puterakuda






" Dan Dialah yang menciptakan kamu khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk menguji kamu tentang apa yang diberikan kepada kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu amat cepat seksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "
(Surah al-An'am, ayat 165)

HILANGNYA MAJLILS PERWAKILAN PELAJAR UNITEN

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan nikmat kurniaanNya kepada kita yang tidak terputus-putus atas mawaddah dan rahmahNya.

Pada 3 Februari 2010, Pembimbing Rakan Sebaya UNITEN telah menganjurkan forum Sembang Siswa 2010 bertajuk Hilangnya Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN. Di hadiri panel-panel yang sesuai dengan tajuk iaitu En.Azizul (pensyarah), saudara Asyraf (Presiden MPP) dan saudara Fairuz Ghani (mantan Presiden MPP). Pelbagai isu-isu dibangkitkan tentang MPP bermula dengan peranan MPP sehinggalah isu-isu berbangkit. Namun, disebalik isu-isu yang timbul, mahasiswa UNITEN haruslah lebih berfikiran terbuka dengan apa yang berlaku. Bukan hanya tahu menyalahkan pihak MPP sahaja.

KEWIBAWAAN MPP DIPERTIKAI KERANA TIADA PILIHAN RAYA

Kedengaran suara-suara sinis yang bercakap dibelakang, "eleh, dia tu jd MPP pun sebab menang tanpa bertanding boleh la"..."MPP tidak bagus kerana tidak dipilih oleh pelajar"...banyak lagi suara-suara sumbang yang kedengaran. Jika sebagai mahasiswa yang mampu berfikir dengan lebih terbuka, wajarkah MPP yang menang tanpa bertanding dipertikaikan kewibawaannya? Mungkin ada yang berkata wajar. Tetapi, andai mulut-mulut yang suka berkata belakang, suka mempertikaikan MPP masuk juga bertanding dengan harapan mampu menggunakan idea-idea mereka yang bernas itu dan mengaplikasi didalam MPP untuk kebaikkan pelajar, maka InsyaAllah akan berlakulah pilihan raya di UNITEN ini. Golongan-golongan ini hanya mahu mempertikaikan MPP dan malah tidak mahu langsung memberi kerjasama kepada MPP dalam melaksanakan tugas mereka.

Wujud pula golongan yang tidak ambil tahu langsung tentang aktiviti-aktiviti pelajar dan perkembangan isu-isu di UNITEN.Tetapi apabila wujudnya masalah-masalah yang dari dulu tidak mampu di selesaikan oleh kepimpinan MPP-MPP sebelum ini, lantas dipersalahkan MPP yang ada. Sepatutnya apa yang perlu dilakukan ialah bersama-sama MPP menyelesaikan masalah. Hanya tahu 'complaint' masalah-masalah yang ada di UNITEN, apabila diajak bersama-sama selesaikan masalah, lari entah kemana. Cakap mahu, buat lari pula.

MPP MESRA PELAJAR ATAU PELAJAR MESRA MPP

Kedengaran suara-suara " MPP tidak mesra pelajar"...."MPP xrapat dengan pelajar"... Mungkin ada benar. Tetapi,andai mahasiswa-mahasiswa UNITEN mampu menggunakan slogan PELAJAR MESRA MPP untuk meningkatkan kembali kredibiliti MPP, InsyaAllah kuatlah sokongan MPP nnt. MPP umpana pohon, jika tiada ranting-ranting, daun-daun, dahan-dahan maka ia akan menjadi tunggul sahaja. Kerjasama dari semua mahasiswa UNITEN amatlah diperlukan. Majlis Perwakilan Pelajar nama diberi, satu majlis yang mewakili pelajar. Teruk majlis ini, ianya 100% mencerminkan seluruh pelajar UNITEN ini. Bagaimana pelajar-pelajar UNITEN ini berpersatuan, menjalankan aktiviti, bekerjasama menangani isu-isu dan pelbagai situasi lagi, semuanya melihat kearah pembentukkan majlis perwakilan pelajar dan ianya mencerminkan jati diri pelajar UNITEN. Jika semua pelajar UNITEN mampu memberikan sumbangan kepada MPP, tidak mustahil MPP UNITEN mampu setanding dengan MPP IPTA.

Sikap-sikap mazmumah perlu disingkirkan dan kita sama-sama memberi kerjasama dalam menangani isu. Bukan hanya tahu membangkitkan isu tetapi tidak langsung mahu memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu. MPP dicorakkan oleh mahasiswa sendiri, cantik coraknya di kain MPP, cantiklah pelaksanaannya, buruk coraknya di kain MPP, begitulah jadinya.

Saya menulis tiada berkaitan untuk menyokong sesiapa, tetapi sebagai individu sesama menjalankan tanggungjawab. Walaupun diri kita semua bukannya MPP, tiada salah kita membantu mereka dalam pelaksanaan tugas agar keadaan di UNITEN agar lebih teratur.

Allah Maha Mengetahui


"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum keluarga dan melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusushan, dia memberi pengajaran kepada kamu supaya kamu dapat mengambil penagajaran"
(Surah al-Nahl,ayat 90)