puterakuda
Langkah pertama dahulunya dikenang,
berfikir adakah perlu diteruskan,
membuka mata menebus jiwa,
akhirnya tiada sebab perlu dihentikan.

Kata yang dahulunya dijaja,
menaruh harapan tinggi dirasa,
adakah layak melaksanakan,
segala impian setiap insan?

Ada kala yang diperjuangkan tidak seperti apa yang dicerminkan,
segan silu menyelubung rasa,
tidak melakukan apa yang dikata,
bagaimanakah kesudahannya?

Pabila jawatan dijaja sana sini,
Banyak mata meluat tidak terperi,
Ada juga yang sanggup memberi,
Setiap langkah yang dibuat diri sendiri.

Musuh adakalanya bukan yang lain,
tapi ada juga dikalangan,
cuma diri sedar atau tidak,
Setiap langkah perlu diberi perhatian.

Indah bertutur tidak semestinya indah bekerja,
Entah mengapa banyak yang perlu di pendam,
Bukan tidak berani,
Tapi gusar jika terjadinya dendam.

Andai segala impian terlaksana,
Alangkah indahnya segalanya,
Bukan yang diperjuangan segala apa yang dilihat,
Namun apa yang mampu dilihat oleh mereka yang merasa.

Tidak mengapa............
Apa jua yang berlaku jangan berhenti langkahmu,
Di dunia banyak jalan menantimu,
Selagi kamu membantu agamamu ini.
InsyaAllah.