puterakuda
Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: “ para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?”

Tiba terdengar suatu suara: “ Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana.”

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

“Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia,” kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

“ Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini,” terdengar sekali lagi suara tadi.

“Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?” tanya bayi itu separuh merintih.

“Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara,” Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: “aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?”

“Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,” balas suara itu.

“Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah,” rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: “jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
“Kamu akan memanggil bidadari itu…IBU!”
p/s-rindu family da..^_^
1 Response
  1. THALHAH Says:

    eyt mahlil lama tak dengar khabar kau.aku suka entry yg ni. pada aku 'menangkap'.

    pasal aku pena denga satu anologi yg hampir serupa yg menjawab persoalan sesetengah umat islam yg suka memepersoalkan kenapa perlu beramal itu ini sedangkan tak nampak pun apa2 keuntungan.

    macam baby dlm perut mak, dia akan bertanya: kenapa aku perlukan tangan? Aku sudah ada saluran rezeki sendiri daripada ibuku. Kenapa aku perlukan kaki? Aku tidak perlu bergerak ke mana2. Kenapa perlukan mata sedngkan gelap gelita?

    Tapi bila keluar ke 'alam seterusnya' maka tau la dia apa guna tangan kaki dan matanya.fikir2kanla