(persetubuhan) antara mereka. Jika pasangan itu keduannya setuju, maka Tok Batin akan mengahwinkan mereka.Jika tidak, si lelaki terpaksa mencari wanita lain menggunakan cara yang sama.


Pemilihan Tok Batin juga melihat aspek-aspek yang terperinci dalam memilih ketua. Tok Batin haruslah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam selok belok hutan dan mahir dalam perubatan tradisional. Tok Batin juga mestilah mempunyai isteri yang mahir menyambut kelahiran bayi (mak bidan) bagi menjaga kestabilan dan keamanan kampung. Jika berlaku masalah penyakit ataupun kecederaan, Tok Batin akan bertindak sebagai doktor untuk merawat sakit berkenaan.


Dari aspek pendidikan, anak-anak kaum Bateq ini pernah dihantar ke sekolah, namun mereka 'lari' dari sekolah kerana menganggap sekolah seperti penjara yang tertutup dikelilingi batu dan pagar. Mereka lebih gemar duduk di hutan dan bebas kemana-mana sahaja. Anak perempuan kaum Bateq ini juga amat malu untuk berjumpa dengan khalayak ramai.


Kaum Bateq akan berpindah jika sumber makanan di sesuatu kawasan telah pun habis. Mereka akan mencari penempatan baru untuk meneruskan hidup mereka. Mereka juga masih menggunakan cara tradisional untuk menghidupkan api. Mereka masih menggunakan kayu dan daun untuk menyalakan api dengan mengesel 'tali' di sebatang batang kayu sehingga berasap dan serbuk yang terbakar itu akan diletakkan di atas daun kering sehinggalah daun tersebut terbakar.


Dari aspek kematian, setiap orang yang mati dibawah umur 10 tahun, mayat mereka akan ditanam. 10 tahun keatas pula, mayat mereka akan di letakkan di atas pokok jauh dari perkampungan. Hanya ahli keluarga sahaja yang mengetahui di mana mayat tersebut diletakkan.


Night Walk

Perjalanan yang menarik melihat keindahan alam di waktu malam. Pelbagai binatang dan serangga dapat dilihat pada waktu malam. Melihat ciptaanNya yang sangat hebat dan unik. Antara yang menarik ialah pelbagai jenis tumbuhan dan serangga. Kami dapat meyaksikan kala jenking yang bercahaya di waktu malam 'blow in the dark' , labah-labah pelbagai jenis, semut daging yang besar dan pelbagai lagi. Lebih menarik kami dapat melihat 2 ekor tapir di depan mata kami sedang mencari makanan. Pengalaman yang menarik.^_^


Jungle Trekking

Berjalan tanpa henti. Mencari ketenangan diri. Jungle Trekking pula kami dapat melihat ciptaanNya pada sinaran mentari. SubhanAllah. Pokok yang beratus tahun dan berpuluh tahun dapat kami lihat. Kehidupan parasit dan sebagainya dapat kami kenali. Perjalanan yang penuh dengan perkongsian dari tour guide menjadikan kami khusyuk mendengar dan bertanya pelbagai soalan tentang flora dan fauna. Kami juga berpeluang melalui canopy walk yang tinggi menjadikan perjalanan kami lebih mencabar. Sesudahnya Canopy Walk. perjalanan tidak berhenti disitu apabila kami masih dalam cabaran menuju ke puncak gunung melihat sendiri keadaan di situ dari atas. Menarik semuanya!


Malam kebudayaan

Setiap kumpulan diberi task untuk membuat persembahan bertemakan pembangunan , sosial,ekonomi dan kebudayaan. Dalam masa yang suntuk, setiap kumpulan bertungkus lumus menyelesaikan tugasan tersebut berdasarkan lawatan di kampung orang asli. Seronok pada malam tersebut kerana sudah seperti Maharaja Lawak .^_^. Pelbagai kerenah dapat dilihat menyebabkan ukhwah kami lebih erat.^_^


Mandi

Kami juga berkesempatan mandi di sungai. Alhamdulillah sambil-sambil mandi dapat mengisi masa lapang bersama sahabat.^_^. Bukan sekadar aktiviti mandi sahaja, ahli-ahli wawasan yang sporting ini telah mengadakan permainan 'polar bear' didalam air. Dengan keadaan agak sejuk, namun gelak tawa semua menceriakan keadaan. Sampai sakit perut ketawa.^_^


Pengalaman yang menarik. Menulis ataupun membaca tidak sama dengan kita merasai dan melaluinya. Tahniah dan syabas kepada Kelab Wawasan UNITEN yang telah berjaya menganjurkan program ini. Semoga program-program ini mampu menjana mahasiswa/i yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.


Terima kasih..^_^

puterakuda















Assalammualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah segala nikmat yang dikurniakan pada diri ini. Masih diberi peluang berukhwah bersama-sama para sahabat di Program Lawatan Muhibah & Pengamatan Budaya di Perak anjuran Kelompok Amanah UNITEN.


Perjalanan bermula jam 7:45 pagi pada 4 April 2011. Seramai lebih kurang 20 orang mahasiswa UNITEN telah megikuti program ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Buat pertama kalinya pergi ke Pulau Pangkor dalam usia yang dewasa. Rasanya dulu pernah jejak , tapi dah lupa da..hu3.


Di sana, kami menginap di Pangkor Inn Chalet. Aktiviti di sana ialah snorkling, pusing-pusing laut,jalan-jalan,makan-makan dan shopping.


Keesokkannya pula, kami membuat lawatan muhibbah ke UITM Seri Iskandar. Lawatan balas ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara universiti memandangkan pihak UITM SI pernah melawat ke UNITEN pada tahun lepas.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tahniah kepada PPKA atas usaha menganjurkan program ini. Semoga kalian terus berjaya dalam penganjuran program.^_^

puterakuda
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.


Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"


Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.


"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.


"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.


Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."


Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.